Ep 43

28.9K 1K 17
                                    

"Aiden, jalan perlahan-lahanlah," tegur Fahrin.

Anak kecilnya itu sungguh teruja dibawa berjalan-jalan ke pusat membeli belah. Aleyah yang memimpin tangan Aiden melajukan langkah mengikut rentak kaki Aiden.

"Mama, nak aiskrim," pinta Aiden. Itu sajalah kegemarannya. Setiap kali ke mana-mana dia akan meminta aiskrim.

"Nanti papa belikan. Janganlah minta pada mama ... behave okay." kata Fahrin sambil merenung tajam ke wajah Aiden.

Aiden jadi terdiam, tidak berani hendak membantah kata.

"Abang ni, biarlah dia minta pada saya, bukan orang lain pun," kata Aleyah.

"Tak baiklah. Aleyah selalu manjakan Aiden. Nanti dia makin mengada pula dengan Aleyah ..." balas Fahrin.

"No, it's okay ... anak abang, anak saya juga ... tak apa."

"Haih, yelah ... dah Aleyah cakap macam tu, tapi jangan suka-suka bagi manja ... nanti melekap pula Aiden dengan Aleyah. Abang ni nak letak mana? Jealous tau," ucap Fahrin sambil mengenggam sebelah lagi tangan Aleyah yang kosong.

"Biarlah, kenapa? Dengan anak sendiri pun jealous ke?" Aleyah tersenyum mendengar pengakuan lelaki itu. Adakah patut dengan anak pun boleh cemburu?

"Mestilah, dari tadi Aleyah layan Aiden je. Abang sorang-sorang jalan kat belakang," rajuk Fahrin lagi. Bibir sengaja dicebik muncung.

"Ish, tak malunya buat mulut macam tu. Malulah sikit dengan anak abang ni," ejek Aleyah. Dah tua bangka nak manja lagi. Mengadanya.

Fahrin tergelak kecil. Bahagia rasa hatinya berjalan-jalan bersama Aleyah dan Aiden. Terasa umpama keluarga lengkap tanpa ada masalah di masa lalu.

***

"Ceh! Kau nampak tak manusia berdua tu?" tunjuk Aisyah. Bibir dicebik tanda menyampah.

"Mana?" Afzhan menoleh arah yang cuba ditunjukan Aisyah.

"Itu! Tengoklah betul-betul!" Marah Aisyah. Depan mata pun tak nampak ke?

"Oh ... your sister?" tanya Afzhan dengan senyum sinis di bibir.

Aisyah menjelingkan mata bulatnya sambil mengigit bawah bibir seksi.

"Yeah, I have to admit that fact! Tak payah nak sebut kuat-kuatlah. Menyampah tau!" bentak Aisyah. Afzhan tertawa sinis.

"Actually, I'm really curious, Kenapa you benci sangat dengan kakak you sendiri? Sanggup pula tu perangkap dia dulu. What was that for?" tanya Afzhan. Dahi dikerutkan menemukan dua alis kening tebalnya.

Aisyah mengeluh malas. Kalau nak cerita, panjang dan buat sakit hati saja! Memang dia yang rancang supaya kakaknya sendiri di halau oleh ibu. Sebab dia benci. Benci dengan kebaikan Aleyah! Semua yang baik pada dia. Mujur ibu juga menyimpan dendam kepada Aleyah mengenai penceraian ibu dan ayah. Cinta buta ibu pada ayah memakan diri. Aleyah yang uruskan penceraian mereka. Seratus peratus ibu menyalahkan Aleyah. Hati kalau sudah buta, yang baik akan jadi buruk, dan yang buruk pula di'baik'kan.

"Sayang? Didn't you hear me?" sapa Afzhan semula.

"I dengarlah ... Cuma, I rasa tak perlu kot nak jawab soalan itu. By the way, why are you so late? Dah lama kan I bagi kerja tu? You bukan ada kerja lagi sekarang. Company you kan dah muflis habis sebab dia!" kata Aisyah dengan nada menyindir.

