Selain dari bisu dan tuli, kita masing masing mampu meluahkan kata kata yang beriring hasrat dizahirkan jadi nyata. Ada ketikanya terkubur begitu sahaja, hilang di dalam hati manusia. Ruang ini membenarkan aku menongkah segala resah, bahagia dan kel...
Segala persoalan tanpa jawab dialih pada sidang diri cuma tidak penting, mungkin ditelan zaman?
bolak balik tanya soal di celahan otak nan sempit menafsir itu dan ini sendirian mereka yang ada hanya sekadar ada, dia siapa?
dipintal segala bebal yang berselirat ke ruang dada yang kosong tapi sesak berharap segala titik nadi terhenti
Gelap yang bukan gelap malam, semacamkekal sepi tanpa arahan, jasadnya terapungsempat senafas berdoa agar dikurniakan segala baharu
Pada siapa?
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
*sajak 3 baris yang menggambarkan keadaan, langkah/kejadian dan suasana. Golak rasa digabung dengan tingkah, ditutup dengan suasana. Haiku bukanlah sesuatu yang mahu diberi tumpu di sini. Bukan. Ini hanyalah susunan kata, dedikasi pada manusia yang kejadiannya sunyi, tanpa perhatian, sambil dia bermohon pada HIDUP BAHARU yang lebih menerujakan.