PENCERAHAN TENTANG CROSSDRESSER & TRANSVESTITE

82 0 0
                                    


PENCERAHAN TENTANG CROSSDRESSER & TRANSVESTITE

Cross-dressing membawa makna memakai alatan pakaian yang tidak selaras dengan jantina seseorang. CD kerap digunakan untuk kerja kerja penyamaran, keselesaan, komedi dan ekspresi peribadi di dunia moden dan sepanjang sejarah manusiawi. - Wikipedia.

Crossdressing boleh didefinasikan sebagai bila individu memakai busana atau hiasan: Aksessori dan solekan yang secara tradisi digunakan oleh jantina yang bertentangan. Dalam kata lain, ia wujud bila lelaki berpakaian wanita atau wanita berpakaian lelaki. Ia adalah sejenis EKSPRESI GENDER.

Tidak mustahil jika kaum Mak Nyah sejati akan disamakan dengan CD setelah membaca  2 perenggan di atas.

Apa penyebab seorang lelaki cross-dress?

Para CD akan berbusana secara bertentangan gender atas sebab masing masing kecuali stimulasi seksual. Contohnya: Mahu mengurangkan tekanan resah/debar - anxiety, untuk bertenang atau untuk CD lelaki, ia semata mata untuk bereksperimen dengan rasa feminin berbading personaliti kelakian begitu juga sebaliknya untuk CD perempuan berbusana maskulin.

Adakah Crossdressing senjenis isu kesihatan mental?

Di alaf kini, CD TIDAK dianggap sebagai sesuatu yang gila, tetapi bagi sesetengah yang tidak faham, kelaku CD dianggap merosotkan maruah dan kualiti hidup yang mengakibatkan tekanan dan kesukaran.

Kenapa suami saya berpakaian seperti perempuan? Terkejut jadinya bila terserempak dia mencuba pakaian pakain saya.

Selalunya mereka mengenakan pakaian perempuan untuk mempamirkan bahagian feminin dalaman, begitu juga untuk keseronokan erotik dan memodulasi rasa gelisah dalaman. Crossdressing mungkin mampu menjadikan suami kamu gembira atau membangkitkan sejenis euphoria, alasan tersebut juga menjadi kamu tidak mahu menghalang kenikmatan si suami. Ada kes perceraian terjadi, namun tiada statistik sebenar.

TIDAK seperti Transnita/transpuan yang 24/7 hidup seperti perempuan, kaum CD boleh membasuh solekan dan menanggalkan busana perempuan dan terus menyertai kaum lelaki cisgender meneruskan kehidupan biasa.

Suatu ketika dahulu tingkah laku dan aktivitas CD menjadi rahsia, dilakukan secara sorok sorok (secara berkumpulan atau persendirian). - Guru Lelaki atau Pengurus Pejabat yang secara sorok sorok berpakaian wanita untuk tatapan diri sendiri (bukan untuk diperagakan atau diperagakan sesama mereka). Lupakan soal fizikal pecah lobang atau terapi HRT, ia tidak penting langsung.

Namun begitu sejak dahulukala sudah wujud para CD yang mencari makan dengan berpakaian perempuan/lelaki untuk kerja kerja panggung atau di kelab hiburan.(Charlie Chaplin, Fred karno, Merton Berle, Pie Boria, Kumpulan Senario dan ramai lagi) Masyarakat silap faham lantas menganggap mereka sebagai darai/pondan/banci/bencong. Kerap ditegaskan bahawa tingkah mereka BUKANLAH untuk mencari kenikmatan seks semata mata. Ada yang menganggap ia sebagai ekspresi seni.

Penerangan tetang gender dan hidup pilihan hingga saat ini masih merupakan hal kabur. Tidak pulang modal untuk diperdebatkan bermati matian.

---------------------

Antara Ciri Ciri CROSSDRESSER Alaf Baharu:

- Menikah/berkasih dengan Cisgender seperti biasa. Ada yang bersikap Panseksual (Apa sahaja asal hati berkenan) atau Skolioseksual (Tertarik pada mereka yang menjalani hidup celaru jantina)

- Simulasi perasaan terbuka di dinding medsos terpilih (memilih kumpulan yang dirasakan selesa). Bergaya dan bersosial selayaknya dengan gender pilihan menggunakan teknik teknik hias diri yang terbaik (tetek getah, span pinggul, busana terkini, berhijab juga ada) -simulasi ini memberikan kenikmatan.

