Keluar dari pusat membeli-belah mereka tak tahu nak ke mana. Liana Qasha dan Mak Cah sudah dapat habuan masing-masing. Untuk Liana Qasha, Adrian belikan kasut dan untuk Mak Cah pula Adrian belikan tudung dua helai.
"Lapar. Jom makan!" Adrian cuba menceriakan suasana dalam kereta yang sunyi sepi saja.
Nampaknya Liana Qasha, Mak Cah dan Eva Natasha memang tak ada keserasian bersama. Mak Cah dengan Liana Qasha saja yang boleh geng. Eva Natasha sibuk dengan tahap level dia.
"I nak makan Shushi King." Eva Natasha mengibas rambut panjangnya ke Belakang.
Adrian di sebelah memandang Eva Natasha sekilas. Dia tersenyum serba salah.
"I lapar ni sayang. Makan nasi boleh tak?" Adrian menoleh lagi ke arah Eva Natasha. "Lagipun Mak Cah dengan Qasha bukan biasa makan kat tempat-tempat macam-macam tu."
Bulat mata Eva Natasha memandang Liana Qasha semula. Memang dia alergik dengar nama Liana Qasha. Nak-nak kalau Adrian yang sebut. Sakit betul hatinya!
"I peduli apa? I tak kira! I nak makan Shushi King jugak!" Eva Natasha berpeluk tubuh. Mencerut saja wajahnya kalau kehendak dia tak dipenuhi.
"Eva,please. Jangan macam budak-budak sangat boleh tak? Sekarang ni I yang lapar! Seriously, I nak makan nasi." Tegas Adrian memberi kata putus. Selepas itu masing-masing diam membisu sampailah ke sebuah restoran masakan Melayu.
"Okey,jom!" Adrian sudah mematikan enjin dan keluar dari perut kereta.
Mak Cah dan Liana Qasha juga turut sama keluar. Memang perut mereka dah berkeroncong menahan lapar. Tapi, Cik Naga tetap tak keluar dari dalam kereta.
"Mak Cah dengan Qasha pergi duduk dulu. Pesanlah apa-apa. Sekejap lagi saya datang."
Tanpa banyak soal, Mak Cah dan Liana Qasha segera masuk ke dalam restoran. Memesan makanan mereka terlebih dahulu.
"Lepas ni kalau ada Cik Naga waktu Encik Adrian ajak kita jalan-jalan, saya dah tak nak ikut." Liana Qasha mengangkat kedua-dua belah tamgannya tanda mengalah. Dia mengeluh sambil menggeleng kepala. Pening dan pusimg kepala dengan sikap diva Cik Naga.
Mak Cah ketawa kecil.
"Bukan kita ajak dia pun. Kebetulan dia datang rumah. Terpaksalah kita ikut aje. Qasha tengak Andie tu,sabar aje layan Eva." Air minuman yang sampai disedut rakus. Memang kering tekak dibuatnya.
"Itu, Encik Adrian datang sorang-sorang. Mesti Cik Eva tak nak makan."
Liana Qasha dan Mak Cah sama-sama memandang Adrian yang berjalan menghampiri mereka. Sekali pandang memamg Liana Qasha rasa nak jatuh cinta dengan Adrian. Segak, bergaya dan tinggi macam model. Kaca mata hitam ditanggalkan dan diletak cermat atas meja.
"Kita ajelah makan. Eva kata dia tak nak turun. Hai, macam-macam," keluh Adrian sambil menggeleng kepala.
"Kesian dia lapar nanti, Encik Adrian."
"Dia sanggup lapar daripada nak makan kat tempat macam ni."
Liana Qasha memandang sekeliling. Apa yang salah dengan tempat macam ni? Bukannya warung tepi jalan pun. Restoran yang agak mewah ala-ala hotel dengam tempat persekitaran yang bersih. Tak ada sebab untuk Eva Natasha tak suka.
"Kalau kacam tu, nanti kita pergilah tempat yang Cik Eva nak makan, kita bungkuskanlah untuk dia," cadang Liana Qasha.
Adrian tersenyum. Dalam hatinya berkata, Liana Qasha memang tak kenal siapa Eva Natasha. Egonya tinggi melangit. Mana boleh dia nak mengalah macam itu saja kalau kehendaknya tidak dituruti.
Sampai di rumah,Liana Qasha terus masuk ke biliknya. Dia menghempaskan tubuh ke atas katil. Lelah betul berjalan-jalan hari ni. Tapi sebenarnya dia tak puas dan tak seronok pun berjalan. Semua sebab Eva Natasha. Semua orang kena ikut ke mana tempat dia nak pergi.
Tapi tak apalah, Adrian dah bawak dia keluar menghirup udara Kuala Lumpur pun dah kira baik. Takkan dia nak banyak songeh.
Liana Qasha teringat kasut yang Adrian belikan untuknya. Dia keluarkan dari dalam kotak. Direnung dalam-dalam kasut yang berada di tamgannya. Seumur hidupnya, ini kali pertama ada orang hadiahkan dia benda yang mahal. Dia mesti jaga kasut ini elok-elok. Kena sayang lebih kat kasut ni! Liana Qasha mendakap erat kasut hitamnya.
"Qasha?"
"Mak!"
Kasut yang tadinya melekap di dada kini sudah mendarat ke daun pintu. Sikit lagi nak kena batang hidung Adrian.
"Kenapa kau ni? Aku beli kasut ni bukan suruh kau buang. Sikit lagi nak kena aku!" Adrian mengambil kasut yang terpelanting. Dihulurkan kepada Liana Qasha. Segera Liana Qasha menyambutnya.
"Dah tu, encik yang sergah saya macam tu. Saya baru nak feeling sayang kasut tu," jawab Liana Qasha tanpa sedar.
"Yang patut kau nak feeling sayang tu, aku. Bukan kasut tu. Dah,sekarang ni kau dengan Mak Cah tolong siapkan apa-apa makanan untuk minum petang. Kau kemas sikit-sikit rumah ni. Aku nak ke airport ambik mama,papa dengan adik aku." Terus Adrian menutup pintu bilik Liana Qasha. Gayanya macam nak cepat saja. Mereka baru saja sampai rumah setengah jam yang lalu.
Liana Qasha letak elok-elok kasutnya di dalam kotak. Bibirnya tak henti-henti tersenyum. Terngiang-ngiang di gelinga Liana Qasha pasal perasaan sayang-sayang itu. Tak nak buang masa berangan, Liana Qasha cepat-cepat keluar dari bilik dan lakukan tugas dia sebaik mungkin. Bos-bos besar dah nak balik. Gementar pun ada. Dia tak tahu macam mana penerimaan ibu, ayah dan adik Adrian.
____________________
Cer cadangkan family Adrian tu nak doramg baik dengan Qasha ke atau nak jahat ngn Qasha? Korang sporting an..komen laa *cat eyes*

YOU ARE READING
Andai Itu Takdirku
Romance1st romance by vannila_💯 Ibu tiri selalu dikaitkan dengan sikap yang kejam selalu membuli Cinderella. Dipukul? Dihina? Memang semua tu Liana Qasha dah serik lalui semuanya. Dia yang harus membuat semua kerja rumah sementara ibu tiri dan abang tiri...