Selain dari bisu dan tuli, kita masing masing mampu meluahkan kata kata yang beriring hasrat dizahirkan jadi nyata. Ada ketikanya terkubur begitu sahaja, hilang di dalam hati manusia. Ruang ini membenarkan aku menongkah segala resah, bahagia dan kel...
Kamu melangkah masuk ke cafe anak muda di Georgetown, lalu terpikat pada dekorasinya. Setiap sudut membawa kamu terfikir: Kenapa buruk tapi tenang? Barang barang lama ni...apakah ia tinggalan nenek pemilik? Hmmm... ia sesuatu, pokok tu depan rumah aku pun ada, sini ia jadi bahan hias pula... bersaranglah fikiran kamu jadinya sambil memesan secangkir kopi seharga 15 ringgit... diketik telefon pintar berswafoto - hajatnya muatnaik ke Instagram... cantik pelik macam di luar negar kan? Laju jari jemarimu mengetik.
Jangan gusar, banyak ruang kini menggunakan teknik WABI SABI.
Kata WABI dan SABI tidak tepat jika mahu diterjemahkan. Ini pengertian Jepun yang merujuk pada kesunyian hidup menyatu di alam semulajadi, jauh dari masyarakat hiruk pikuk (tidak tenang, mengejar dunia, kerjaya dan hidup serabut). Sabi pula membawa makna dingin, polos dan terpakai/layu. Namun dalam konteks Jepun moden wabi sabi selalu ditekankan sebagai 'bijaksana dalam kesederhanaan asli'.
Dekorasi tempat tinggal Wabi Sabi sebenarnya membawa kita pulang pada alam dan falsafah hidup.
Kunci asasnya adalah hubungan dengan dunia dan bahan bahan asli, tetapi berpalut dengan nilai nilai asli. Erti kata lain, ia mendahului pilahan pada sesuatu objek yang asli/original, bukan yang dikeluarkan oleh kilang secara banyak. (meja meja pasang siap ikea, tikar getah atau almari almari yang dimilik oleh ribuan manusia serata dunia).
BAGAIMANA MAHU MENGHIAS SECARA WABI SABI?
Ia dekorasi tanpa trend, melihat/mencari/menilai cantik dalam ketidaksempurnaan. Ramai yang sudah menikmati falsafah hidup dalam ruang wabi sabi.
1. Kemaskan semak samun di ruang (decluttering), prinsip 'less is more' jadi taruhan. Teknik hiasan ini menjurus pada kedamaian minda. Manusia sebenarnya tidak memerlukan banyak agar susunan jadi segar di mata. Masukkan elemen elemen tanah yang neutral lembut (koko, coklat muda, hijau alam dll) Selagi ada kontras tetapi lembut yang damai...
2. Stailkan dengan barangan perabot/dekor vintaj, minimal tetapi berfunsgi. Banyak rekaan perabot terkini sudah bertemakan wabi sabi. Lebih seronok jika di cari di kedai terpakai. Bayangkan almari polos dari kayu kayan, bakul raga, keramik buatan tangan dan lain lain. Begitu juga pilihan tekstil/fabrik tanpa renda dan biku semak. Dekorasi yang diperbuat dari Batu, kayu, simen dan kain linen, anyaman jut kasar
3. Bawa alam luar ke dalam rumah, selagi objek buatan organik? Ranting kayu? Pokok pokok renek dan bungaan? Eleman alam adalah tunggak pada stail wabi sabi
4. Bukan semua harus seragam. Mix matched. Gabungkan, kerana wabi sabi bermakna mencari kecantikan dalam ketidaksempurnaan.
5. Hanya barangan dekor yang kamu suka sahaja dan berfungsi. Ambil waktu untuk mencari dan menetapkan letak duduk barangan. Bukankah Wabi sabi menganjurkan minimalism demi menjana rasa tenang, damai dan tidak berserabut. Memaksimalkan objek tetapi tampil segar di sekeliling kamu.
Jadinya? Pastikan kamu dikelilingi oleh dekorasi yang kamu suka dan membawa makna. Tujuan utama adalah melestarikan ruang yang tenang dan damai setelah melalui hari yang lelah.
Sama seperti teknik Marie-Kondo, ia dimulakan secara berkorban (bukan mudah memadam sifat sayang barang, mengumpul, kenangan dan lain lain - ia memerlukan ajakan minda penuh pengertian) atau sewaktu kamu memutuskan teknik Wabi Sabi berpindah ke lokasi tempat menginap baharu, kerana sudah tahu falsafah hidup dan ruang tempat tinggal.
Selamat mencuba anak anak muda yang berjiwa.
Regina Ibrahim
280321
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.