Selain dari bisu dan tuli, kita masing masing mampu meluahkan kata kata yang beriring hasrat dizahirkan jadi nyata. Ada ketikanya terkubur begitu sahaja, hilang di dalam hati manusia. Ruang ini membenarkan aku menongkah segala resah, bahagia dan kel...
Sedu pada hidup, ibu kutanya Tidak adakah sedikit ruang untukku? Ruang bagaimana? tanyanya kembali Impian dan harapan rekaan diri? Yang satu lagi tidak mahu ikut serta Lantas si khilaf itu siapa?
Membaca isyarat palsu Pantas dijemah kasih sayang Sedap percaya kata janji Jadinya kau gagal menilai diri Mana mungkin dipada padakan? Siapa yang berpada? Kau atau dia?
Dia masih orang bebas Dia masih berkobar juang Dia bercita rasa Kamu terlupa berdoa untuk diri Terlalu asyik dipanjatkan buat dia Dadamu yang berbunga penuh harapan
Yang salah itu kamu, berpura mangsa Meletak harap pada yang tak mahu!
Regina Ibrahim. Mac 2018.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PANTUN KATA (sempena hari puisi sedunia)
Apa lagi yang menghubung?
Pintarnya lidah merusuh ralit berjujur kata disusun indah Dihambur ringkas mampu membelit Terawat juga hati gundah
Kata kata jadi penghubung
Diungkap beremosi penuh makna Menghiris bagai sembilu tajam Salah dimengerti tiada makna Lantas dituduh berlidah kejam
Bukan semua kata sebumbung
Difikir lebih dari dua kali Belum lagi sumpah seranah Kata pengikat bagaikan tali Demi menghulur segala amanah
Kata hanya tinggal kata
Diungkap dibelai dibega bega Hanya yang tuli terlepas bencana Termenung si gadis di hujung tangga Kata janji yang tak kunjung tiba
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.