Selain dari bisu dan tuli, kita masing masing mampu meluahkan kata kata yang beriring hasrat dizahirkan jadi nyata. Ada ketikanya terkubur begitu sahaja, hilang di dalam hati manusia. Ruang ini membenarkan aku menongkah segala resah, bahagia dan kel...
Meluat rasanya untuk diulangi bicara kronologi emosi yang sama, tiap kali menjadi isu bualan. Ada yang atas angin, suka suka, jengkel, buat video dan macam macam.
Selama ini mereka mungkin kurang peka kerana hanya sibuk bertumpu pada diri yang sempurna, keluarga dan mungkin drama sensasi petang petang sahaja. Kerisauan timbul mungkin suasana yang berubah dan manusia di sekeliling menjadi bertambah kompetitif serta berani.
Dangkalnya persepektif mereka pada LGBTQ bertumpu pada T sahaja selalunya, kerana mereka tidak mampu untuk mengesan siapakah LGBQ. Kalau tahu mungkin bumi dirasakan bakal terbelah dua.
Kenapa tidak marah... pusing kiri lempok, pusing kanan bapok, urusan kerja tiba tiba terdengar jenaka auw you...tak kuasa mak... walaupun misai bertaring. Memang celaka pergi mana mana akan ada saja mereka dalam pelbagai sektor! Berdebatlah mereka seperti biasa tentang halal haram dalam busana berbelit sama seperti belitan hati mereka yang kotor dan hitam. Dipamerkan surah surah cuplikan kitab suci ketakutan dan kejengkelan. Takut ditelan bumi... takut tidak sempat menikmati dunia ini.
Bahaya apabila Hak Asasi Manusia dan rasa belas pada nasib orang dianggap sebagai ancaman. Alasannya takut kalau mereka nanti berlanjutan mahu menikah sesama jantina. Kempen kali ini agak serius. Doktor yang tiba tiba jadi tidak beretika. Kemarahan pada aktivis HAM yang kondang. Keluarlah wajah wajah marah yang tidak disangka dalam lapuran dari Medsos dan Media Perdana. Menteri yang gelabah pula terpaksa mencari jalan untuk meredakan suasana, hati hati kerana takut dituduh sebagai pendukung LGBT – itu imej yang tidak baik. Kasihan pada situasi sebegini.
Mencari sasaran terdekat adalah mudah. Terlupa bahawa benih mereka yang aktif kalau mahu diduga oleh yang ESA esok juga anak anak mereka akan jatuh jadi salah satu antara L G Q atau T. Ketika itu mungkin akan terduduk terkenangkan kisah lalu. Ianya agak menganggu fikiran meskipun ini bukan kali pertama pertikaian yang separa politik dan separa manusiawi ini terjadi.
Membaca perdebatan di dinding teman, diperhatikan sifat sifat buang tenaga mahu koreksi hidup orang. Sifat sifat kedekut ruang jelas di situ. Entah apa yang ditakuti mereka Wallahualam, atau sekadar mahu mempamerkan kehebatan berhujah tentang seksualiti yang dianggap salah hanya kerana mereka lengkap sempurna. Teman pondan yang tidak berpakaian perempuan ini gemar mencuit cuit tiapkali ada isu berbangkit. Ahli ahli akademik dan bakal ahli pendidikan jadi ghairah berkomen. Memudahkan kisah saya masuk ke ruang bualan tersebut sebagai antagonis suasana dan menaip: Korang bukan main lagi berkomen, korang tak tahu ker si X ini seorang LGBT? Muatnaik itu dipadam esoknya. Kasihan. Tiada niat mahu menjatuhkan air muka sesiapa hanya mahu berterus terang pada sifat merugikan airliur.
Video individu yang begitu yakin bahawa kejadian gempa di Bali dan Lombok adalah angkara maksiat dikongsi ramai. Beliau dengan pasti menanam kebencian terhadap golongan LGBT yang kononnya akan mengambil alih tampok pemerintahan negara dan kita semua akan menanggung bala. Dikongsi paut oleh mereka yang setuju dalam diam agaknya?
Dalam tempoh yang sama, akan ada individu individu medsos yang bercakap dalam diam dan sopan (bukan menyokong). Sesekali terserempak komentar mereka di dinding orang lain akan mengejutkan kamu. Sebagai Mak Nyah saya jadi terfikir, eh? Begini rupanya teman aku yang satu itu, teman yang aku jemput dalam hidup tanpa sebarang penilaian apa apa termasuk seksualiti selama ini. Aku jemput beliau sebagai manusia semata mata, rupa rupanya ada terselit rasa benci pada kejadian Tuhan yang menduga ini... Hilanglah dua tiga kawan selalunya bila tiba musim musim begini.
Kempen membenci akan selalu timbul di negara yang rakyatnya kurang matang tentang ilmu seksualiti. Ketakutan mereka selalunya mahu dilampiaskan pada orang lain. Berapa agaknya pahala yang sudah dikreditkan ke akuan syurgawi mereka?
Inilah waktunya melepas geram! Tidak syak lagi...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.