TAPISAN APA DI MEDSOS?

9 0 0
                                    


Kamu sudah mengumpulkan ramai teman yang pelbagai ragam di facebook, IG dan tweet. Tujuan asal mahu berkongsi kemeriahan berita, perasaan dan mungkin hal hal bahagia. Nah, asasnya sesama kamu mungkin tidak sama. A mahukan hal sensasi, B gemar melepas geram, C gemar mencari pasangan, D mungkin mahukan berita, E suka berdebat dan F mungkin hanya membaca sahaja.

Meskipun segala muatnaik hanyalah bagaikan berita atau paparan, sesekali akan terjadi hal hal sokongan, pujukan, kecil hati dan silap faham di situ. Maklumlah tukang ketik semuanya adalah manusia bukan robot. Mereka hadir dengan sifat peribadi masing masing. Sifat sifat kak Limah akan tetap ada... tidak senang melihat bahagia orang atau gemar menekankan nilai nilai pegangan mereka, tidak kiralah dari segi budaya atau agama. Dibubuhnya terang terangan atau dihentam secara subtle.

Maklumlah gajet ada ditangan. Semua mahu dipaparkan. Gajet bagaikan lapar kisah sensasi walaupun dalam durasi 1 minit.

Sebagai manusia dewasa kamu boleh melakukan hal hal di bawah.

1. Memadam mereka yang tidak membawa sebarang faedah

2. Terus ikuti mereka kalau kamu gemar kisah sensasi, lucah atau ikut serta memaki hamun (kalau itu membuatkan emosimu terjamu)

3. Dia kawan sepejabat. Dia saudara mara. Dia teman lama saya..bagaimana? Butang UNFOLLOW ada apa mahu risau?

4. Hentikan ugutan ugutan mahu delete/padam. Itu lambang dirimu yang tidak keruan dan galau. Delete terus kalau perlu. Ini hanya medsos, bukan wad kecemasan.

5. Cuitan orang bagaimana? Maksudmu provokasi? Memang akan ada orang yang begitu, sejak berkurun lamanya. Mereka memerlukan drama dan kamu akan membantu mereka kalau kamu tercuit. Jadi kembali pada dirimu yang satu itu, kuat atau lemah?

6. Ustazah dan ustaz di internet? Kamu jawab sendiri. Membaca komentar penyokong mereka itu petanda mereka diminati dan dipercayai. Kamu juga boleh ikut serta.

7. Baca dahulu isi penuh portal portal sensasi lapar pengunjung. Janganlah kamu terus marah setelah melihat tajuk besar warna hitam yang dirancang awal sebagai tajuk.

8. Kisah kisah artis murahan? Juga atas kamu sayang... kamukan gila artis artis pukul tujuh itu...sampai dalam kain kalau boleh kamu mahu selak bukan? Atau kamu jenis taksub artis? Ada tau orang gitu, tiada kesalahan langsung.

9. Politik dan Sejarah? Itu lagilah bahaya. Silap haribulan komentar kamu nanti diviralkan. Sebaiknya bekalkan diri dengan pengetahuan

10. Sebaiknya bertenang sahaja. Latih diri, jangan pantas gelabah seolah oleh orang sasau. Semua pengguna medsos akan melalui proses ini.

Secara peribadi, kalau ditanya perlukah ada tapisan? Saya kira perlu. Ada orang yang hanya menanti kejadian atau kisah buruk kamu sahaja. Ada yang mendukung dan boleh dibaca niat murni mereka. Ramai yang mahu bersantai... terpulang kamu, segalanya bagai dulang besar berisi untuk kamu, kamu pilihlah apa yang mahu kamu jamah... yang jengkel setelah disaring akan berlalu satu satu... belajar juga bertoleransi, baik juga kamu dibenarkan menjengguk dunia mereka meskipun tidak sealiran. Kalau semua barisan teman teman medsos itu sama paten dengan kamu, tidaklah akan hadir hal yang kita gelar VARIASI berita dan kisah. Tidakkah begitu?

Sudahkah kita tapis segala info, luahan, video dan gambar yang mahu kita kongsi? Atau kita pakai redah sahaja? Kena tanya diri juga kalau ia menjadi persoalan selama ini.

Sudahkah kita tapis segala info, luahan, video dan gambar yang mahu kita kongsi? Atau kita pakai redah sahaja? Kena tanya diri juga kalau ia menjadi persoalan selama ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
RUANG KATA KATAWhere stories live. Discover now