PANTUN
Kalau melalak melara galau
terpukau tak tahan si wajah manis
sasau banyak perkara sasau
parah sasau bertuhankan retisJiwa lara dirawat perlahan
mencari tenang dimedsos gila
insof antara kamu dan Tohan
dipukul canang mencari apa?Jiwa raga bagai kemaruk
mahu ke Mekah juga Atlanta
Seluruh warga terkejut beruk
mendengar kisah ibnu batootabukan tak suka kelas dan gaya
feminat seantero sakan beramah
Jangan dihina paras dan rupa
nanti divideo depan makhamahIkan parang mahalnya nyata
ikan keli bukanlah gelama
tidak orang tidaklah kita
semoga jadi pedoman bersamaRegina Ibrahim 2019
![]()
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image. PANTUN SENDA GURAU
Remang kisah macam tak tamat
memaksa jiwa tertanya tanya
siamang masih merakam kesumat
si mangsa bergaya kekal bahagia
Tumbuh rimbun jauh melata
buluh patah bertahun tahun
jenuh bersungguh kita bercerita
entah entah dua dua berlakon?
Amukan aneh bagai dikacau
bagaimana tidur hati yang galau?
benda remeh tak usai dihirau
lama lama nanti boleh jadi sasau
PANTUN
Buat selalu tiada yang endah
Semua dijaja biar bergetar
Tak kira malu mahupun maruah
Asalkan saja terkenal bertular
Percaya teman berpada pada
Harus dikaji tak boleh lengai
Di hujung zaman berjaga jaga
Tak kira Haji mahupun Lebai
Langkah kaki pinggul digolek
Tanpa malu menyesah badai
Sahsiah diri diselia molek
Tidaklah perlu menjual nilai
Ucapan tajam feminatz berbondong
Marhaen mengeluh hajat tak sampai
teruskan merencam hidup berbohong
Orang lain bodoh kitalah yang pandai
Regina Ibrahim
140219 Valentine Day.
-----------------------------
Dulunya fakir kini bergaya
kuat menjeling serba tak kena
memikir diri sekarang berkuasa
sekeliling mula dilihat hinaSakan tak malu cakap berdegar
malah selalu mencerca orang
lupakan dahulu yang selekeh tegar
inilah waktu mempamer barangSaat ligat lupa bersyukur
di alam maya jadi gemilang
beringat ingatlah saat takbur
sesaat Dia tarik semua hilangMata terkebil carutan ramah
buruk kelaku memancing balas
disaman sivil naik mahkamah
bertemulah buku dengan ruasRegina Ibrahim
230920

YOU ARE READING
RUANG KATA KATA
PoetrySelain dari bisu dan tuli, kita masing masing mampu meluahkan kata kata yang beriring hasrat dizahirkan jadi nyata. Ada ketikanya terkubur begitu sahaja, hilang di dalam hati manusia. Ruang ini membenarkan aku menongkah segala resah, bahagia dan kel...