Selain dari bisu dan tuli, kita masing masing mampu meluahkan kata kata yang beriring hasrat dizahirkan jadi nyata. Ada ketikanya terkubur begitu sahaja, hilang di dalam hati manusia. Ruang ini membenarkan aku menongkah segala resah, bahagia dan kel...
Manusia membuat pilihan, bagi yang sejahtera mereka bercongak teliti sebelum mengambil sebarang keputusan tanpa sifat terburu buru dalam apa sahaja keputusan.
"I every month kena travelling... sekejap di utara, selatan dan timur, kadang kadang kena ke Sabah dan Sarawak," seronoknya! Yang mendengar jadi kagum, terlupa pada tubuh badan juga minda teman tersebut. Kehidupan sebenarnya bagaimana?
Lokasi bekerja yang dijangka ideal, mungkin akan menjadi beban pada tubuh badan, minda dan memberi kesan buruk dalam jangka waktu panjang. Pesanan ini sering dihulurkan pada anak anak muda gen Z dan Millenials yang mula berekplorasi membina kerjaya atau mencari kerja sementara sebagai pemenuh ruang waktu.
Harus ada pengorbanan di sini. Korban yang macammana?
Kejadian depresi dan tekanan emosi yang terjadi baru baru ini terhadap Ustazah Farhana dari sekolah rendah di Balik Pulau, hilang pada 14 Januari 2019 seharusnya dijadikan pengajaran bila membicarakan tentang radius tempat tinggal dan tempat bekerja. Memenatkan bukan? Kalau harus berulang alik dan mengulangi kilometer jauh lagi, lagi dan lagi. Pada tahun 2014 beliau pernah diberikan rawatan psikiatri dan berulang alik dari Langgar, Kedah ke Balik Pulau, Pulau Pinang untuk mengajar.
Pergi kerja dengan bulan di langit gelap, pulang juga berlangit kelam dengan bulan?
Bercakap memang mudah, ada ikatan yang sudah dipersetujui setelah mendapat biasiswa, perjanjian kontrak pengajian dan denda mahkamah sekiranya tidak dituruti.
Setiap individu sebaiknya bersedia. Bersedia untuk melepaskan segala kenyamanan emosi semasa dan berkesangguppan memulakan langkah baharu yang lebih aman berbaloi. Selagi berusaha, selagi itu ada tangga jaya. Usaha di sini bukanlah bermaksud hal cabaran tidak tentu hala yang diangkut masuk lantas menyusahkan diri.
Ingat. Kehidupan seimbang terlaksana bila ada sumbangan positif terhadap fizikal, emosi dan sekitaran yang aman, damai, bahagia dan tenang. Itu seharusnya jadi matlamat manusia.
Apakah yang dikatakan RADIUS tempat kerja yang sesuai?
1. Kamu punya pilihan? Berusaha untuk mendapatkan kerja berjarak sama paling maksimal 100 - 200 meter dari tempat tinggal? Jika ada, Alhamdulillah.
2. Menyewa tempat tinggal baharu yang lebih dekat, kiraan perbelanjaan hidup yang perlu dikeluarkan, adakah ia berbaloi?
3. Bersedia untuk menukar cara hidup di tempat baharu tanpa ada ikatan emosi yang perlu dilepaskan.
4. Pengangkutan bagaimana? Jenis apa? Sanggup membeli kenderaan secara kredit? Bertukar dua tiga jenis pengangkutan awam? Bangun dini pagi tanpa ada rasa ralat? Sumbangan pada mood harian kamu bagaimana?
5. Terdesak mahukan pekerjaan jangan sampai menyusahkan diri secara emosi dan fizikal.
6. Sekiranya sudah berkeluarga, apakah berbaloi memilih radius tempat kerja yang jauh? Menyusahkan siapa? Kelebihan berpihak pada siapa, jika suami isteri bekerja? Diikuti pelbagai masalah mendatang.
