Dorm part 5

5.5K 252 4
                                        

Dorm part 5

Adrian terjaga di tengah malam apa bila dia terasa dadanya bagai di hempap sesuatu. Sebaik sahaja dia membuka mata dia terlihat seorang kanak-kanak perempuan sedang enak duduk di atas dadanya. Tersengih- sengih sahaja dengan wajah yang pucat lesi.

"Celaka..."Bingkas Adrian bangun, budak kecil itu hilang bagaikan kabus sahaja.
Dia memandang persekitaran bilik yang samar-samar sahaja. Tiada pula kelibat kanak -kanak itu di mana- mana. Shahid dan Musa enak sahaja tidur mereka.
"Apa aku dah buat dekat kau ni sampai aku je yang kau kacau."Adrian berbisik perlahan. Dia cuba melelapkan matanya kembali walaupun bayangan itu seolah-olah tidak mahu lenyap dari matanya.

Pagi itu...
"Adri...Adri..bangun dah pukul 5.30 ni.Nanti lambat."Musa mengejutkan Adrian yang nyenyak sahaja tidurnya.
"Adri...."Shahid pula menjerit apabila rakannya itu masih tidak bangun.
Terpisay-pisat Adrian bangun apabila Shahid sudah mula menjerit. Mengantuk betul rasanya macam berpuluh ekor syaitan bergayut di matanya.

"Kau kenapa Adri, mengantuk betul gayanya."Tanya Musa sewaktu mereka usai bersolat subuh.
"Aku tak boleh tidur malam tadi Musa."Jawab Adrian perlahan.
"Tempat baru biasalah atau kau rindu bantal busuk kau tu."Musa ketawa.
"Banyak lah kau punya bantal busuk. Betul aku tak boleh nak tidur sangat lepas....."Adrian terhenti berbicara.
"Lepas apa?"Shahid menyampuk.
"Lepas mimpi lah tu...."Musa ketawa bersekah-dekah. Beberapa pasang mata memandang dia.Malaun punya Musa!Bercakap tak pandang kiri kanan.

"Tak apa lah nanti cerita..pagi ni sesi latihan kawad kan."
"Aah...Kena tukar baju uniform."
"Jom lah balik dorm tukar uniform lepas tu pergi sesi latihan tu. Pukul 10 baru minum."
"Tapi aku nak bancuh nestum segera dulu dalam dorm."Ujar Adrian. Tak tahan dia kalau hendak bersarapan jam 10 pagi. Gastrik nanti.
"Nestum kau minum?"Musa tergelak lagi.
"Itu pun kelakar ke?"Adrian mula terasa hati.
"Tak lah..aku nak tumpang sekaki lah boleh?"
"Cakap lah nak tumpang tak payah nak sindir."Adrian berlalu meninggalkan Musa dan Shahid yang sudah ketawa. Terkena dia pagi-pagi buta ni.

Adrian dan kumpulannya berlari mengelilingi padang sambil menyanyi lagu tema team mereka.Cukup 10 pusingan mereka berehat seketika di perdu pokok yang rendang melepas lelah sambil meneguk air kosong yang di bekalkan kepada mereka.
Sewaktu Adrian sedang minum tiba-tiba sahaja botol yang di pegangnya di tepis...habis tercampak botolnya.

"Tak guna..."Adrian mula panas hati. Siang buta macam ni pun nak main.
Musa kebetulan melihat merasa pelik. Kenapa botol air Adrian macam di tepis seseorang?

DormWhere stories live. Discover now