Dorm part 4
Adrian melabuhkan punggung di atas katil musa sementara Musa masih berada di luar menghisap rokok. Nasib baik dia bukan perokok, jika tidak harus juga dia join mereka sekali. Adrian membelek risalah yang di ambil di galery berhadapan dengan hall terbuka tadi.Menarik juga tempat ni, walaupun lama tetapi kelilingi boleh tahan. Siap ada jeti nelayan. Tapi sudah tentu lah mereka tidak dapat menjengah jeti , jadual sudah di atur padat. Langsung tiada masa sengang.
Krekkk! katil Musa yang sedang dia duduki berbunyi.Adrian terasa ada hembusan angin dicuping telinganya. Ah!Sudah....Tingkap tak buka, kipas pun tak berpasang mana pula datangnya angin. Nak kata dia bergerak mustahil lah!
Krekkk....!Bunyi katil lagi, dia terpaku sahaja di atas katil Musa langsung tidak bergerak, mana pula datangnya bunyi.Adrian meninjau ke bawah katil. Kosong, kalau ada pun hanya sepasang selipar jamban milik Musa.
Mana musa dengan Shahid ni , cepat lah masuk bunyi katil ini membuatkan bulu romanya meremang.Tiba-tiba seekor cicak jatuh di atas kepalanya terlompat Adrian, Allahuakhabar! Cicak mati!...Cicak mati dari mana pula datangnya.
"Hik..hik..hik..!
Adrian dengar pula suara seorang kanak-kanak ketawa.
Tak boleh jadi ni.Dia mula memberanikan diri, baru malam pertama dah ada gangguan memang saja lah nak cari pasal.
"Hoi budak kecik!Suka hati kau kan dapat kena kan aku." Adrian menempik.
"Kau ingat aku takut?Aku dapat kau aku ikat kaundekat pokok bagi kerengga makan. Siap kau."Ugut Adrian, ugut siapa dia pun tidak tahu."Hik...hik...hik...eeeee...takutnya.hik...hik.."
Suara halus kanak-kanak perempuan itu seolah-olah mengejek dia.
"Kurang ajar kau ni...kalau berani berdepan lah wei, jangan nak main-main curi ayam lah, henjut katil lah...baling cicak mampus segala."Adrian bersuara garang."Hoi!Adri kau ni dah kenapa kena sampuk ke apa..apa benda ni cicak mampus pulak."Tegur musa yang sudah habis mencandu di luar dorm.
"Tu ha kau nampak cicak mampus tu, tak pasal-pasal jatuh atas kepala aku."Tunjuk Adrian kepada seekor cicak yang telah mati diatas lantai.
"Alah...dah sampai ajal dia itu pun kau nak bising."
"Najis lah..."
"Najis tak najis gi basuh apa yang patut, lepas tu tidur. Esok sebelum azan subuh dah nak kena berkumpul di surau."Ujar Shahid, dia mengambil kayu lalu menguis bangkai cicak dan di buang ke luar.Adrian naik ke atas katil, dia betul-betul tidak berpuas hati. Tak guna punya iblis ada je kerja kau nak takutkan aku. Kau tengok lah nanti siapa yang takut siapa yang hangus. Aku ke engkau!Salah orang lah kau cuba nak takutkan. Adrian mengambil bantal kecilnya lalu menutup wajahnya. Tidur lagi baik dari berfikir pasal cicak mati siapa yang lempar.

YOU ARE READING
Dorm
HorrorDia hanya kecil sahaja, tetapi cukup menakutkan. Sara..tidak seindah namanya kerana dia bukan manusia sebaliknya roh si kecil yang masih mencari dimana salahnya sehingga dia tidak berpeluang hidup gembira!