Afzhan mendengus kasar. Syarikat Azhar Contractor kini sudah tumbang hasil tangannya sendiri! Hutang di sana-sini, projek tergendala, pembayaran gaji pekerja yang tertunggak, mana lagi hutang pada Ahlong! Mati-matian dia minta bayaran awal daripada syarikat besar itu. Tetapi tidak dilayan oleh pihak atasan! Siapa lagi kalau bukan kerana perempuan yang bernama Aleyah Nurhani! Dasar perempuan celaka tak sedar diri! Kutuknya di dalam hati.

"Sabar okay. tengah try stalk dia. Masih awal lagi untuk bertindak. Lagipun dia ni jenis on time. On time pergi kerja. On time balik rumah. Setiap kali I stalk, keliling dia mesti ada orang." balas Afzhan. Sudah kerap kali dia mengekori Aleyah. Apa yang dirancangnya selalu tidak menjadi. Kali ini dia harus memikirkan cara yang lain untuk membalas dendam kepada gadis itu.

"Lembablah you ni! Cuba you culik dia. Bagi makan pil khayal ke apa. Kan cepat," cadang Aisyah. Tegar hatinya ingin menyakiti darah daging yang sama.

"What? You cakap senanglah! I yang buat. Lagipun pil-pil tu semua kos tau. I mana ada duit nak beli. Dah tahu kan I dah pokai. Unless ..." Tangan kanan dihulurkan sambil mata merenung penuh makna ke arah Aisyah.

Aisyah mendecit. 'Tch! Dasar lelaki tak tahu malu. Minta duit pula kat aku. Bodoh!' Kutuk Aisyah di dalam hati.

"Well, it is for our succesfull plan. Tak kan tak nak keluar modal sikit?" sindir Afzhan.

Mahu tidak mahu, Aisyah membuka juga dompet miliknya. Not kertas bewarna hijau tua dikeluarkan beberapa keping.

"Nah, dua ratus. Cukup?" ujar Aisyah setelah menghulurkan duit kepada Afzhan.

"Untuk rancangan you je? For me? I need to buy my new vape. I dah ketagih dengan peppermint flavour. Bagilah lebih sikit!" pinta Afzhan tanpa segan silu.

Aisyah mendengus kasar! Menyesal pula mengupah lelaki yang sudah pokai ni. Nasib baiklah kekasih sendiri. Rasa nak patahkan saja tangan dan mulut yang meminta itu.

"Nah, cukup dah! Bila kerja you dah beres. Aku tambahlah masa hujung bulan nanti. Lagi satu, cubalah you cari kerja yang biasa-biasa dulu. Tak kan I pula nak kena tanggung belanja vape you?" Marah Aisyah. Terpaksa dia menambah lagi RM200 kepada Afzhan.

"Hah? You nak I jadi kuli? Jangan haraplah. I lagi rela tak ada kerja dari makan gaji kecik macam you," Balas Afzhan dengan nada sombong. Dari kecil sampai dewasa, dia sudah biasa dilimpahi kemewahan dalam hidup. Mana mungkin dia membenarkan dirinya diarahkan bekerja oleh manusia yang tak setaraf dengannya. Ceh!

"Kalau I cakap you bodoh, nanti you meradang pula. I dah bagi tips untuk survive, you tak sudi. Terpulanglah, I tak kan selamanya dengan you, kalau macam inilah poket you." balas Aisyah pula sambil jari tangan kanannya membentuk bulatan.

"You jangan berani-berani cari lelaki lain! I ada semua rahsia you. Kalau I tahu you ada lelaki lain. Matilah you dengan jantan tu," ugut Afzhan dengan nada amuk. Psiko. Sah, psiko!

Aisyah jadi gerun akan ugutan itu. Bukan dia tidak tahu perangai gila Afzhan! Dengan perempuan pun dia boleh angkat tangan, pukul. Lelaki dayus! Meremang terus bulu romanya. Gerun. Takut.

😈 Bersambung.. 😠

Thanks for reading. Please comment 💬 or vote ⭐. Thank you so much. Silent reader pun tak apa. Asalkan korang puas hati akan cerita ni. Komen je. 😉. Cuma jangan kecamlah. Takut. Lately macam ada banyak sesi reader mengecam author. (Nasib baik bukan reader saya. Huhuu) - Thanks a lot to my sweet readers. 😘💞

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now