Dorm part 3

6.1K 286 1
                                        

Adrian, Musa dan Shahid ke cafe untuk menikmati makan malam. Peserta kursus tidak lah ramai hanya 30 orang sahaja. 10 daripada nya ada lah perempuan.
"Dorm perempuan dekat mana ye?"Bisik Musa.
"Mana lah aku tahu, kau jangan nak macam-macam pula Musa."Adrian merenung Musa yang tersengih sumbing.
"Ishh kau ni Adri fikir elok-elok boleh tak. Aku saja tanya bukan aku nak buat apa pun."
"Mana lah tahu kot kau nak usik budak-budak tu ke."Adrian ketawa, sebenarnya sengaja menyakat Musa yang kelihatan lurus.
Ketika makan Adrian meletak kan sepotong ayam goreng ke pinggan Musa. Kebetulan ada 3 potong ayam goreng dia ambil. Satu diberinya kepada Musa. Satu lagi dia mahu berikan kepada Shahid sayangnya ayam tersebut terlepas dari tangannya.
"Allah ayam ni time gini lah dia nak melompat bagai." Andrian tunduk mahu mengutip ayam yang terjatuh, tak baik terbiar begitu sahaja. Baik dia kutip buang ke dalam rong sampah.
Ketika itu dia melihat sepasang tangan kecil laju sahaja mengambil ayam goreng yang tergolek di atas lantai.Terkejut Adrian.
"Wei kau dah kenapa?"Musa menegur Adrian yang lama sangat terbongkok di bawah meja.
"Kau kenapa?"Shahid pula menegur.
"Dah ambik ayam goreng tu, jangan lah biar bersepah."Sambungnya.
Macam mana dia mahu mengambilnya, ayam goreng itu sudah hilang selamat di ambil sepasang tangan kecil. Hanya tangan sahaja, badannya tidak pula kelihatan.
"Aku rasa...."Adrian telan air liur. Hendak cerita atau tidak? Baru hari pertama dia diganggu. Orang lain kelihatan tenang sahaja. Tak kan dia seorang sahaja di ganggu? Kalau dia bercerita orang hendak percayakah?
"Kenapa kau ni Adrian?Tersampuk hantu ke apa?"Shahid tiba-tiba menyebut hantu pula.
Dia telan air liur.
"Kalau ada hantu pun biar lah, buat apa nak takut." Shahid selamba sahaja menyuap makanannya ke mulut.
"Adri cepat habiskan makan,lepas ni ada taklimat lagi" Musa menepuk bahu Adrian lembut.Selera Adrian telah mati, dia asyik memikirkan tangan kecil dan ayam goreng yang kena rembat. Tak tahu hendak kata apa....anak siapa kebuluran agaknya.
Mereka mendengar taklimat sekali lagi, kali ini di dewan terbuka, angin laut yang sejuk menampar kulit mereka. Ada yang berpeluk tubuh menahan sejuk. Mujur Adrian memakai baju lengan panjang tadi.Tak relevan langsung malam-malam di tempat terbuka begini di buat taklimat. Hanya boleh menjadikan peserta sakit sahaja. Adrian langsung tidak fokus pada apa yang di perkatakan, otaknya asyik teringat ayam goreng itu sahaja. Ishhh....dah kenapa dengan dia?


DormWhere stories live. Discover now