Selain dari bisu dan tuli, kita masing masing mampu meluahkan kata kata yang beriring hasrat dizahirkan jadi nyata. Ada ketikanya terkubur begitu sahaja, hilang di dalam hati manusia. Ruang ini membenarkan aku menongkah segala resah, bahagia dan kel...
Aku mula dipertikai mereka Katanya antara lapan di cakerawala Menuduh aku ini anak mentari Si bijaksana memantulkan cahaya cerah Katanya yakin aku ini Venus yang meminjam ikhsan mentari Yang bertata surya memantul Aku hanya titik sepi dari kejauhan Berkarbon oksida, nitrojen hingga Tidak mungkin dijemputmu ke sini Berputarlah aku sekeliling mentari Sedang aku terus bersinar
Kamu berterusan berinderaloka sejak lama Sedangkan aku hanyalah bayangan metafora Seumur hidup digelar bintang Bukankah kamu suka? Bintang filem, lima bintang, bintang sinetron? Aku kekal digelar bintang olehmu Dongaklah manatapiku semahunya Aku ini hanyalah bayangan impian Harapan leluhurmu Agar kau bermasa depan cermerlang
Regina Ibrahim 210218
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.