BEREBUT TANDAS?

54 0 0
                                        


Minggu yang agak tertekan. Tiba tiba muncul isu tandas. Ya, tandas awam wanita yang dikongsi dengan Transnita.

Mujahid Rawa bertemu Nisha Ayub. Video sidang akhbar beredar dan bermulalah kisah kisah tandas yang memualkan. Sedangkan video tersebut hanyalah untuk hal hal agar tidak ada diskriminasi manusia transgender setelah penurunan 2 gambar aktivis yang dipamerkan di Georgetown Festival 2018.

Orang Melayu Malaysia tiba tiba takut pada transgender. Mereka menyebut nyebut LGBTQ yang mereka sendiri tidak fahami. Akhirnya yang ditumpu adalah para Transnita M to F. Kisah kisah aneh dan sifat transgender dibangkitkan. Transgender yang buta masih lagi berkongsi paut video video yang mereka fikir lucu... (masyarakat tidak akan mahu tahu bahawa ada pembahagian shemale yang rakus, drag queen yang hanya suka suka berpakaian perempuan atau crossdresser yang penting diri)

Di hari pertama mungkin kita fikir ianya adalah kekeliruan biasa, hal ini bukan tidak pernah terjadi. Sedangkan selama ini tandas mana agaknya yang dimasuki? Saya sebaik sahaja berpakaian wanita tidak pernah menjejak tandas lelaki. Mahu cari nahas?

Hilanglah lebih dari 10 teman teman di medsos. Ada yang sudah dikenali lama, terang terangan menyatakan tidak selesa dan terus mengutuk kehidupan transgender. Penat selama ini beradvokasi. Teman teman baharu penulis saya tidak hairan, mungkin mereka masih muda untuk memahami SOGIE atau terma terma seksualiti.

Yang lucu juga ada ketika cuba menunjuk pandai.

Saya mengambil keputusan untuk memadam sahaja mereka secara spontan. Mereka saya anggap sebagai manusia kedekut ruang hidup.

Keluarlah hal hal takut dirogol, bimbang aurat mereka dilihat oleh kaum Mak Nyah. Saya fikir, maknyah dan gayboy mana mahu stim pada mereka? Aurat apa kalau tiada syahwat langsung, malah ada kalangan kami yang lebih perempuan sifatnya berbanding mereka yang bermulut capoi akan isu tersebut.

Teman lama yang alim dan warak saya padam spontan juga kerana terlalu taksub pada hal hal Malaysia akan gempa jika para LGBT dibiarkan hidup. Saya fikir selama ini dia okay menjadi teman di mukabuku. Rupanya tidak, ada kebencian rupanya.

Dua tiga dinding rakan rakan saya lihat. Kaum perempuan yang rata rata bertudung meluahkan rasa ragu, takut, memerli kerajaan yang dia fikir mendukung kami LGBT. Ada komentar yang dijawab sinis, ada yang dilihat sebagai tidak pulang modal untuk diterangkan apa apa sekalipun.

Hati merasa sangat kecewa sebenarnya. Kecewa bila hasrat mahu berbaik baik diakhiri begini. Kemarahan mereka bagaikan baru mengenali kaum LGBT kelmarin. Tidaklah mahu didoakan agar mereka menerima zuriat yang tidak elok, kerana kami faham benar kesukaran yang sudah dilalui dan percubaan untuk hidup bahagia di kalangan masyarakat.

Pernahkah mereka mendengar tandas single? Tandas satu sinki dan satu jamban yang boleh dikunci? Apakah tandas di rumah mereka itu ada pembahagian? Konsep Genderless toilet seharusnya mereka fikirkan.

Dalam kerja kerja advokasi selama ini kami banyak berbicara tentang tandas sebenarnya. Sedar akan kesukarannya. Isu tandas yang dibangkitkan tahun demi tahun di negara barat akhirnya melanda negara Malaysia. Ketika marah hilang kasih sayang mereka sebagai orang Melayu Muslim. Jadi kamu faham kenapa saya rasa sedih?

"Kalau mahu merogol, tidak perlu menyamar bersolek, berbulu mata atau berkasut tinggi bagai, serlum sahaja niqab dan lakukan onar," menurut teman saya.

Tidak mahu berfikir panjang lagi, saya kira mereka sebagai ibubapa atau bakal menjadi ibubapa harus melihat fenomena ini sebagai satu dugaan yang harus ditangani dengan baik, tanpa melukakan hati para Transnita dengan kata kata kesat. Mereka mungkin tidak tahu bahawa ada transeksual yang sudah menjalani operasi SCS.

Kejadian kejadian sebegini membuatkan hati merasa sangat tawar. Cuitan yang sensitif ini harus difikirkan dengan ilmu ilmu yang ada. Ada ketikanya dirasakan bagai isu yang sengaja dibangkitkan oleh pihak pihak tertentu untuk memanaskan isu LGBT biar panas. Bermula dari dari arahan supaya PA Syed Syadiqq berhenti, ucapan Mujahidin Rawa tentang LGBT, Mufti Pulau Pinang yang menyamakan lgbt sebagai binatang dan dua tiga personaliti lain, terkait juga kenyataan dari Dr Nur Ilyani untuk Marina Mahathir, telagah tentang sumpah/oath pengamal perubatan. Segalanya bergulir hebat!

Kita semua bertekak mahukan ruang. Lantas digunakan hal hal moral, agama dan kepercayaan sebagai senjata.

Ianya sangatlah menyedihkan kalau dilihat dari segi pembangunan mental manusia. Kasihan sekali!

KITA TIDAK DILAHIRKAN UNTUK SALING MEMBENCI.

KITA TIDAK DILAHIRKAN UNTUK SALING MEMBENCI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
RUANG KATA KATAWhere stories live. Discover now