Selain dari bisu dan tuli, kita masing masing mampu meluahkan kata kata yang beriring hasrat dizahirkan jadi nyata. Ada ketikanya terkubur begitu sahaja, hilang di dalam hati manusia. Ruang ini membenarkan aku menongkah segala resah, bahagia dan kel...
Kita meneliti hantaran di jalurmasa. Anak muda dengan khayalan liar bukan bukan, gejolak nafsu manusiawi tersurat dan tersirat, si tua cuba memalit kotoran politik, si romantis sepi, resah sang ibu dan si lucu berkongsi meme mungkin sesak karantina. Kita ketawa, tersengih kelat dan sesekali terlupa. Masing masing cuba mencari jalan tengah mahu merentas suasana tidak biasa ini sambil berdoa juga berpesan pesan. Degup degap jantung kita mungkin tidak seirama didasari latar pelbagai, namun nafas turun naik tetap dihela mahu terus yakin bahawa akan ada tamatnya rantaian CORONA. Ya, seluruh dunia!
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENCARI SEMPAT
... dan mereka mencari sempat
pada ruang dan takdir tersimpul molek
dibaca gelodak nafsu dan kelemahan
kail kail dan umpan
terangka semulajadi di benak
bukan kerana bijaksana
tapi hati dan raga membusuk mati
... dan berterusan mencari sempat
setelah ditelah titik titik lemah chakra
terpampang di tubuh saudara kita
baik rungut, keluh, desah dan resah
dielus elusnya dengan bujukan
muka perangkap jadi luas
menjadikan jejak bagai sukarela
Daging, hati, limpa dan segala raga mahu dilapah selinap.