"Banyak ke barang umi, ni?" tanya Aleyah. Dia mulai menapakan kaki ke dalam bilik tidur utama Puan Seri Jannah. Lagi dua minggu, Puan Seri Jannah akan berangkat ke Mekah. Panggilan Allah S.W.T., panggilan haji.
Puan Seri Jannah tersenyum. Lembut kini bicara Aleyah. Mulai hari ini, dia telah mengarahkan Aleyah untuk tinggal bersama di Villa, kerana bulan hadapan dia mulai berjalan jauh. Mujur Aleyah tidak menolak lagi.
"Banyaklah juga. Dekat sebulan di sana ... umi kena sedia banyak sikit," jawabnya.
Aleyah duduk di atas birai katil, bersebelahan Puan Seri Jannah.
"Lamanya ... rindulah Al pada umi, nanti." luah Aleyah. Selama ini hanya Puan Seri Jannah sahaja yang menjadi sandarannya. Walaupun dia tidak pernah menceritakan apa-apa mengenai dirinya, namun wanita tua ini seakan faham perasaannya.
"Fahrin dan Aiden kan ada ... nak rindu apanya?" balas Puan Seri Jannah sambil mengusik pada Aleyah.
"Manalah sama, perasaan lelaki tak sama dengan perempuan," ulas Aleyah.
"Al ceritalah masalah Al pada Fahrin. Dia kan suami Aleyah. Tak baik berahsia suami isteri ni. Dalam hubungan rumah tangga kena ada kejujuran," tegur Puan Seri Jannah cara halus.
"Tak ada apalah yang nak diceritakan. Cuma masalah ofis je," jawab Aleyah seperti biasa.
Puan Seri Jannah diam memerhati. Entah bagaimana lagi caranya untuk membuka rahsia hati Aleyah itu.
"Ehem! Cakap pasal kita ke?" sapa satu suara di pintu bilik Puan Seri Jannah. Fahrin.
"Perasan je," balas Aleyah. Masuk-masuk menyampuk pula.
"Yelah, kalau cakap pasal kita, cakap depan-depan. Kalau belakang itu namanya mengumpat. Tak baik." kata Fahrin dengan selamba.
Puan Seri Jannah menggeleng kepala. Lain yang orang cakap, lain pula pendengaran anaknya ini. Dah tua kot? desisnya.
"Umi dah habis kemas?" tanya Fahrin pada Puan Seri Jannah.
"Dah. Tak tahu nak bawa apa lagi. Kalau tak fikir yang umi kena pergi sendiri, banyak yang umi nak bawa ni sebenarnya. Tapi nanti berat sangatlah pula," jawab Puan Seri Jannah sambil ketawa kecil.
Aleyah tertawa halus mendengar jawapan itu. Dia faham. Perempun memang banyak keperluan yang perlu dan wajib untuk dibawa bila outstation.
.
"Aik? Aiden tidur mana?" tanya Aleyah apabila masuk ke bilik tidur Fahrin. Dilihatnya hanya suaminya sahaja di situ.
"Dia tidur dalam bilik dialah ... dah besar dah tu," jawab Fahrin sambil tersengih nakal.
"Hm, bilik Aiden dekat mana? Saya tidur sanalah, ya?" putus Aleyah. Baru sahaja dia ingin berpaling, tiba-tiba tangan Fahrin menghalang.
"Sampai hati Aleyah ... tak kan abang kena tidur sorang-sorang pulak?" ujar Fahrin. Dia mengharapkan pengertian.
"Selama ni tak ada masalah, kan?" balas Aleyah lambat-lambat. Bukan dia tidak faham, tetapi sengaja.
Fahrin mengeluh. Hampa. Berapa lama lagilah dia kena tunggu Aleyah untuk faham perasaan hatinya?
"No! Malam ni abang nak Aleyah tidur sini. Esok lusa baru kita tidur dengan Aiden," putus Fahrin. Mata kanan sempat lagi dikenyitkan sambil tangan menarik Aleyah masuk ke dalam bilik.
"Hah?"
.
"DADDY! Betul ke apa yang Daddy tahu dulu? Betul ke Fahrin sebenarnya dah kahwin sebelum kitorang kahwin?" tanya Sufyna di rumahnya. Panas hatinya sejak Puan Seri Jannah memberitahu hal Fahrin dan isteri pertamanya.

YOU ARE READING
Secebis Hati Yang Terluka
General FictionHighest; # Wattpad Picks : Senarai Cerita Istimewa (2018) #1 in General Fiction (Nov 2017)(Jan 2019) #2 in Romance (Okt 2017) ❅ SilauunPurii 1st General Fiction; 2nd Romance ❅ _____________________________ CEO. Lelaki? EGO. Pun lelaki sajalah? Tulan...