ALAM * INGIN

13 0 0
                                    


Alam ikut serta
bagai irama muzik hati
Mentari mencanak harapan
Kehangatan mendehau semangat
Tempias hujan wakil sebu tangis
Hembusan angin bak rahsia berbisik
Berlarilah kita ke tepian pantai
Mengagahi bukit bukau
Mulut mulut melopong kagum
menikmati mega dan cahaya
... saat mentari berpamit

Debar jantung buat ribut dan gempa
Sekacau bilau kisah kita adanya
Malam ini langkah terhenti
betul betul di jambatan hidup.
Sungai yang bagai terhenti aliran
memantul kerdip lampu jalanan
bersela sisi sisi kelam
seperti tahu sarang sepi di lubuk hati
Ah! Manusia dan suasana
mereka itu ada ada saja....

Regina Ibrahim
021218 Penang.

INGIN ISTERI

Ingin sekali aku luahkan resah hati padamu, setelah bertahun masuk dalam perkongsian ini

Sudah dihimpun segala bendahara kata ketika kugalas tugasan yang tiba tiba tercipta menjadi surimu

Undang undang tidak bertulis sudah kuakur setia sehingga kita sama sama tua

Ingin aku bertanya padamu wahai suami

Inikah peralihan yang harus dituruti? Setelah engkau sampai ke titik itu

Tidak pernah dibuat orang, tukarlah caramu, wajahmu sebal ketika aku engkar Pujianmu jadi mahal, tidak seperti dulu. Pedulimu jadi jarang, menambah rasa malang. Aku tidak masuk dalam segala tingkah bicara mesyuarahmu. Mungkin sudah tersemat di kelompokmu bahawa aku ini penurut.

Salahnya aku kerana tidak bersua ruang bicara. Sejarah takut sudah lama tercipta akibat laku dan amarahmu. Manjaku jadi hilang sejak lama, buruk benar kalau orang tua cuba bersenda. Entah ajaran mana...

Kita berdua terus menjadi manusia kaku meski sekasur.

Tiap merenungi jendela, kurenungi segala yang luas dan berterusan merasa terpenjara... serta kembali menghiba pada kegawatan diri bersuara.

021218 Penang

021218 Penang

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.
RUANG KATA KATAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt