Selain dari bisu dan tuli, kita masing masing mampu meluahkan kata kata yang beriring hasrat dizahirkan jadi nyata. Ada ketikanya terkubur begitu sahaja, hilang di dalam hati manusia. Ruang ini membenarkan aku menongkah segala resah, bahagia dan kel...
1. Dilahirkan untuk tidak mempunyai hubungan panjang dengan sesiapa, kerana diri sebagai manusia belum beres.
2. Dilindungi oleh Pencipta untuk tidak tergelincir dalam kancah remeh temeh perkongsian hidup (berbalah, terhina atau bercerai)
3. Soulmate – teman jiwa, itu adalah rekaan manusia asyik masyuk, sedangkan ianya tidak wujud. Kamu adalah yang terkarib buat dirimu.
4. Menghabiskan usia pada zuriat dan hal hal tumbesar mereka yang tidak berbaloi. Mesin pro-kreasi.
5. Kasih sayang yang mahu diarahkan pada mereka yang kurang bernasib baik, kerana yang lain sudah sibuk menyintai dunia rekaan mereka.
6. Tugasan menangani sepi. Sepi akibat tuntutan yang juga rekaan manusia, sepi ditangani dengan lebih bijak tanpa melibatkan lawan jenis yang belum tentu menyintai kamu 100 peratus
7. Waktu untuk menilai hal hal BERHARAP. Manusia penuh dengan harapan pada orang lain. E.g: menanti dia berubah jadi lebih baik, anak anak membesar berjaya dan kamu? Hanya tumpang.
8. Sebarang aprisiasi dan motivasi tidak semestinya hadir dari kekasih terdekat. Kekasih ada ketikakan boleh mematikan segala cita cita dan harapan lama dan kamu harus belajar lagi untuk bergerak bersama dirinya yang SELFISH.
Begitulah nasib manusia apabila dewasa dan mula menjalar, hati yang lembah berharap akan mudah terpedaya pada hal hal romantik dan hampir tidak masuk akal. Terkinja kinja marah pada segala khilaf pasangan yang curang, putus kasih, berubah hati atau tidak memilih diri sebagai cinta hati. Pembangunan diri yang terbantut, menjadi dominan, tampil berkuku besi dan kata kata maaf yang di hujung waktu tidak ada nilai lagi.
Memang benar jodoh dan ajal di tangan sang Penguasa, namun cuba perhatikan rungutan dan elusan ramai di antara mereka yang kita fikir sudah jatuh bertuah setelah beberapa tahun. Kisah kisah yang tidak pernah kita sangka kerana awalnya sudah kita bentuk bahawa mereka pasangan yang bahagia dan bertuah.
Setiap manusia mahukan ruang kebebasan (haipp! Jangan dibenarkan melintas maksud kebebasan sek, curang, zina zina ya... ini kebebasan yang mulus).
Sang romantis akan tercari cari panduan bagaimana dan caranya mahu kekal dalam hubungan bersama manusia yang awal awal lagi diketahui bernadi kompleks jiwa.
Hati hati juga, terlalu ramai yang gemar menikmati tempoh 'courting' urat mengurat agar masuk sangkar secara vice versa, setelah itu apakah usaha kamu berdua?
Kalau satu sudah tidak mampu dan mengalah, kamu faham benar hasilnya.
Bosan tidak berjodohan pula tidak semestinya menjadikan kamu manusia yang PAHIT. Jangan...dunia ini luas.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.