Izinkan Aku Mencintaimu 10

5.2K 136 4
                                    

   "Uhukkk uhukkk." Melina Insyirah mengurut-ngurut dadanya, sudah beberapa hari dia batuk-batuk.

   "Sayang ok tak? Jom pergi hospital ambil ubat." Ajak Hanif Haidar.

   "Sayang ok, abang janganlah risau. Batuk biasa saja ni." Melina Insyirah tersenyum.

   "Kak Mel, nah minum air asam jawa ni." Thea Arlina menghulurkan segelas cawan kepada Melina Insyirah.

   "Terima kasih Thea." Melina Insyirah balas dengan senyuman.

   "Sayang rehatlah ya, hari ni biar Thea saja yang masak." Hanif Haidar menggosok-gosok belakang Melina Insyirah.

   "Baiklah kalau macam tu Mel minta diri untuk berehat dulu ya abang, abang tolonglah Thea dekat dapur." Melina Insyirah bangun dari duduknya.

   "Ehh tak apa abang, abang pergilah teman Kak Mel. Thea lagi selesa kalau masak sorang-sorang." Balas Thea Arlina dengan pantas apabila melihat jelingan dari Hanif Haidar.

   "Betul ka Thea ok? Kalau macam tu abang teman Kak Mel dulu ya." Hanif Haidar pun bangun lalu memimpin tangan isterinya yang sedang sakit.

   'Fuhh kalau setiap hari dapat jelingan maut macam tu, boleh mati aku.' Thea Arlina bermonolog sendirian di dalam hati sambil teringat kembali jelingan maut dari suaminya Hanif Haidar.

   Malam itu atas permintaan Hanif Haidar, Thea Arlina pun menyediakan sup ayam, sayur campur dan sedikit ulam-ulaman. Menurut Hanif Haidar, Melina Insyirah tidak boleh terlalu banyak memakan makanan yang berminyak dan tidak sihat. Itu akan membahayakan kesihatannya.

   Seperti biasa Thea Arlina hanya menganggukkan kepalanya, sampai sekarang dia masih tidak tahu penyakit apa yang dihidapi oleh madunya itu cuma yang dia tahu madunya tidak dapat melahirkan zuriat buat suami mereka Hanif Haidar.

***
   "Aabanggg.." Suara Melina Insyirah tersekat-sekat memanggil suaminya yang sedang berada di dalam bilik air.
   "Ya sayang, kenapa?" Soal Hanif Haidar sebaik sahaja dia keluar dari bilik air, namun saat dia menuju ke katil dia terkejut apabila melihat hidung Melina Insyirah yang sudah berdarah.

   "Ya Allah, sayang kenapa ni?" Soal Hanif Haidar cemas.

   "Sakit bang, Mel sakit sangat." Balas Melina Insyirah dengan air mata, berulang kali dia mengesat darah di hidungnya tapi ternyata perbuatan itu sia-sia bila darah itu tidak henti-henti mengalir.

   "Sayang, jom pergi hospital sekarang." Hanif Haidar sudah menukarkan pakaiannya. Barang-barang penting milik isterinya turut diambil, tanpa membuang masa Hanif Haidar terus mendukung tubuh Melina Insyirah yang semakin tidak bermaya.

   "Thea!! Nak ikut kita orang atau nak duduk dekat rumah?" Soal Hanif Haidar apabila melintasi ruang tamu.

   Thea Arlina yang sedang ralit menonton televisyen terkejut dengan pertanyaan yang tiba-tiba dari suaminya itu, namun apabila terpandangkan tubuh Melina Insyirah yang berada di dalam dukungan suaminya Thea Arlina terus cemas. Televisyen segera dimatikan lalu dia bergegas menuju ke bilik dan mengambil beg tangannya.

   Sepanjang perjalanan ke hospital Melina Insyirah tak henti-henti mengucap dan membaca beberapa potong ayat al-quran.

   Thea Arlina sebak melihatkan keadaan madunya itu, dia hanya mampu berdoa semoga Melina Insyirah tidak apa-apa.

Izinkan Aku Mencintaimu #wattys2019Where stories live. Discover now