Selain dari bisu dan tuli, kita masing masing mampu meluahkan kata kata yang beriring hasrat dizahirkan jadi nyata. Ada ketikanya terkubur begitu sahaja, hilang di dalam hati manusia. Ruang ini membenarkan aku menongkah segala resah, bahagia dan kel...
Kata bagaikan bosan mahu hinggap di minda disusunlah bagaimana pengertian tidak bersua
Kata hanya tinggal kata bila hati tidak rela pendek mahupun berjela tidak membawa makna
Bibir menzahirkan kata terbit kepalang didesak jiwa kata bahagia juga nan lara perit disusun tertib sebaiknya
KATA KATA (PROSA TANPA TITIK)
Mata nan memandang pantas diterjemah di hati, sesekali kinetik melantun marah, pernah benar pernah tersalah menebak kejadian sesal jadinya kata kata beraduk hati yang merah marah keluar segala yang paling terkesat seranah yang bisa menjadikan diri lelah sedangkan awal awal lagi sudah dikira bicara akan diri yang mahu menjadi manusia tenang tidak terlajak kata yang mampu membinasa.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.