Hendrien
Dengan kehadirannya tanpa diduga, segalanya mula berubah apabila hatinya perlahan-lahan terikat pada seorang wanita yang langsung tidak pernah dirancang untuk hadir dalam hidupnya. Semuanya berlaku tanpa sengaja.
Pada awalnya, dia hanya terpaksa mengikut ibunya ke sekolah bersama abangnya, kerana hari itu adalah hari terakhir wanita itu berkhidmat sebagai seorang pengetua.
Namun bagi Ariana Malika, seorang gadis yang gemar menulis dan mencipta dunia khayalannya di dalam novelnya sendiri, membuatkan kehadiran jejaka itu bukan sekadar kebetulan. Tetapi Lelaki itu menjadi inspirasi hanya sekadar watak yang ingin dia hidupkan dalam cerita.
Tanpa dia sedari...
Lelaki itu adalah takdirnya.
"Aku dengar dia kerja pilot." -𝐓𝐇𝐄𝐀 𝐙𝐀𝐄𝐑𝐀
Enam tahun berlalu.
Takdir menemukan mereka semula dalam keadaan yang jauh berbeza. Hanya Ariana yang masih mengingati, sedangkan lelaki itu langsung tidak. Malah, sikapnya kini lebih dingin, sombong.
"Sekarang kau dah kotorkan kasut dengan seluar aku. Jadi? Kau ingat aku boleh maafkan macam tu je? Kau tahu tak uniform ni aku beli berapa?"-𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐇𝐀𝐙𝐈𝐐
"Alah, baju pun macam uniform sekolah. Banyak pula cekadak dia. Bagi kaki nanti diam baru tahu"-𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐊𝐀
Namun segalanya berubah. Apabila satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali muncul di skrin telefonnya.
"Aku nak minta maaf pasal tadi. Aku tahu kau tak sengaja. dan sebenarnya, aku saja nak chat kau. Aku nak cakap yang. aku dah ingat siapa kau." -𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐇𝐀𝐙𝐈𝐐
Siapa sangka, mereka berdua berkongsi latar belakang yang hampir sama anak kepada pendidik yang dihormati.
Namun pertemuan itu bukan sekadar menyatukan. Ia juga mencetuskan perdebatan.
"Mak aku guru besar!"-𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐊𝐀
"Mak aku pengetua!" - 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐇𝐀𝐙𝐈𝐐