- Jika dahulu ia menjadi rahsia aib, kini tidak berapa menjadi soal lagi. Mereka jauh lebih berani (selalunya di medsos dalam portal pilihan) Ada yang menusup masuk dalam dunia transnita kerana keliru atau merasa selesa.

- Sesekali ada yang terkeliru sehingga sanggup memberi buah fikir tentang gender orang lain bila timbul isu isu gender dalam negara. Tanpa sedar masuk mewakili isu isu Mak Nyah dari segi peradaban dan agama. Lebih parah bila kebosanan mereka berbusana wanita dianggap sebagai soal INSOF oleh masyarakat umum dan diangkat puja oleh agamawan.

- Terdapat CD yang mampu mendapat persetujuan isteri/suami untuk beraktivitas sebagai CD dalam waktu waktu tertentu. Beristeri/suami secara sah dijadikan alasan bila mereka perlu menegakkan isu hidup pilihan.: Contoh: Saya masih lagi lelaki sejati, berpakaian perempuan/lelaki hanyalah hobi main main, isteri saya tak kata apapun?

- Kekerapan menentang isu HAM yang diperjuangkan oleh kaum Transnita - Cuba untuk memperingatkan kaum Mak Nyah bahawa mereka masih bergender lelaki dan sesekali membantai dengan alasan agama pegangan dan falsafah peribadi. (Bukan semua). Mereka terkeliru menganggap bahawa Mak Nyah adalah sama seperti mereka secara pukul rata.

Mereka bukan gay lembut atau gay flamboyan, bukan! Gay lembut adalah semulajadi dan tidak dibuat buat. Persamaannya hanyalah Gay lembut dan CD mempunyai kehidupan unik tersendiri dan tidak memasang niat untuk sebarang pembedahan aestetik dan jantina dengan hajat mahu hidup sebagai wanita 24/7.

CD atau Transvestisme selalunya menjadi rahsia bagi pelaku yang menjaga maruah, kerjaya dan aib. Jalan mudah diambil dengan menyusup masuk dan bersosial di dunia Mak Nyah (bukan semua), Terdapat CD yang tidak selesa dengan cara hidup kaum Mak Nyah setelah cuba menjalani kehidupan tersebut dan cepat cepat berpatah balik. Ada CD yang hanya mahu bersolek mampan, bergaya sepuas puasnya dalam kamar hotel atau rumah sewa, secara bersendirian atau berkumpulan. Mereka tidak berhempas pulas memperjuangkan tatacara hidup agar diterima oleh masyarakat umum.

Pasang siap, ketik gambar dan pulang kepuasan.

Sesekali akan dibaca luahan di Medsos tidak selesa kaum Mak Nyah tentang kelaku para CD. Ada kekeliruan yang harus dibetulkan di situ. Ada CD yang berani meluahkan rasa ghairah terhadap Transnita (tidak pasti samada saat meluahkan mereka berada di posisi sebagai CD cisgender). Ada CD yang mahukan tips berdandan dari kaum Mak Nyah

Sama seperti spektrum seksualiti yang berlapis lapis, tidak akan ada penerangan paling tepat mengenai CD

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sama seperti spektrum seksualiti yang berlapis lapis, tidak akan ada penerangan paling tepat mengenai CD. Jalan terbaik hanyalah dengan mengHORMATI batas hidup dan pilihan masing masing.

Ya, CD wujud secara tempatan dan hanya mereka sebagai tuan punya tubuh berhak dan jauh lebih layak untuk menerangkan apa sebenarnya.

NOTA: Pernah terjadi insiden peserta menarik diri dari rancangan Rupaul Drag Race kerana tersedar bahawa mereka bukanlah CD tetapi Transnita setelah berpeluang melihat tingkah laku para peserta lain yang kebanyakannya para Crossdresser. Rancangan tersebut dinikmati oleh khalayak penonton dari pelbagai peringkat tanpa tahu beza apa apa... ( pujian meletop, teknik solekan, bakat dan persembahan). Paparan watak T dalam filem filem komersil (dilakonkan oleh pemeran Cisgender) sebelum tahun 2ribuan adakalanya tidak membantu akan definasi sebenar tentang CD. Kini CD tempatan kerap memuatnaik video video parodi untuk tatapan umum di media sosial, untuk dinikmati secara umum. Ya, dunia terus berputar!

Regina Ibrahim

220521

RUANG KATA KATAWhere stories live. Discover now