Izinkan Aku Mencintaimu 7

5.5K 141 2
                                    

   "Aku terima nikahnya Thea Arlina Binti Rashid dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai." Lafaz Hanif Haidar.

   "Sah?"

   "Sah" Jawab beberapa orang saksi di dalam masjid itu.

   "Alhamdulillah..." Tok kadi pun mula membacakan doa-doa dan diaminkan oleh beberapa saksi dan tetamu yang hadir.

   "Thea, terima kasih." Ucap Melina sambil mengusap bahu Thea Arlina.

   "Sama-sama kak." Balas Thea Arlina.

   Jantung Thea Arlina saat ini berdegup kencang seperti mahu tercabut dari tempatnya.

   "Thea, hulurkan tangan. Hanif nak sarungkan cincin." Panggil Mak Yam.

   "Hah? Tangan? Ya-ya." Jawab Thea Arlina gemuruh lalu terus dihulurkan tangannya.

   "Alhamdulillah.. Terima kasih abang.." Melina tersenyum disisi Thea Arlina.

   "Sama-sama sayang, abang buat semua ni untuk sayang." Jawab Hanif Haidar.

   Thea Arlina hanya diam dan menjadi pendengar, hatinya tak keruan pada saat ini. Tidak sangka akhirnya dia akan menjadi isteri kepada Hanif Haidar sekaligus menjadi madu kepada Melina Insyirah.

   Zaquan pula sedari tadi menunjukkan muka tidak puas hati kepada Hanif Haidar, entah apa yang difikirkan oleh kawannya itu.

   "Zaquan, aku nak minta izin kau untuk bawa balik Thea ke rumah aku." Hanif Haidar meminta izin.

   "Suka hati kau lah, lagipun Thea dah sah jadi isteri kau. Sekarang ni dia dah jadi tanggungjawab kau, aku nak kau jaga dia baik-baik. Kalau aku dapat tahu kau sakitkan hati dia siap kau."

   "Baiklah Zaquan." Ujar Hanif Haidar.

   "Thea, jaga diri Thea elok-elok. Kalau ada apa-apa terus call abang nanti abang akan terus pergi ke sana." Pesan Zaquan.

   "Baiklah abang, Thea janji. Thea akan rindukan abang dengan Mak Yam." Thea terus memeluk tubuh Zaquan dan Mak Yam, terasa berat hati ingin melangkah pergi ke rumah Hanif Haidar.

   "Thea.. Jom sayang." Panggil Melina.

   "Thea pergi dulu Abang Zaquan, Mak Yam. Assalamualaikum.." Thea Arlina meminta diri.

   Selesai akad nikah semua yang hadir terus pulang ke rumah masing-masing setelah menjamu selera, hanya kenduri kecil-kecilan sahaja yang diadakan.

***
   "Thea, jemputlah masuk. Mulai hari ini rumah ni akan jadi rumah Thea juga. Mari kak tunjukkan bilik Thea." Boleh dikatakan pada hari itu Melina lah insan yang paling gembira sekali.

   "Terima kasih kak." Thea Arlina tersenyum pahit, wajah Hanif Haidar yang beku itu dipandang sekilas.

   "Tadaaaaa.. Cantik tak bilik ni? Akak tahu Thea suka warna merah jadi akak dah minta Abang Hanif supaya hias bilik ni sesuai dengan warna kesukaan Thea." Terang Melina.

   "Terima kasih banyak-banyak Kak Mel."

   "Sama-sama Thea. Thea mesti penat kan? Thea rehatlah dulu, akak nak turun masak." Melina meminta diri.

   Kini tinggallah Thea Arlina berseorangan di bilik yang besar itu. Bagaikan mimpi, tidak percaya dia akan menjadi isteri kepada Hanif Haidar. Ya dia akui memang dia sudah mula menyimpan perasaan terhadap Hanif Haidar sejak pertama kali lelaki itu datang makan tengahari di rumahnya, namun dia tidak sangka Hanif Haidar juga merupakan suami kepada Melina Insyirah.

   "Ya Allah, aku harap keputusan yang aku buat ini tepat. Kau permudahkanlah segalanya." Doa Thea Arlina.

   "Assalamualaikum.." Bunyi ketukan di pintu bilik membuat Thea Arlina terperanjat.

   "Waalaikummussalam.." Jawab Thea Arlina.

   Wajah Hanif Haidar pun muncul di sebalik pintu bilik.

   Thea Arlina yang berdebar-debar hanya duduk kaku di birai katil.

   "Thea...Macam ni lah ya, biar aku berterus-terang sebenarnya aku bersetuju untuk berkahwin dengan kau semuanya disebabkan isteri aku. Kau tahu kan Melina tengah sakit? Aku tak sanggup hampakan dia jadi aku terpaksa juga tunaikan permintaan dia. Aku cuma nak bagi amaran dekat kau supaya jangan sesekali jatuh cinta dengan aku sebab aku sememangnya tak akan pernah jatuh cinta dengan kau, cinta aku hanya untuk Melina Insyirah. Dan satu lagi aku minta supaya kita pura-pura bahagia di depan dia sebab itu yang dia inginkan." Ujar Hanif Haidar panjang lebar.

   Thea Arlina bagai dipanah petir, hatinya berdegup kencang.

   "Kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?" Soal Hanif Haidar.

   "De de dengarrr..." Jawab Thea Arlina tergagap-gagap.

   "Bagus." Hanif Haidar pun berlalu meninggalkan Thea Arlina.
  

Izinkan Aku Mencintaimu #wattys2019Where stories live. Discover now