SEPUTAR MANUSIA

7 0 0
                                    


Azalinya mereka hanya manusia fana. Demi KUAT antara sedar dan tidak dibentuk kumpulan yang beraspirasi paling tidak sama selari. Lahirlah syarat syarat rekaan mereka tentang ciri ciri kalau mahu sehebat mereka. Hebat bagaimana? Hebat rekaan merekalah! Lama lama jadi panutan penentuan jenis manusia harus begini dan begitu. Sokongan baharu jadi santapan mereka. Mereka bukan bodoh, cuma rasa kuat berkuasa selalunya menggoda untuk dabik dada, celupar bersuara dan gembira mematahkan apa sahaja cara yang tidak selari. Debat dan mematahkan hujah adalah latihan mereka. Ambil sahaja potongan potongan hadis atau Al Quran, yang lemah jadi terpana. 

Terawang awanglah mereka, bayangkan manusia memuja manusia, sehingga terlupa bahawa sebaiknya si fana menikmati segala kurniaan, sekiranya tiada perhatian besar kemungkinan mereka boleh mati kekeringan. Terlupa bahawa ada kurniaan jadi pemangkin gembira dan yang menjadi duga hidup. Bila keseragaman awal awal lagi jadi pegangan, mata hati melihat perbezaan sebagai pelik, mengancam dan hati bergulir tidak senang selamanya.

RUANG KATA KATAWhere stories live. Discover now