7. Ahli keluarga yang bergantung pada kamu? Ibubapa yang uzur? anak isteri? atau kamu solo bebas?
Sama sahaja perkiraan dengan individu yang pindah ke Kota besar untuk memulakan kerjaya, hal yang sama boleh dilakukan oleh setiap manusia lain, tidak kira di mana lokasi sekalipun asalkan tidak menjana mudarat (tekanan fizikal dan emosi)
Bayangkan tinggal di Jalan Macalister, Pulau Pinang, naik bas ke terminal untuk melintasi selat dengan feri, naik pula bas awam dengan tiket bulanan menuju Kota Sarang Semut, Alor Star untuk mengajar di sekolah di sana. ( Contoh benar arwah Kak Ani yang saya kenali dahulu). Bertahun tahun dari pertengahan tahun 80an masuk awal tahun 2 ribuan sehingga menemui ajal.
Saya fikir kiraan gaji, upah, elaun dan kelebihan lain harus diambil kira apabila memikirkan tentang radius tempat tinggal dan tempat kerja.
Pilih kota yang kamu suka, bina kerjaya di situ. Ia sangat menyumbang pada pembangunan lokasi pilihan (Bakat, Kemahiran dan Upah) Kerjaya ada ketikanya harus direka, begitu juga rekaan nikmat pada hidup dan kerjaya di tempat yang baharu. Kiraannya sudah tentulah tidak sesama manusia.
Kerja berlokasi jauh, meninggalkan anak isteri yang berada di negeri lain, pulang secara mingguan atau bulanan sangatlah tidak kondusif serta sihat untuk perkongsian rumahtangga. Akan timbul cerita cerita baharu(selalunya cerita tidak sedap).
Apa kata pindah ikut suami/isteri dan salah seorang reka kerjaya baharu (kalau dua dua mahu bekerja).
Sekiranya kamu masih bujang, ruang pilihan jadi bebas terbuka, memilih radius tempat kerja dan tempat tinggal melepas lelah jangan sampai jadi masalah. Lebih baik jika boleh berjalan kaki ke tempat kerja. Bayangkan tahap berBALOI, tidak perlu memandu kenderaan sehingga 300 kilometer atau menukar dua tiga sistem pengangkutan. Tertinggal kenderaan awam akibat jadual tidak berdisiplin menentu? Merungut harus bangun pagi dan tidur yang tidak tentu, serta pelbagai masalah tambahan yang akan ikut serta, belum lagi cuaca yang sesekali membawa gempar...
Tinggal di kota pilihan dan menjadi warga di situ, bukankah memudahkan hidup? Jadi pilihlah radius yang sesuai. Setiap pilihan pasti membawa pengorbanan. Gaji yang tidak setimpal? Kota yang sepi? Teman teman sosial jauh? Jiwa tidak bahagia? Jadinya, fikirkan tentang manusia jenis manusia apa kamu sebenarnya? Aktiviti selain daripada kerjaya kamu itu apa? Kebergantungan emosi sosial kamu?
Bayangkan jika tinggal dan kerja di kota yang sama juga harus terancang (Misalnya dari Pengkalan Weld dan bekerja di Pesiaran Gurney sekiranya menggunakan pengangkutan awam). Inikan pula tinggal di negeri A dan bergerak ke negeri B untuk menjalankan tugas. Agaknya apakah akan terpamir di fizikal kamu seharian dalam menjalani hidup sebagai manusia? Setelah memilih tempat tinggal dan radius jauh kerjaya? Satu perempat tenaga dihabiskan untuk perjalanan.
Kamu suka memandu? Seronok menikmati pemandangan? Berapa lama? Apakah nanti akan muncul rungutan? Terbina pula sifat bebal pada ahli keluarga nanti? Baik kita pilih dan reka radius tempat tinggal dan berkhidmat penuh SELESA.
FIKIR FIKIRKAN.
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
NOTA: WFH - Work from home which most of you are involved during C19 might be able to provide some ideas about the work location, travelling and getting the job done. BUT that's applicable only for certain sectors. We can never have it all in life.