NO SMOKING

99 0 0
                                    


KOTA TANPA ASAP ROKOK

Merekalah yang menjual, mengutip cukai dan tiba tiba menekankan bahawa merokok membahayakan kesihatan. Semua kempen sudah berlangsung sejak awal tahun 90an. Tambah galak jadinya di pemerintahan baharu, seolah merekalah pembela.

Kalau dahulu syarikat rokoklah yang menjadi penaja hebat kegiatan masyarakat dari media visual sehinggalah aktiviti pesta. Pernah menonton bagaimana gahnya iklan Benson and Hedges? Pesta Kingsway?

Berdasarkan statistik yang dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kira-kira 100,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun disebabkan oleh tabiat merokok dan jumlah ini akan bertambah dari tahun ke tahun susulan peningkatan perokok muda setiap tahun. - KKM

Cukai daripada jualan rokok dalam negara merupakan antara sumber kewangan yang memberi sumbangan cukup besar kepada kerajaan. Sebagai contoh, pada tahun 2014, Jabatan Kastam Diraja Malaysia melaporkan sebanyak RM3.62 bilion berjaya dikutip hasil daripada cukai rokok dan ini adalah sumbangan cukai kedua terbesar pada tahun tersebut. – Jabatan Kastam

Pada tahun 2015, kerajaan dilaporkan telah kehilangan kira-kira RM4 bilion susulan peningkatan jualan rokok seludup. Dianggarkan pada tahun tersebut juga, hampir 40% pasaran rokok dipegang oleh rokok seludup dan dipercayai meningkat dengan pantas dari tahun ke tahun. Ini antara akibat ghairah mahu mengawal dari pejabat dingin tanpa turun ke bawah.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Norashidah Mohamed, langkah yang diambil oleh KKM untuk menaikkan harga jualan runcit rokok adalah amat baik dan mampu untuk mengurangkan sehingga 80,000 kes kematian pramatang yang berpunca daripada rokok.

Dr Norashidah juga menganggarkan bahawa kerajaan akan berjaya mengutip cukai sekitar RM5.3 bilion daripada kenaikan harga jualan rokok ini serta menyifatkan lambakan rokok haram di Malaysia adalah berpunca daripada penguatkuasaan yang lemah dan bukannya disebabkan oleh kenaikan harga rokok yang 'sah' di pasaran. – Berita Harian

TEGAH MEROKOK 2019

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TEGAH MEROKOK 2019

Dimulakan sebaik sahaja masuk tahun baharu, berkuat kuasa hebat serata negeri kecuali Sarawak yang menangguhkan kuat kuasa tersebut buat sementara waktu. Sudah tentu ada banyak perkiraan yang dibuat oleh pemerintahan yang ambisius yang rata rata bersandarkan statistik kesihatan di atas.

Masyarakat perokok gelabah melihat suasana dan mengadaptasi pada keadaan. Ditakutkan dengan dengan 6 bulan penjara dan denda 10 ribu ringgit. Tercari cari kawasan merokok yang selamat yang hampir tidak wujud di tempat umum.

Sedang para masyarakat hijau selamat bertepuk tangan pada langkah pemerintah Malaysia, mereka diberi insentif untuk mengetik gambar perokok yang melanggar undang undang merokok dengan telefon pintar. Sama seperti lapuran tentang Tangkap Basah yang berelaun suatu ketika dahulu. Aneh!

Serba salah mahu bertekak tentang hal ini.

Muncullah kisah kisah makan di kawasan hawa dingin atau al fresco. Para artisan dan orang biasa yang bersantai dengan kepulan asap dan cawan cawan kopi atau teh tarik. Bagaimana? Apakah mereka harus melatih diri agar terbiasa? Bergaduhlah pula sesama mereka di ruang medsos. Kerisauan pula jadinya para peniaga restoren kecil dan besar.

