"Kaulah, siapa lagi," jawab Adrian selamba.
"Hah?" Tercengang-cengang Liana Qasha bila jawapan yang tak disangka keluar dari mulut Adrian. Nasib baik tak terpotong isi kuku jari kelengkeng Adrian.
"Kenapa?" soal Adrian buat-buat tak faham. Suka betul hatinya bila mendengar suara Liana Qasha yang mahu berbual-bual dengannya.
Liana Qasha pantas menggeleng. Dia cepat-cepat habiskan kerjanya memotong kuku jari Adrian. Waktu ini hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya Liana Qasha bila terdengar jelas di telingnya kata-kata Adrian. Dia main-main atau serius agaknya? Kemudian Liana Qasha beranikan diri membalas renungan Adrian.
"Encik ni dari tadi pandang saya, kenapa? Muka saya ada sesuatu ke?" soal Liana Qasha sengaja buat lawak. Hairan dia melihat Adrian malam itu.
"Tak adalah! Aku geram dengan kau."
"Hah?"
"Err, tak! Aku geram dengan kau sebab kau mungkir janji. Kau kata nak tunggu aku balik kerja petang tadi, tapi kau memerap dalam bilik! Sepatutnya kau sambut aku balik. Kau kenalah praktis. Macam mana nak jadi isteri aku macam ni?" balas Adrian selamba.
"Siapa nak kahwin dengan encik? Mengarutlah encik ni!" spontan Liana Qasha menjawab.
Erk, Adrian menelan air liur. Dia kehilangan kata-kata. Belum apa-apa dah kena reject? Macam mana kalau aku betul-betul lamar dia jadi isteri aku agaknya?
"Aku pun tak inginlah nak jadi suami kau!" balas Adrian. Saja nak tutup malunya pula.
"Encik ni saya tengok dua tiga hari ni macam tak sihat." Liana Qasha sengaja menyakitkan hati Adrian. Tapi memang betul pun. Liana Qasha perasaan juga perubahan dalam diri Adrian yang selalu curi-curi merenungnya.
"Apasal pulak?" soal Adrian tak puas hati.
Liana Qasha menggeleng kepala. Kalau dia cakap pasti Adrian akan mula bertengkar dengannya. Sedangkan dia sudah cukup letih hari ini. Fikirannya hanya terbayang wajah Fazrul. Kedatangan Fazrul menandakan dia dalam bahaya. Dia tak tahu sama ada mahu beritahu Adrian atau diamkan sahaja.
"Aku tengok kau yang ada masalah. Kau kenapa? Mak Cah kata dari petang tadi kau nampak sedih," ujar Adrian kemudiannya.
Liana Qasha tertunduk seketika. Dia cuba mencari jawapan yang sesuai. Kalau Adrian dah tahu, secara automatik nyawa Adrian juga dalam bahaya. Dia tak mahu itu berlaku!
"Saya tak ada apa-apa masalah. Encik tak payahlah risaukan saya," jawab Liana Qasha. Dia tunduk sahaja. Tak mahu bertentang mata dengan Adrian. Nanti Adrian akan lihat air matanya yang dah mula terbit.
"Selalu kau tu ceria. Jadi, Mak Cah peliklah dengan kau. Sebab tu dia tanya aku. Kesian Mak Cah tu. Entah-entah dia bosan sebab kau murung aje. Dia tak ada tempat nak ajak berbual. Aku dah mula kerja tak dapatlah layan dia sangat, si Adrena jangan haraplah. Banyak masa terperap dalam bilik. Harapkan kau ajelah." kata-kata Adrian mengundang sebak di hati Liana Qasha.
"Encik..." Liana Qasha memanggung kepala. Mencari anak mata Adrian.
Terpanar Adrian seketika apabila melihat hidung Liana Qasha mula kemerahan. Dia memegang bahu Liana Qasha. Cuba mencari wajah gadis itu di sebalik rambutnya.
"Kenapa ni, Qasha? Kau ada masalah ke? Kau nak balik kampung?" soal Adrian.
"Tak nak! Tak nak!" Liana Qasha meronta-ronta apabila perkataan balik kampung keluar dari bibir Adrian. Tiba-tiba dia memeluk Adrian seerat-eratnya. Liana Qasha betul-betul ketakutan sehingga tak sedar dengan siapa dia berpelukan. Asalkan dia rasa selamat.
"Eh! Kau ni kenapa? Cuba kau cerita dengan aku!" Adrian memujuk Liana Qasha. Dia membalas pelukan itu. Dia dapat rasa Liana Qasha dalam ketakutan. Tangannya seolah-olah menggigil.
"Qasha takut! Jangan hantar Qasha balik kampung! Qasha tak nak. Nanti Qasha kena pukul lagi. Qasha tak nak jadi mangsa Abang Fazrul. Nanti Abang Fazrul jual Qasha dekat orang macam Mummy Leha." Liana Qasha tak sedar dia sudah menggubah gaya percakapannya.
"Qasha! Jangan macam ni. Qasha ceritalah," balas Adrian.
Dia mengusap lembut rambut Liana Qasha. Wajahnya ditala ke arah laman. Matanya meliar sehingga ke luar pagar. Adrian akhirnya perasan sesuatu. Dia mengecilkan matanya untuk lebih fokus di dalam kegelapan. Kelihatan seperti bayang-bayang seorang manusia.
"Siapa tu!" jerit Adrian.
Liana Qasha terus berpaling. Merenggangkan pelukannya. Dia naik cemas apabila Adrian bertanya begitu. Entah-entah Abang Fazrul!
"Kau tunggu sini. Aku rasa macam ada orang menghendap kita!" Adrian mahu menuju ke pintu pagar rumahnya.
"Jangan encik! Tolong jangan pergi sana! Bahaya encik..." rayu Liana Qasha sambil memegang kejap lengan Adrian.
Adrian jadi pelik. Kenapa Liana Qasha takut sampai macam ni?
"Kau ni ada orang kacau kau ke? Ada yang datang sini cari kau? Hah? Cakap!" gertak Adrian.
"Tak..."
"Tipu!"
"Betul..."
"Huh!" Adrian berpaling melihat semula ke arah dia nampak bayang-bayang tadim kelibat itu telah hilang. Dia pasti mesti ada kaitam dengan Liana Qasha.
"Kau jangan diamkan daripada aku perkara macam ni, Qasha!" gertak Adrian.
Liana Qasha menangis. Kepalanya memberat. Persekitarannya berpusing-pusing. Wajah Adrian juga semakin kabur.
"Qasha!" suara Adrian juga semakin sayup ke telinganya.
Akhirnya Liana Qasha jatuh pengsan. Kelam-kabut Adrian menyambut tubuh Liana Qasha daripada terhempas ke simen.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andai Itu Takdirku
Romance1st romance by vannila_💯 Ibu tiri selalu dikaitkan dengan sikap yang kejam selalu membuli Cinderella. Dipukul? Dihina? Memang semua tu Liana Qasha dah serik lalui semuanya. Dia yang harus membuat semua kerja rumah sementara ibu tiri dan abang tiri...