GHOSTED??? MEDSOS?

8 0 0
                                    

JIWA POLOS YANG DIHANTUI (GHOSTED)

There are so many lonely souls in this world. You've heard too many scammers stories, too many until it became jokes. This one is different...

Media Sosial jangan buat mukat na... Ada orang menikmati sesi bermanja manja 'flirting'. Mereka inzal hanya dengan SMS dan bermesej mesej. Bila pihak yang satu lagi mula melangkah ke tingkat serius, satu lagi akan diserang gelabah biawak. Ini pengamatan dari cerita lama, namun tidak mustahil masih berlaku, bukan juga cerita pelawaan untuk 'fon sex session'.

Jiwa yang sunyi BUKAN semua murni dan polos di satu pihak. Ada mangsa di sini.

- Berkenalan (dari kotak mesej membawa ke telefon bimbit)
- Pamiran sifat ambil berat (ucapan harian, bangun sahur dan lain lain)
- Bertukar tukar cerita dengan begitu intim sekali
- Pengakuan tentang peduli (care) yang tiada taranya
- Memberi alasan munasabah bila diajak bertemu
- Memakai gambar orang lain (meskipun sederhana tampilan)
- Ada yang melibatkan soal $$$$ tidak banyak (dengan senang hati)
- Berlansung dalam tempoh lama dalam nada misteri
- Tiba tiba sepi dan terhenti, hilang tanpa berita.
- Pelaku menemui mangsa ilusi baharu.

Hubungan ala ala ilusi ini terjadi pada sebarang jantina (termasuk untuk LGT) – Pernah disaksikan drama T yang menjalinkan hubungan sedemikian, siapa guna siapa tidak perlu dipersoalkan. Suara kepit mengoda, gambar random dan tenggelam dalam ilusi sedang berpacaran. Cara mengelak pertemuan begitu fantastik (termasuk proses mahu menghantar peminangan dari pihak yang polos tertipu). Lakonan kelas A.

Ingat, dengan teknologi alaf baharu kisah sebegini masih boleh terjadi, tidak lain tidak bukan diakibtkan oleh perasaan sepi, penafian panjang dan tidak memilih realiti.

Sebelum kamu terjun lebih jauh dalam drama seperti ini (sebagai pelaku atau mangsa) fikir fikirkan bahawa ia akan menjurus pada JENAYAH HATI – Crime of heart. Mahu dilapurkan bagaimana? Satu kaunter polis akan berdekah tertawa.

Pada yang despo, ingin kita berpesan, kalaulah sungguh bagai dikata, pasti akan ada USAHA dari dua pihak. USAHA berkasih sayang sejati pula akan berlansung sampai akhir nyawa.

Kes sebegini banyak terjadi di zaman IRC – Internet Relay Chat. Mereka gemar belai membelai melalui telefon bimbit (ini bukan soal fon-sex, bukan sama sekali) – ia hanyalah hubunan dengan suara, reaksi, perasaan dan bisikan drama yang penuh kepalsuan. Bunyinya seperti mental bukan?

Kekasih akhirnya hilang begitu sahaja setelah sebulan? Setahun? atau bertahun lamanya. Jika mereka berdua sama sama tahu ia adalah ilusi untuk membunuh kesepian kita sedia maklum (tiada jenayah di sini, kecuali soal mental). Si mangsa terjelepuk sendiran menikmati lagu lagu balada tepi kuburan.

Maka benarlah kata orang, hati yang sepi mahu berkasih memungkinkan pelbagai drama kehidupan.

Nota:
Ini hanyalah rentetan pesanan untuk anak anak agar jadi realistik dalam kehidupan. Manusia waras berurusan dengan yang pasti pasti sahaja. Seperti yang dinyatakan, saya pernah menyaksikan drama dari pelaku – teknik kepit suara, cerita basa basi, teknik elak yang sememangnya menakjubkan. Saya fikir hati yang sepi memungkinkan manusia mudah terjebak (atau mereka sendiri menikmati hubungan ilusi sebegitu). Renung renungkan. Ghosted? Mereka ada caranya: fon hilang, terpaksa ikut keluarga ke luar negara dan paling eksterim kawan tolong bagi tahu si pelaku sudah mati (barah, kemalangan dan lain lain).


RUANG KATA KATAHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin