Selain dari bisu dan tuli, kita masing masing mampu meluahkan kata kata yang beriring hasrat dizahirkan jadi nyata. Ada ketikanya terkubur begitu sahaja, hilang di dalam hati manusia. Ruang ini membenarkan aku menongkah segala resah, bahagia dan kel...
KETAKUTAN mampu menjadikan manusia semacam, sesuatu dan tidak puas. Dialas dengan pelbagai lapisan manusiawi: Segan sangat aih! Esok esoklah aku tanya! Sat lagi dia marah aku nak kata apa?
Sedangkan hati kecil bergelojak mahukan jawapan, kepastian dan penjelasan.
Menghadapi ketakutan, keraguan, kekeliruan, persoalan boleh dilatih awal dalam hidup. Anak anak dilatih bertanya secara polos, berani untuk mengatakan TIDAK dan tahu bahawa dia ada pilihan.
Skenario inilah yang membabitkan cakap cakap belakang, fitnah, kenyataan bercanggah dan macam macam lagi soal yang tidak enak kehidupan.
Dalam masyarakat kita, luahan pada rasa TAKUT selalunya mempunya unsur unsur manja, mahu perhatian dan mempamirkan diri sebagai mangsa. Mengharap pada jalan mudah agar ia dijadikan isu dan ditangani tanpa perlu disuarakan atau berhadapan. Saya kira secara individu sebarang rasa takut yang tidak jelas haruslah diberanikan cara selesainya.
Penyelesaian bersaluran tepat akan membuahkan hasil. Mendapat jawapan, tanpa perlu dibiarkan bergantungan, menyalak pada pohon yang betul dan sama sama puas hati berjabat tangan penuh pengertian.
Sama seperti kelancaran lain yang dicari dalam hidup, rasa takut perlu dihadap dengan penuh berani, ikhlas serta berniat mahukan penjelasan. Pihak yang di sana pasti ada senarai kenapa keputusan YA atau TIDAK. Sebarang persoalan dalam hidup manusia waras adatnya mendapat penjelasan.
Manusia alaf baharu tidak mahu lagi berhadapan dengan KEREMEHAN.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.