Selain dari bisu dan tuli, kita masing masing mampu meluahkan kata kata yang beriring hasrat dizahirkan jadi nyata. Ada ketikanya terkubur begitu sahaja, hilang di dalam hati manusia. Ruang ini membenarkan aku menongkah segala resah, bahagia dan kel...
Kamu dan aku, kita sama sahaja. Yang diusahakan sebenarnya hanyalah pada PERAKUAN.
Bezanya kamu mungkin lebih terkenal. Diukur dari jumlah orang yang mengenalimu (tidak kira akibat dari cerita apa sekalipun). Mungkin juga hadir dari keluarga yang senang, bergentik bagus, tampan, cantik atau apa sahaja yang difikirkan kelebihan/privilege; menurut ukuran semasa manusiawi dalam lingkungan hidup semasa.
Tiap satu dari kita sebenarnya menagih VALIDATION/PERAKUAN/PENGESAHAN tanpa mengira jantina, ras, agama atau apa apa ukuran lain tentang manusia.
Hal tersebutlah yang muncul sebagai perbandingan, pertandingan, persaingan yang kita gelar aktiviti hidup. Jadi muncullah hal hal GAGAL, JAYA, SUAM SUAM KUKU atau TIDAK BERGUNA... diasak dalam kehidupan. Apa reaksi kamu? Apakah tindakan yang mahu diambil?
Sebaik menyedari akan hal sebegini, kamu harus mampu mengetik potensi sebagai manusia. Pepatah lama, apa yang kita tabur itulah hasil yang akan kita tuai. Sesekali mungkin akan diganggu oleh cuaca kehidupan (kekangan/rezeki/laba atau apa sahaja). Sebagai manusia kita boleh sahaja memohon bantuan, mengulangi semula usaha atau beralih arah pada hal yang difikirkan baik atau cadangan oleh mereka yang prihatin, teman, keluarga, ketua yang pandai membaca potensi diri
Tidak ada alasan untuk merasakan diri kamu kecil. Tidak segagan orang lain selagi otak dan tubuh badan masih bergerak dan berfungsi. Percaya pada PENDIDIKAN sebagai senjata untuk kemajuan hidup adalah kemestian. Pendidikan yang sering membikin kamu rasa gerun itu hadir dalam pelbagai bentuk dan skala, atas kamu secara peribadi untuk menilai dan menerima cabarannya.
Di hujung hari, kata yang sesuai dengan NAFSU NAFSI MANUSIAWI hanyalah dambaan pada PERAKUAN/VALIDATION sementara kita masih hidup.
Bukan kamu tidak pernah melihat bagaimana individu menjadi begitu kalut mempertahankan dirinya, rasa percaya, usaha, minatnya...kira kira untuk apa segalanya itu??? Cuba kamu jelaskan pada diri...
Nota: artikel asas tentang validation ada dilampirkan dalam dinding wattpad bertajuk Manusia.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.