Izinkan Aku Mencintaimu 17

5.3K 150 37
                                    

"Thea.. Dari tadi aku tengok kau asyik tenung ja telefon kau tu. Kalau rasa nak jawab panggilan tu jawab jalah."

"Ehh tak adalah, mana ada aku tengok telefon tu." Thea Arlina cepat-cepat mengalihkan pandangannya dari telefon bimbit berkenaan.

"Hurmm nak mengelaklah tu. Kau tak kesian ka dekat abang kau? Mesti dia risau."

"Nanti bila aku dah ok aku call lah dia." Balas Thea Arlina.

"Oklah kalau macam tu. Tapi, suami kau macam mana? Kau keluar macam tu ja dari rumah, berdosa tau."

"Akuu dah tak boleh Syifa, aku dah tak sanggup. Aku ingat suami aku akan cintakan aku tapi malangnya tak." Balas Thea Arlina.

"Aku faham perasaan kau Thea, tak mudah untuk kau lalui semuanya. Kau banyak-banyak bersabar ya, kau kena ingat semua yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya." Syifa memberikan kata-kata semangat.

"Aku tahu Syifa. Kalau memang jodoh aku dengan dia tak panjang, aku redha. Sekurang-kurangnya aku dapat tunaikan permintaan arwah madu aku." Thea Arlina tersenyum pahit.

***
"Thea.. Nanti tolong basuhkan baju dalam bakul tu, dah banyak dah. Lagi satu nanti malam tak payah masak, aku balik lewat nanti." Jerit Hanif Haidar dari depan pintu biliknya.

Diam... Tidak ada yang menyahut.

"Ishh kau ni pekak ka Thea?" Soal Hanif Haidar sambil berjalan memasuki bilik tidur yang pernah dihuni oleh Thea Arlina.

Gelap.. Kosong.. Tiada lagi kelibat Thea Arlina yang selalu berbaring di atas katil sambil membaca novel seperti kebiasaannya..

"Allah.. Kenapa dengan aku ni. Dah seminggu Thea pergi." Hanif Haidar meraup wajahnya.

"Thea.. Baliklah, aku perlukan kau." Tanpa sedar airmata lelakinya jatuh membasahi pipi.

Pintu bilik Thea Arlina ditutup kembali, dengan langkah yang longlai dia pun berlalu pergi.

***
"Thea. Macam mana, ok tak kerja?" Soal Syifa sambil mengira hasil keuntungan pada malam itu.

"Ok, cuma penat sikit. Tak sangka ramai pelanggan tetap kau ehh, dan yang paling aku tak sangka, semua lauk ni kau yang masak sendiri."

"Lepas habis belajar aku tumpukan sepenuh perhatian aku dekat kedai makan ni, yala ayah aku pun dah tak ada, kalau nak harapkan mak aku, dia dah tak larat dah. Jadi nak tak nak aku dengan abang aku lah yang kena uruskan." Terang Syifa.

"Baguslah kalau macam tu, aku bangga dengan kau Syifa." Puji Thea Arlina.

Mereka pun segera meneruskan kerja-kerja mengemas kedai tersebut, memandangkan hari sudah lewat malam dan sebentar lagi abang Syifa akan datang menjemput mereka pulang ke rumah.

***
"Assalammualaikum.." Hanif Haidar memberikan salam, wajahnya kelihatan sugul.

Langkah diatur menuju ke sofa di ruang tamu, tubuhnya terus direbahkan di atas sofa berkenaan.

Jam ditangan di kerling sekilas, sudah menunjukkan pukul 10 malam.

"Laparnya.." Gumamnya.

Selalunya setiap kali dia pulang ke rumah makanan sudah siap terhidang, tapi kali ini tidak ada lagi.

Wajah Thea Arlina pun bermain-main di pandangan.

Dia akui memang sikapnya agak kasar, namun saat itu dia masih keliru dengan perasaannya yang mula bercampur aduk. Jujur dia sudah mula sayangkan Thea Arlina, tapi dalam masa yang sama dia masih tak boleh lupakan arwah Melina Insyirah.

'Maafkan aku Thea..' Gumamnya didalam hati.

"Tak kira macam mana cara sekalipun, aku akan pastikan kau balik dekat rumah ni Thea. Aku janji aku akan bawa kau balik.." Hanif Haidar berjanji dengan dirinya sendiri.

***
"Haaa.. Ada apa hal kau nak jumpa aku? Kalau tak ada hal penting sila berambus, aku tak ingin nak tengok muka kau." Kasar nada suara Zaquan Adha.

"Thea ada hubungi kau tak Zaquan? Kau tahu tak dia pergi mana?" Soal Hanif Haidar.

"Yang kau tiba-tiba berminat nak tahu adik aku pergi mana ni kenapa? Tak puas lagi ka kau sakitkan hati dia?" Marah Zaquan Adha.

"Tak bukan macam tu, aku nak bawa dia balik. Aku nak minta maaf dengan dia, aku sedar aku dah banyak buat salah dengan dia." Terang Hanif Haidar.

"Tak payahlah Hanif, biarkan Thea tu. Aku sendiri pun tak tahu dia pergi mana, dia tak ada hubungi aku langsung. Kau tak payahlah susah-susah nak cari dia."

"Tapi aku betul-betul menyesal, aku nak kan Thea balik dalam hidup aku. Aku dah mula sayangkan dia Zaquan." Hanif Haidar jujur.

"Dah lah Hanif, dah terlambat. Thea dah pergi pun. Kita dah tak mampu nak buat apa-apa. Kita tunggu sajalah dia balik. Dah lah kau pergi balik, aku dah taknak tengok muka kau lagi." Zaquan Adha pun bangun dari duduknya dan meninggalkan Hanif Haidar di ruang tamu keseorangan.

Izinkan Aku Mencintaimu #wattys2019Where stories live. Discover now