Dorm part 8

5.2K 253 10
                                        

Dorm part 8
Dorm part 8

Menjelang pukul 10 malam baru Hani reda, memang keletihan dia di buat dek mahluk halus tersebut.Apabila di tanya mengapa dia menjerit, apa pun Hani tidak ingat.Sedangkan dia meracau macam-macam. Disebabkan Hani mereka terlewat makan malam itu.

"Spoil betul."Rungut Musa. Adrian dan Shahid hanya diam mendengar rungutan Musa.Ada-ada sahaja Musa ni.
"Terbantut agenda aku malam ni di sebabkan Hani."Sambungnya sambil mengunyah makanan.
"Makan je lah tak baik bercakap masa makan. Makan dengan syaitan."Shahid bersuara. Dia menjeling ke sisi Adrian.
Dah menunggu nampaknya dia. Shahid bangun, dia mengambil pinggan kosong.Di letaknya ayam goreng bahagian peha di dalam pinggan. Ayam tersebut di letaknya di hadapan Adrian.
"Baik nya hati kau tolong ambik ayam."Kata Adrian, tangannya laju sahaja hendak mencapai ayam goreng tersebut.
"Bukan untuk engkau lah."Shahid menarik pinggan itu kembali.
"Habis untuk siapa?"Tanya Adrian pelik.
"Untuk budak kecik sebelah kau tu."Adrian memandang ke sebelahnya. Kerusi kosong tidak berorang. Shahid tersenyum, sinis sahaja senyumannya.
"Jangan main-main lah kau ni."
"Serius lah, adik kau nak ayam tu.Aku bagi je lah."
"Adik aku...?"
"Aah adik kau..."Shahid menyuap makanannya kembali tidak mempedulian Adrian yang terkulat-kulat menelan sisa makanan di dalam mulutnya.
Shahid ni dah gila agaknya!

Malam itu Adrian cuba melelapkan mata, tetapi dia masih tidak dapat tidur walaupun sepincing. Musa dan Shahid sudah lama lena, siap berkeruh lagi. Adrian memusingkan badannya menghadap Shahid yang tidur di sebelah bawah katil double decker yang bertentangan dengannya. Di sebelah atas katil Shahid dia melihat seseorang sedang tidur. Adrian mengosok matanya, cuba melihat sekali lagi. Memang ada seseorang di atas katil kosong tersebut. Bukan orang dewasa tetapi seorang budak kecil, seperti budak perempuan!

Adrian memusingkan kembali badannya menghadap dinding, tidak sanggup dia melihat bayangan budak perempuan itu.Tetapi Adrian rasa terganggu apabila dia terasa ada sesuatu memanjat katilnya.

"Abangggg....sara nak tumpang tidur."Suara halus itu singgah pada pendengarannya.
Adrian memejamkan matanya rapat-rapat. Dia tidak mahu mengambil kisah. Lantak kau lah takut ke apa ke. Habis dia tengah berani lah ni?Kau tahu tak budak kecik, aku lagi takut dari kau!

DormWhere stories live. Discover now