JANGAN!!!

2 0 0
                                    


  · JANGAN YANG BERDESTINASI BAHAGIA

Melintas di jalurmasa poster mini 10 JANGAN demi mencapai BAHAGIA. Sebagai ibu selama 20 tahun kebelakangan ini sering berbicara tentang HATI DAMAI, poster kecil tersebut banyak menyelit hal hal umum, ada antaranya sering ditekankan pada anak anak, adik beradik dan kenalan terdekat. Apa lagi, terus diketik simpan untuk dipecah pecahkan, boleh juga dikongsi untuk anak anak. Semakin penting ingatan ini dengan kekalutan hidup bermedsos.

Pemahaman tetang tiap satu mungkin mudah bagi yang waras, berkesudian merubah gerak diri dan mahukan pola fikir yang tidak tercemar, pecahannya diperjelaskan agar setiap kita mampu memahaminya secara bulat.

Inilah sebenar benarnya SELF-CARE

JANGAN CARI SALAH ORANG

- Pada setiap kegagalan dan hadangan, memang mudah ditunding orang lain demi pertahanan diri: Salah ibubapa, tuduhan khianat, orang dengki dan macam macam sangka buruk. Ada ketikanya dikarang, dijadikan kesumat sepanjang hidup. Masa untuk retrospektif diri (kekurangan apa sahaja, pemintaan semasa, kenapa tidak terpilih, kenapa sukar atau langkah menukar strategi). Salah orang jadi seronok dipaparkan, kerana ia memburukkan orang lain dan kita kekal sebagai malaikat yang teraniaya.

Cerita hidup sebenarnya sudah DIA susun, kita hanya tukang jalan... watak atau jambatan dalam kisah.

JANGAN HINA ORANG

Hina macam macam jenis hina. Fizikal, taraf hidup, pendidikan, kekurangan apa sahaja... Ada saatnya tidak perlu kata kata cukup dengan gerak badan (mata beliak, cebih mulut, tekup mulut, kibas rambut, pura pura puji melangit, camdek dan lain lain). Tidak perlu dihina, tutup mata bersyukur dengan kelebihan diri (jika kamu gemar membanding)

Tegurlah teman teman yang gemar membadutkan orang orang yang dirasakan berkurangan atau tidak bernasib baik. (miskin, tiada kelas, hidung penyek, kulit hitam, gemok, kurus kering dan lain lain, jangan jadi seperti pelawak Malaysia yang tidak peka) Hina orang tidak akan mengangkat darjat kamu. Hina orang jangan jadi habit!

JANGAN BUKA AIB ORANG

Aib orang...alah aku cerita saja....kalau terdesak sekalipun ceritalah secara rahsia. Kenapa? kerana ia bukan aib kita atau anak beranak kita, kan?

Tanpa sedar atau dengan minda waras yang sudah korup, ia hadir bagaikan semulajadi jika tidak ditegur. Memanglah sedap kerana cerita buruk tidak melibatkan kita. Lebih sensasi lebih seronok kalau ada kesumat terhadap subjek: "Mak ada cerita sesuatu...nak dengar tak? sensasi tau..." - selalunya kisah buruk orang dan ia bagai hasutan pula pada teman sekeliling. Jika ditegur marah jadinya. -

Jaga aib orang, Inshaallah nescaya Tuhan akan menjaga aib kamu (ini janji Tuhan yang saya fikir sangatlah pasti)

JANGAN PERLEKEH ORANG

- Hampir sama seperti hal aib orang. Keseronokan menjatuhkan air muka orang akan jadi habit. Apatah lagi dalam kumpulan. Mata hati akan pantas mencari kekurangan orang lain tanpa mengambil kira langsung usaha, masa dan aspirasi orang lain. Melekeh selalunya diiringi bahasa yang sedap sedap kasar dan boleh juga dalam bahasa lembut tersususun tapi melukakan. Ingat latih diri, hentikan jika ada melintas niat tersebut.

Proses memBADUTkan orang ini hadir dari diri yang lemah dan fikiran jahat. Ada unsur unsur psikologi negatif di sini yang tidak disedari.

JANGAN MENGATA ORANG

Bercakap adalah percuma! Dari giat bersensasional orang merapat, kita fikir mereka sukakan kita. Padahal mereka hanya kepochi mahu tahu. Mereka pulang memikirkan sikap kita sebenarnya. Kita mungkin digelar sebagai radio karat.

Terma alaf baharu 'membawang'. "Datanglah...lama tak jumpa, boleh juga gosip gosip..." kita sepertinya merelakan sesi bual bicara terkutuk tersebut. Akibat sedap berkisah tentang orang yang tidak ada kaitan dengan kita... ada kisah yang secara asas tidak kita tahu langsung (kenapa - mengapa) - kita jadi berani kerana subjek yang dikata cerca itu tidak berpeluang membela dirinya..

JANGAN BANGGA DENGAN AMAL IBADAH

- Ini penyakit lama... hollier than thou punya kes.

