BICARA MASA

24 0 0
                                    



MASA YANG BERLALU...

Tiap kita pasti pernah dibeberkan perihal masa. Detik yang tidak mungkin bisa diraih kembali, atas alasan jangan lagi bertangguh tangguh apabila mengejar sesuatu yang baik. Sesalan juga mungkin?

Bicaralah apa sahaja tentang masa, ianya akan terus berputar, berlalu dan kita dalam diam berharap agar tidak ketinggalan. Di usia emas ini, rasanya banyak hal yang sudah berubah, sesekali membuatkan mata hati jadi terbuntang memikirkan, apa agaknya yang sudah dan sedang terjadi?

Pernah melalui zaman manual sehingga masuk ke era elektronik sesekali menjadikan diri terasa kecil. Itu belum lagi disentuh hal hal anjakan budaya, agama dan tata hidup tempatan. Segala di sekeliling mengalami evolusi hebat, setiap segmen hidup kalau benar benar kita perhatikan seawal teknik melahirkan sehinggalah urusan urusan hidup formal yang sememangnya pantas. Baguslah kiranya hasrat mahu menggapai itu masih ada.

Suka tidak suka, selagi masih bernafas ianya dihadapi dengan tenang, bukankah sejak kecil lagi kita sudah melihat bagaimana manusia berusaha untuk mempermudahkan sistem sistem mereka? Pelbagai tema dan kata sebenarnya melibatkan masa dan detik hidup yang menuju ke arah yang gemilang.

Kerinduan atau nostalgia pada hal hal lama sebaiknya berpada pada. Namun, sejarah harus dilewati, ditekuni sekali sekala untuk memberi ingat pada kita yang mungkin terlupa diri.

Transisi ini kesannya tidak sama pada tiap manusia. Generasi yang terdahulu mengerut kening pada generasi baharu, hal yang sudah terjadi dan ianya berterusan berlaku, hanya kerana kapasitas fana kita sebagai manusia. Secara azalinya kita terikat dengan konstruk budaya dan waktu, salah benar, perbalahan generasi ditangani dengan aman dan damai sebaiknya.

Nah, sewaktu kita berfikir juga masa terus berdetik, meninggalkan kita perlahan. Kita kerisauan samada kita ini relavan dalam suasana semasa. Sesekali dipukul oleh perasaan samada sudah tua? Tertinggal zaman? Apakah nilaian moral yang dahulu sudah tidak berguna? Oh! Beginikah rupanya peralihan zaman? Kita akan terus keliru tertanya tanya.

Hal hal asas seperti budi bicara meskipun sudah moden, terus kekal. Bijaksana demi menjadi manusia terus dijana agar pergerakan kita jadi lebih mudah. Kita tidak mahu menjadi warga tua yang dianggap kuno, cerewet dan konservatif. Hal hal yang membuatkan kita terfikir apa mahunya si tua dalam politik dan pengurusan? Yang muda arahnya kemana? Bukankah dahulu kita pernah merasa sesak menangani orang tua di zaman kita? Kitaran ini akan terus terjadi.

Lantas kita mengambil langkah untuk menjadi manusia yang semasa. Mampu menelan sebarang pembaharuan asalkan tidak membawa mudarat. Sesekali terkedu pada penolakan generasi muda pada saranan kita yang tua. Ketika itulah ada detik di hati tua bahawa, waktu sudah berlalu dan ada hal hal baharu hebat yang perlu dipelajari dan difahami. Jika masih kabur cubalah kamu duduk dengan teman teman yang seusia kamu, dengarkan baik baik rungutan mereka. Nah, di situ kamu pasti dapat melihat kekeliruan, ego yang tercalar, kuasa dominan yang semakin melemah, tenaga yang pudar, sakit fizikal dan segala hal hal negatif berpusar menjadikan manusia terasa bagaikan tidak berguna. Kain buruk kata orang...

Muda kamu berbeza, muda generasi baharu pastilah juga berbeza akibat detik waktu dan permintaan dunia. Berilah apa alasan, masa terus berdetik. Masa seolah olah sinis mahu meninggalkan manusia (ada tiga arena 1. terkejar kejar 2. yang merungut 3.yang tidak mahu teringgal) kamu mahu memilih arena yang mana satu?

Memudahkan acara hidup kita mahu bertenang dan melihat sambil merasakan apa impaknya secara komprehensif. Tidaklah seburuk mana sebenarnya kesannya untuk kita kita semua yang tertakluk pada kitaran masa. Hidup dan Mati? Sesekali agak menyesakkan nafas dan dada bila masuk kiraan subjektif nilai hidup, moral, agama, politik dan sosial. Pilihan akan tetap ada, kiranya punya kederat boleh sahaja kamu persoal untuk dijawab, berdiam diri demi kedamaian, berkarya kiranya berbakat agar dibaca (melukis, menulis, bersajak apa sahaja). Apa yang pasti, sama seperti keanjalan tubuh badan, masa membuatkan ianya jadi tidak sama. Bicaralah sehebat mana, masa akan kembali menjadikan kamu berfikir tentang diri. Sejauh mana, setakat mana, sudahkah? Bilakah? Tersenyum lucu, insaf atau apa apa sahaja.

Kamu tetap kamu, cumanya sudah berada di paksi yang terhasil dari laluan dan tindakan lalu. Sebaiknya janganlah ditoleh kembali untuk sesalan, mendakap takdir erat dan kemampuan untuk merasa penuh amat dialu alukan. Tolehlah sekali sekala untuk mengingati saat saat bahagia dan indah. Masa terus berdetik tanpa belas buat sesiapa... tik tik tik tik... Berdamailah dengan perubahan masa.

Mungkin akan tergaris di jiwamu tanpa mengira siapa: Aku sudah hidup... hidup yang penuh, Alhamdulillah.

 hidup yang penuh, Alhamdulillah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setiapku toleh

Ia akan terus berlalu

Yang mampu sajalah gumamku

Kupujuk diri yang mungkin jemu

pergi dan pergi selalu begitu

Tertoleh toleh

tersenyum buat sejarah kelmarin

Indah, kusam, masam, pedih, lirih

Berdoa kuat moga tak jerih

Katanya jadikan penggaris

Tertoleh toleh lagi

Adatnya memang begitu

Nasib dan badan belum menyatu

Hentikan saja segala pilu

Biar dituduh bagaikan penunggu

Melihat ke hadapan

Tik tik tik tik kejamnya masa

Berdetik begitu sahaja

Bagai tak hentang pada sesiapa

Jauh perginya menjauhi si leka


11/05/2018

RUANG KATA KATAWhere stories live. Discover now