SAVING YOU

17 1 0
                                        


DI SUDUT TAMAN (100 perkataan)

Aku duduk tenang sendirian. Melihat tetamunya satu persatu. Ralit seperti punya kenangan. Si nyonya tua ditemani anjing kecil yang tercuit cuit, bersilau mata melihatku, tuannya berwajah murung. Di hujung taman dua manusia muda belia asyik masyuk berkasih. Nafsu mereka terlihat bersih, aku senang sekali menikmatinya samar samar dari hujung mataku. Apek bertongkat santai sekali menghampiri kerusi besi langsung duduk di kiriku, dia juga merindui masa lalu. Ah! Sama sahaja kita kita ini terus bernostalgia. Taman terus mengizinkan kita bersendirian mengelamun panjang, berkhayalan. Aku terus berharap gentayangan Azman muncul kerana dia pernah berjanji akan selalu menantiku di sini.

---------------------------------------------------

MENYELAMATKANMU
Kegelapan telan menelannya
Kesakitan menarik dirinya
Matanya bagai lilin yang terpadam
Aku ingin ikut pergi bersamanya

Ada waktunya aku terlihat kerdipan
Cahaya suluhan dari mereka
Aku mendakap erat dirinya
Sebelum dia berlalu pergi lagi

by: Anonymous

RUANG KATA KATAWhere stories live. Discover now