"You tak nak jemput i masuk ke?" sambung Eva Natasha lagi.
"Masuklah." Dingin dan beku. Mereka duduk santai di ruang tamu.
"Mak Cah buatkan air untuk Eva," arah Adrian dari ruang tamu saja.
Suasana kembali sepi. Adrian pandang Eva Natasha. Eva Natasha pandang Adrian. Dua-dua kelu tanpa kata. Eva Natasha ligat menyusun ayat untuk memujuk Adrian sementara Mak Cah menghidangkan air untuknya.
"You ada hal apa datang sini? Kenapa you tak masuk kerja?" soal Adrian.
Tak sabar dia nak menunggu Eva Natasha buka mulut menyatakan tujuannya ke mari. Dia merenung kosong wajah Eva Natasha. Kalau dulu wajah itulah yang dipuja. Wajah itulah yang dirindui dan dicumbu selalu. Wajah itu jugalah buat hatinya riang bila bertemu.
"Andie, you janganlah garang sangat. I datang ni betul-betul nak minta maaf. I rindukan you, Andie. I dari ofis. I ada nak jumpa klien sekejap lagi. I singgah sini nak jumpa you. Kenapa you tak masuk ofis?" pujuk Eva Natasha mula beralih tempat dan duduk di sebelah lelaki itu.
"Rindu? You kan boleh dapat apa yang you nak dengan Datuk Khairunnizam tu, kan? Buat apa cari i? Rindukan i?" balas Adrian sinis.
"Apa yang you cakap ni,Andie? I dengan Datuk tu tak ada apa-apa. Janganlah buat i macam ni." Eva Natasha ingin menangis. Tak mungkin dia nak lepaskan Adrian begitu saja. Adrian sajalah yang menepati cita rasanya. Muda, segak, berharta dan yang paling penting masih belum ada komitmen
"I rasa you dah cukup faham apa yang i cakap sebelum ni." Adrian masih berkeras. Dia memang dah tak ada hati dengan Eva Natasha. Dia pun tak pasti angkara siapa hatinya kini berubah.
"Ini mesti you dah sukakan orang gaji you tu. You sanggup keluar dengan dia. Bawak ke tempat yang kita selalu pergi berdua. Sampai hati you," Eva Natasha tak dapat menahan air matanya. Dia betul-betul sedih. Terasa menyesal dengan apa yang berlaku sebelum ni. Dia mesti dapatkan semula kekasih hatinya
"Liana Qasha tak ada kena mengena dengan hal kita, Eva. I memang dah tak boleh terima you. Faham tak?" soal Adrian mula bengang.
"Apa you cakap? Dah tak boleh terima i? Itu pun selepas habis madu sepah dibuang?" soal Eva Natasha garang.
"Mana madunya? I hanya rasa sisa-sisanya aje,Eva. You jangan nak tipu i!" balas Adrian pula.
"Jadinya you tak boleh salahkan i! You pun sama. Ini bukan alasan untuk you lepas tangan," jerit Eva Natasha lagi.
"I tak lepas tangan. You sendiri yang pilih Datuk Khairunnizam. You patut suruh dia bertanggungjawab ke atas you."
Eva Natasha teresak-esak menangis. Dalam hatinya menyumpah seranah Adrian yang betul-betul sudah berubah. Tak guna punya Adrian! Dia menghina aku nampaknya. Eva Natasha pun bukanlah hairan sangat siapa yang patut bertanggungjawab. Dia dah biasa dengan kehidupannnya begini semenjak mereka sama-sama menuntut di luar negara lagi.
"I benci you, Andie! Benci sangat dengan you! You jangan menyesal dengam apa yang you cakap!" Eva Natasha mula hilang pertimbangan. Dia memukul dada Adrian bertubi-tubi.
Adrian hanya membiarkam. Biar Eva Natasha puas dengan memukul dirinya. Selama ini dia ikutkan saja karenah Eva Natasha, tapi kali ini dia malas. Malas nak layan karenah gadis itu lagi.
Jeritan Eva Natasha mengganggu lena Liana Qasha. Dia cuba memasang telinga mendengar pertengkaran mereka. Semakin lama dia rasa semakin hebat. Jadi, Liana Qasha ambil keputusan untuk keluar menjengah keluar.
"Encik,cik," tegur Liana Qasha.