Peratusan perokok muda dan statistik anak muda yang tidak menyentuh rokok semakin ramai tidak pula diwar warkan. Percayakah kamu semakin ramai anak anak muda tidak merokok atau menyedut vape? Harga rokok yang meningkat dari tahun ke tahun setiap tamat pembentangan kewangan negara sejak dahulu nampaknya berkesan.

Masuk tahun 2000 mana ada perokok yang tidak menghormati mereka yang tidak merokok? Merokok di kawasan hospital? Merokok di lobi hotel? KKM dan pemerintah tidak melihat ini sebagai kejayaan, mereka mahu pergi lebih jauh lagi demi cita cita mustahil tersebut. Akhirnya ia dilihat sebagai bentuk TEKANAN pada para perokok.

Siapa merokok? Kenapa merokok? Kenapa dilihat sebagai ketagihan melulu? Siapakah OCCASIONAL SMOKERS? Nenek nenek yang merokok? Perempuan merokok? Nah! Di sini dapat kita lihat semangat yang agak jahat dari mereka masyarakat hijau yang berada di tampuk pemerintahan. Asosiasi minda terhadap rokok dan perokok itu terbentuk sejak lama sebenarnya.

Kita akan saling menunding mencari salah sesama kita tentunya.

FIKIRKAN:

1. Mana ada orang merokok di tempat makan berhawa dingin?

2. Tempat hiburan tanpa rokok mana yang akan dikunjungi? Disko, pub dan café tanpa rokok?

3. Restoren mamak al fresco mana yang akan dikunjungi nanti? Boikot?

4. Apabila para artisan berkumpul bagaimana?

5. Selama ini apakah mereka yang tidak merokok melihat perokok dengan mata hijau penuh marah?

6. Apa ada perokok yang menghembus asap ke wajah mereka? Kenapa mereka mahu ikut semeja dengan para perokok?

7. Ruang atau bilik merokok di Bandara Malaysia? Kamu fikir itu tempat yang bagaimana? Menjerit perokok tegar dari luar yang sedang transit.

8. Pemandu bas/lori jarak jauh yang merupakan perokok.

9. Apakah semua perokok tidak tahu menghormati suasana?

10. Kenapa bawa bayi dan kanak kanak ke tempat orang merokok? Banyak pilihan sebenarnya.

Sama seperti warga lain yang menuntut keadilan sewaktu hidup di mana mana negara, negara ini tidaklah perlu berhempas pulas mahu meniru pulau kecil di selatan yang rigid dan keras tanpa jiwa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sama seperti warga lain yang menuntut keadilan sewaktu hidup di mana mana negara, negara ini tidaklah perlu berhempas pulas mahu meniru pulau kecil di selatan yang rigid dan keras tanpa jiwa.

Sebagai perokok tegar, sudah tentu tidak akan ada sebarang pujian pada pihak pemerintah buat masa ini, kerana ada hal hal yang bersabit rokok yang tidak akan difahami oleh mereka yang tidak merokok. Berhenti merokok adalah pilihan, tidak perlulah dikukuhkan lagi sebagai syariah oleh mereka yang mahu melibatkan fahaman agama.

Yes I smoke... are you okay with that? If NOT let me go out and have my puff for a while.

Do you mind showing me where is the smoking area?

Atau kamu sememangnya tidak mahu berurusan dengan saya yang merokok? Sama seperti yang kamu senaraikan dalam kemahuan untuk berjodohan? Kamu fikir orang harus sama seperti kamu?

Di zaman ini manalah ada orang merokok tanpa perduli pada orang sekeliling. Kamu yang mungkin masuk ke tempat yang silap, atau kamu teringin mahu tahu apakah yang kami para perokok sedang rancak berbual diiringi kepulan asap? Kita belum bersembang tentang suasana tempat kerja berasap, kepulan asap kenderaan tanpa pantauan dan sifat di hati yang busuk.

Will it be a non smoking gathering? If so, we are NOT interested... you can hang out with your extremely environmental loving friends... have fun ya....

RUANG KATA KATAWhere stories live. Discover now