Izinkan Aku Mencintaimu 12

5.2K 136 2
                                    

   Jenazah Melina Insyirah selamat dikebumikan, majlis tahlil pula sepenuhnya diuruskan oleh Thea Arlina dan abangnya Zaquan Adha. Hanif Haidar pula lebih banyak mendiamkan diri, dia masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya sudah kembali dijemput illahi.

   "Abang.. Nah minum air sikit dari semalam abang tak minum tak makan apa-apa." Thea Arlina menghulurkan secawan air milo kegemaran Hanif Haidar.

   "Aku taknak." Balas Hanif Haidar, dingin.

   "Minumlah sikit ya, nanti abang jatuh sakit." Pujuk Thea Arlina lagi.

   "Aku cakap tak nak maknanya tak naklah, kau faham tak?!" Tengking Hanif Haidar lalu menepis cawan yang dipegang oleh Thea Arlina sehingga jatuh berkecai.

   "Abang, Thea minta maaf." Ujar Thea Arlina lalu tunduk dan mengutip serpihan-serpihan cawan di atas lantai.

   "Aku tak nak makan, aku tak nak minum yang aku nak hanyalah Melina Insyirah!!" Balas Hanif Haidar kemudian berlalu masuk ke dalam biliknya.

   "Thea faham.." Tanpa sedar air mata pun jatuh ke pipinya.

   Malam itu sesudah menunaikan solat, Thea Arlina membuat keputusan untuk membaca segala isi di dalam buku nota yang telah ditinggalkan oleh Melina Insyirah untuknya.

   Hampir semua isi di dalam buku nota itu mengenai Hanif Haidar, makanan kesukaannya, tempat kesukaannya, cerita dan lagu kesukaannya, malah tertulis juga beberapa perkara yang harus Thea Arlina lakukan setiap hari sebelum Hanif Haidar berangkat ke tempat kerja.

   "Kak Mel, terima kasih untuk buku nota ni. Thea akan cuba sedaya upaya Thea untuk menjaga Abang Hanif seperti yang Kak Mel inginkan." Semangat Thea Arlina berkobar-kobar untuk mencuba mengambil hati suaminya.

***
   Pagi itu sesudah menunaikan solat subuh Thea Arlina terus ke dapur, buku nota peninggalan arwah Melina Insyirah segera dibelek.

   "Haaa jumpa pun." Thea Arlina tersenyum girang sesudah menemui resipi nasi lemas kukus kegemaran Hanif Haidar.

   "Hari ni aku akan pastikan dia makan juga sebelum pergi kerja, dah seminggu dia tak nak makan apa-apa pun yang aku masak." Thea Arlina mengeluh dan berharap Hanif Haidar akan menjamah masakannya pada pagi itu.

   "Alhamdulillah dah siap." Thea Arlina tersenyum ke arah meja dapur, aroma dari nasi lemak kukus tersebut pasti akan membuat sesiapa sahaja yang menghidunya akan berasa lapar.

   Thea Arlina juga tidak lupa menyediakan bekal untuk Hanif Haidar, dan di atas bekal itu terselit sekeping nota yang tertulis 'Have a nice day ^^'

   Setelah puas hati dengan segalanya, Thea Arlina pun menghilangkan diri ke dalam biliknya.

   Hanif Haidar tergesa-gesa mahu ke tempat kerja namun hidungnya terbau sesuatu yang amat menyelerakan, dia segera mengikuti bau yang datangnya dari arah dapur.

   Tudung saji segera diangkat.

   "Nasi lemak kukus." Bisiknya sendirian.

   Tanpa membuang masa, nasi terus dicedok ke dalam pinggan.

   "Mel..." Hanif Haidar terkedu, rasa nasi lemak kukus ini saling tak tumpah seperti nasi lemak kukus yang selalu dimasak oleh arwah isterinya.

   Hanif Haidar menikmati hidangan pagi itu dengan penuh berselera, bekal yang disediakan oleh Thea Arlina turut dibawanya bersama.

   "Alhamdulillah, dia makan juga." Thea Arlina yang bersembunyi di balik pintu tersenyum riang apabila melihat wajah ceria suaminya saat menikmati hidangan nasi lemak kukus itu.

Izinkan Aku Mencintaimu #wattys2019Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang