PENJARA HIDUP

39 0 0
                                        


Ghairahnya kita demi masa depan hingga terlupa mencumbui apa yang ada di depan mata. Hasilnya? Kita tidak pula hidup di masa mendatang dan teringgal pada yang semasa. Ghairahnya kita merancang seolah olah kita tidak akan mati ya? Akhirnya mati tanpa menikmati hidup. Jangan begitu...

Sibuk merangka busana diri, bergegas menuju tempat kerja, memandu kereta hutang, sibuk berkisah, kagum tentang jenis kereta apa orang lain pakai, lelah sebenarnya hanya untuk mendapat upah membayar hidup dan peralatan rumah yang kosong (kerana kamu tidak ada di rumah) demi untuk ada rumah tangga.

Banyak daripada kita sebenarnya bermimpi di siang hari, begitu juga impian terhadap kerjaya, bila mana imbuhan wang mengaburi segala makna. Demi keuntungan kita terhenti memikirkan asal tujuan hidup asas kerana berlumba mendapatkan gaji dan upah. Terluputlah segala ghairah impian, minat, cita cita akibat taat setia pada rutin hidup yang disaluti ketidakpastian dan visi visi yang lemah.

Kata mereka penjara yang hebat adalah penjara halimunan, kamu sendiri tidak pasti samada kamu terkunci di dalamnya. Nampak atau tidak? Seragammu? Aturan aturan di tempat kerja? Tali leher sebagai jerat? Ketua pejabatmu sebenarnya berperan sebagai pengawal penjara? Ruang kerjamu yang ciput itu adalah lokap?

Merangka pencapaian maksima bagaikan memecahkan gelas siling yang akan berhamburan jatuh ke atasmu serta menikam tubuh. Namun saban hari kita mahu patuh pada waktu kerja... tepat masa, pulang tetapi kepala dan badan masih memikirkan tentang kerja lagi...aduh! Kita bijak menerajui internet, dipaparkan wajah di suasana gemilang,sambil berharap kerja semasa itu kekal...aduh!

Segalanya tepat namun monotoni... bagaimana Isninmu bisa ceria? Selasa berkurangan siksaan, Rabu yang berbaloi? Khamis menjana hal baharu, Jumaat jadi lebih bermakna? Merangkalah kita untuk minggu minggu mendatang... sedangkan lagi 50 tahun mendatang, kalau usia panjang? Entah apa agaknya diminta oleh dunia? Tercari carilah pula kita pada ruang selamat (percutian, pantai, pulau, hiburan), walaupun tahu ia sebenarnya tidak wujud... yakni ruang dimana kita jauh dari hal hal kerja, kerana kepala masih di situ, berfikir tentang kerja. Aneh bukan?

Maka penuhlah kepala kita dengan hal kerja, kenderaan, hutang, waktu, rakan sepejabat, objektif pejabat....terlepas waktu bersama untuk makan dengan kekasih penuh damai, makan sambil berlari, sibuk, waktu jadi mahal, bungkus makanan, televisyen bodoh yang menyerap waktu dalam perhubungan kita... segalanya dilakukan secara lewa pantas... tertanya tanya kenapa pula, kenapa ada orang menipu, curi tidur, menyapa dalam kekalutan akibat suntuk masa...aduh!

Katanya adalah biasa 8 jam bekerja...biasa tu...sebenarnya lebih jamnya. Tiada waktu pula untuk kekasih, kekasih yang sudah kita janjikan perkongsian hidup. Berhempas pulas kita menamatkan tugas bila hampir hujung minggu..didarab waktunya aduh...siapa agaknya yang merangka semua ini? Ianya tidak normal. Kita harus dapatkan kembali hidup kita yang hakiki kerana ketika ini kita hanyalah hap hap nyawa ikan... kerana kamu harus tahu, "kau kerja terlalu kuat, kalaulah kamu mati esok apakah kerja kau yang akan ganti kau?" dan kamu mengelak untuk berfikir. Katanya, "kamu tidak pernah berubah" bergaduhlah kamu... untuk hidup esok yang itu itu juga...dan menggelarnya hidup.

Entahlah...tidakkah kamu mengispirasikan orang orang yang berani mengikut rentak hati mereka? Melakukan hal hal yang mereka suka sehingga berjaya.? Tidakkah kita mahu jadi pasangan kekasih yang baik? Manusia yang sayang pada diri? Bijak merangka dan menyemai ghairah pada hidup?

Semua manusia akan bersertakan laluan yang tidak mudah. Kita sebenarnya ada potensi dan bijaksana dalam diri yang kita lupakan hanya kerana mengejar hidup yang dikatakan tepat dan biasa oleh ramai orang. Memang kita sering berada di posisi keliru dan kekurangan dalam mengejar misi masing masing. Satu pertanyaan yang harus kamu utarakan pada diri:

Di hujung hidup, adakah aku akan menyesal? Jawapannya mudah: Sesal tidak mencuba adalah terlalu sakit berbanding sakit kerana berani mengambil risiko hidup.

Jadi sekiranya kamu menghadapi cabaran ingat: PEMENANG ADALAH SI KALAH YANG SUDAH MENCUBA BERKALI KALI. Kamu hanya perlu bertemu manusia yang tepat dalam suasana yang juga tepat untuk mengatakan Ya dan saat itu mampu untuk merubah segalanya.

Di waktu waktu mendatang kamu akan melihat kembali dan berdetik, "aku seharusnya memulakan sekarang". Paling tidak kamu mencuba dan sepanjang mencuba usaha yang kamu ghairah serta cinta itu pasti ada calitan rasa bahagia.

Mati juga mungkin dengan mata yang tertutup rapat, kepuasan.

Bual bicara bersama si Anonymous. 

CAGED: Acrylic on canvas

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

CAGED: Acrylic on canvas. Exhibited during GTF 2017 at Whiteways Arcade, Lebuh Pantai Penang and 8 Female Artiste at China House Lebuh Victoria end of 2017.

RUANG KATA KATADonde viven las historias. Descúbrelo ahora