- Kita jadi seronok. Takut orang tidak tahu kedekatan kita pada dunai spiritual (Tuhan, Agama, Kerja Bakti dan lain lain). Bangga itu biar di hati, dikhabarkan secara sederhana jika ditanya. Ya, memang ada si mental di zaman medsos mempamirkannya... swafoto saat, gambar menadah tangan atas sejadah, gambar menghulurkan wang pada si miskin, memilih kapsyen terbaik untuk kerja kerja amal berbau riak. (bukankah cukup berkapsyen - Di rumah anak yatim bandar X atau penuh detail jika ada tajaan - Di rumah anak yatim untuk melunaskan derma syarika XYX) - sudah kita saksikan bukan? Apatah lagi di alaf medsos.

Pepatah: Tangan kanan memberi, tangan kiri tidak sedar (dalam maknanya)

JANGAN TUNJUK MENUNJUK

Tujuan pamiran dikaji niat asasnya, hanya kamu sendiri maha mengerti. Kita faham bagaimana seronoknya mendapatkan materi atau objek yang diidamkan. Fikir samada ditayang terangan, subtle atau untuk menginspirasi? Hal ini kerap didebatkan. 3 hari 3 malam tidak akan dicapai solusi kisah pamiran atau tunjuk menunjuk:

- biar biar mereka tahu siapa aku "apa ingat aku lekeh?"

- Apa mereka ingat aku takda kekasih? "thank my love"

- Biar mertua dan adik beradik tahu aku tidak sekodi yang disangka..

- dinding aku, aku punya sukalah! diaggap pula orang dengki pada kita...

- "Bersama si dia...." gambar tangan sahaja you...

Tanya lagi, niat kita apa? Memang ada ketikanya kita perlu pamir demi: Perkongsian maklumat penting atau menginspirasi teman teman.

Kekaguman orang jadi santapan. Kemudiannya memakan diri kerana ada pengambil kesempatan dan dihujat orang yang bermulut sial, terpuruklah kamu dengan fikiran bahawa orang dengki padamu.

JANGAN BERBANDING DENGAN ORANG

Penyakit ini sangatlah jelas. Membawa pada konotasi negatif seterusnya (dengki, fitnah, gagal, terpinggir, sial). Jika digunakan sebagai pembakar semangat apa salahnya? Terlupa pada pemahaman tentang aturan nasib, rezeki dan usaha yang dituntut.

Bertanding dengan semua orang yang ditemui adalah hal tidak wajar. Sebaiknya tukar jadi kegembiraan ikhlas akan pencapaian mereka... pembakar semangat, berhajat untuk menikmati kejayaan seperti mereka itu adalah paling afdal. Kekaguman seharusnya berhenti setakat itu sahaja, mungkin jika mahu boleh dikaji galur capaian jaya individu tersebut (lebih bertuah jika dia sudi diberi tunjuk ajar)

Ini sakit manusia. Dalam diam merasa sial, marah pada takdir, merangka fitnah, ternanti nanti kisah buruk subjek yang dibandingkan. Paling buruk sudah siap sedia untuk menjatuhkan subjek yang kononnya dikagumi.

Sebaiknya: Dakap takdir sedia ada, cari ruang baik pulih diri dan terus berdoa agar berjaya. (kaya, cantik, sukses, mantap, sihat atau apa sahaja yang sudah dibayangkan sebagai HEBAT) dan jangan lupa cari juga pati sebenar manusia itu dibenarkan bernafas.

JANGAN SEDIH APABILA BERKURANGAN

"Korang lainlah... korang anak orang kaya, tanah berekar ekar, aku ni susah... kasi pagi makan pagi...," diungkap entah untuk simpati atau apa Wallahualam.

Akhirnya resah sepanjang hidup, rimas, marah, galau dan berkerut gelisah - ya semua akan terpacar di wajah yang tidak pernah bahagia.

Deteksi kekurangan diri harus jelas. Usaha baik-pulih harus ada. Cari bantuan jika boleh. Doa jangan berhenti.

Kamu pernah melihat bagaimana sang OKU dengan senyuman terus menjalani hidup bukan? Jadi usaikan rasa sedih akan kekurangan diri, teruslah berusaha kerana orang yang baik baik tetap ada untuk menunjuk jalan.

---------------------------------------

Manusia  bahagia sering tampil tenang, sederhana, bercakap hanya hal pasti, bergerak lancar, senyuman tidak lekang, berakal positif dan kata jenakanya santai atau saat serius akan tetap berbunyi nyaman.

----------------------------

Ini bukanlah rencana pembuktian tentang kesempurnaan. Ia hanyalah wadah refleksi diri yang dijadikan amalan. Amalan yang baik memanglah tidak mudah untuk dipraktikkan, diangkat di cekau sebaik baiknya jadi sebahagian dari amalan hidup. Ingatan terhadap diri harus ada sebagai panduan untuk BAHAGIA dan berjiwa damai.

Orang damai tidurnya lena dan ternanti nanti akan cabaran baharu esoknya.

Orang damai tidurnya lena dan ternanti nanti akan cabaran baharu esoknya

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.


Regina Ibrahim

220120

RUANG KATA KATAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt