KOLEKSI KAPSUL MUSLIMAH?
Kita masih berbicara tentang ruang. Ruang fizikal di kamar tidur atau di kamar 'wardrobe' untuk yang bertuah jika memilikinya. Ruang apa sekalipun memerlukan susunan dan sikap peribadi terhadapnya.
Sila semak gantungan gantungan busana yang semakin bertambah dari waktu ke waktu akibat godaan yang entah apa. Itu cantik ini cantik, terlupa bahawa semua produk dihasilkan cantik untuk dipasarkan, yang tidak cantik hanyalah apabila ia tiada fungsi di badan atau jelek tidak selesa bila dikenakan.
Tujuan utama Koleksi Kapsul hanyalah langkah berjaga demi mencipta ruang selesa. Didikan terhadap Koleksi Kapsul dimulai sejak tahun 70an lagi oleh pemilik butik eropah, bila kaum perempuan disaran bersedia dengan busana busana penting/asas dan bijak memilih produk yang tidak mudah ditelan waktu. Contohnya: Skirt labuh kembang atau yang berpotongan A serta seluar panjang asas (boot cut, palazzo, jeans potongan lurus/pensil).
Dunia diperkenalkan semula pada Koleksi Kapsul oleh Donna Karan pada tahun 1985 bila dipasarkan 7 busana asas. Bodysuit, Skirt, Jaket, Dress Panjang, Kemasan Kulit, Kemeja Putih dan Baju Panas yang mampu membawa wanita dari acara pejabat hingga temujanji malam.
Koleksi Kapsul dijenguk semula akibat kesedaran dunia terhadap peningkatan terhadap impak industri terhadap alam sekitar dan tanggungjawab terhadap kerja kerja menyiapkan busana (pencemaran, upah tidak setimpal, buruh kanak-kanak, daya tahan produk dan lain lain)
KEBAIKAN MEMILIKI KOLEKSI KAPSUL
1. Mengurangi Beban Membuat Keputusan – Membuat keputusan pada koleksi yang terhad nyatanya menjimatkan masa. Menjadikan kamu jauh lebih kreatif tentang teknik suai padan. Rambang mata dan tidak tetap pendirian akan terjadi jika almari pakain berselirat dengan ratusan pilihan.
2. Koleksi Kapsul Baik Untuk Alam – membeli pakaian yang sedikit sudah tentu menjadikan alam jauh lebih baik. Pakaian yang terhad bermakna kurang kimia dialirkan ke sungai, lautan, kurang pembuangan sisa, maka berkuranganlah pencemaran.
3. Kemampuan Membeli Barangan Mahal Berkualiti – Jika tidak membeli busana busana merapu bermakna kamu mempunyai lebihan dana untuk membeli jenama mahal dan berkualiti yang tahan lama malar segar tidak bermusim, ada yang tahan bertahun.
4. Jimat Waktu – Habit mencuba itu dan ini bertahun tahun, hantar kembali untuk ditukar, menguruskan almari (susun, hilang, tersorok, alteration/bega semula). Bayangkan banyak waktu yang dihabiskan hanya untuk busana. Masa dan tenaga baik sahaja disalurkan pada hal lain yang jauh lebih baik.
5. Mengurangkan tekanan dan keterujaan tidak berbaloi – Mengemas buang meningkatkan hormon kortisol (hormon stress manusia). Pengurangan barisan busana sama seperti mengemas rumah, almari tiba tiba jadi lebih lapang dan nyaman. Bebas tekanan setelah faham pakaian apa yang kamu suka, sesuai dan tahu untuk digayakan, elok melekat ditubuh dan membuah rasa lebih yakin.
LANGKAH MUDAH MEMBINA KOLEKSI KAPSUL
Perhati gantungan busana busana sedia ada dan mula membuat pengkelasan untuk dipinggirkan. Proses 'decluttering' demi capaian koleksi kapsul dengan niat ke arah minimalis.
Kini berfokus pada busana berbaki yang terpilih: JUAL, DERMA, BUANG ATAU DIKITAR SEMULA jika tidak padan, tidak suka, berpotongan sama/lebih kurang dengan koleksi lain, warna warna silap tidak sesuai yang dibeli atau busana kusam tidak boleh dibaiki.
RUANG BERBAKI SUDAH ADA, SUSUNLAH IKUT KATEGORI:
Bahagian bawah: Helaian Skirt Panjang dan Seluar (Kain Denim atau cotton, linen)

ANDA SEDANG MEMBACA
RUANG KATA KATA
PoetrySelain dari bisu dan tuli, kita masing masing mampu meluahkan kata kata yang beriring hasrat dizahirkan jadi nyata. Ada ketikanya terkubur begitu sahaja, hilang di dalam hati manusia. Ruang ini membenarkan aku menongkah segala resah, bahagia dan kel...