Pantas kepala Eva Natasha berpaling memandang tuan empunya suara. Dia memang menyampah mendengar suara itu. Dia memang cukup benci dengan Liana Qasha yang datang dalam kehidupan Adrian.
"Hei you perempaun kampung! I memang dah lama bersabar dengan you! You memang perampas dan perosak kebahagiaan i!" Tanpa disangka Eva Natasha menampar pipi Liana Qasha dan menolak gadis itu.
Liana Qasha terjelepok ke lantai. Ternyata menjengah keluar dari biliknya merupakan satu tindakan yang kurang bijak.
"Qasha!"
Dua suara menjerit nama Liana Qasha serentak. Berlari pantas Adrena mendapatkan Liana Qasha. Dia membantu gadis itu bangun. Eva Natasha semakin melampau. Adrian sudah hilang sabar.
"Baik you keluar dari sini, Eva. Sebelum I letakkan tapak tangan I kat pipi you. I belum pernah lempang mana-mana perempuan dalam hidup I. Jangan jadikan diri you you orang pertama. Keluar!"
"Go to hell all of you!"
"Yes! Go to hell to you, Eva! You ni memang kaki gaduh! Sebelum ni, Fazura jadi mangsa you, sekarang ni Qasha pulak. Hidup atas dunia ni jangan ada sifat dengki,Eva. Bila you ada sifat macam tu, macam inilah perangai you selama-lamanya. Asyik tak puas hati aje. I tak sangguplah berkakakiparkan you kalau you kalau macam inilah perangainya." Adrena mula bersuara.
Tercengang-cengang Eva Natasha mendengarnya. Begitu juga Adrian. Tak sangka pula Adrena berani berterus terang begitu. Baru padan dengan muka Eva Natasha. Ambil hati bakal keluarga pun bukannya ikhlas.
Eva Natasha yang kehilangan kata-kata menyambar beg tangan yang terletak di atas sofa dan terus saja keluar dari rumah besar itu. Malunya tak terkata. Dia akan buat sesuatu. Dia akan tebus balik perasaan malunya di depan mereka tadi.
Hilang saja kereta milik Eva Natasha dari perkarangan rumah,Adrian dan Mak Cah meluru ke arah Liana Qasha yang masih dalam rangkulan Adrena. Adrian pimpin Liana Qasha untuk duduk di sofa.
"Kau okey tak ni, Qasha? Kalau kau tak okey aku bawak pergi klinik. Kuat juga penangan si Eva tu." Adrian memegang kedua-dua belah rahang Liana Qasha dan dipusing-pusing ke kiri dan ke kanan sampai Liana Qasha jadi malu dibuatnya. Dia menolak perlahan tangan Adrian.
"Tak apa encik, saya okey. Dulu kat kampung mak tiri saya lempang lagi kuat daripada Cik Eva. Tapak tangan Cik Eva tu rasa halus aje singgah pipi saya ni kalau nak dibandingkan dengan tapak tangan mak tiri saya. Kasar dan keras," komen Liana Qasha sambil bergurau.
Adrian,Adrena dan Mak Cah yang mendengar hanya tersenyum tipis. Bersimpati dengan nasib Liana Qasha.
"Dahlah, jom masuk bilik berehat. Nanti awak sakit balik," ujar Adrena sambil membantu Liana Qasha bangun.
"Tak apa Cik Adrena, saya boleh bangun. Awak semua janganlah manjakan saya macam ni, nanti saya jadi malas pulak," gurau Liana Qasha lagi.
"Kalau macam tu, Mak Cah teman Qasha masuk biliklah. Qasha jangan risau pasal kerja dalam rumah ni, semua Mak Cah dah uruskan. Depi pun ada tolong Mak Cah," Mak Cah pula bersuara.
Adrian hanya memerhati langkah Liana Qasha dan Mak Cah yang masuk ke dalam bilik Liana Qasha.
Adrena pula beralih pandang ke arah abangnya. Dia tersenyum. Sekali pandang pun dah tahu Adrian sebenarnya ada hati dengan Liana Qasha, tapi ego Adrian itu mengalahkan Tembok Besar Cina.

YOU ARE READING
Andai Itu Takdirku
Romance1st romance by vannila_💯 Ibu tiri selalu dikaitkan dengan sikap yang kejam selalu membuli Cinderella. Dipukul? Dihina? Memang semua tu Liana Qasha dah serik lalui semuanya. Dia yang harus membuat semua kerja rumah sementara ibu tiri dan abang tiri...