Dorm part 1

12.7K 409 16
                                        

Dorm part 1

"Surat panggilan kursus dah dapat,dua minggu lagi Adrian kena pergi kursus mama."Kata Adrian kepada Mamanya Puan Faridah.
"Dapat kursus dekat mana?"Tanyanya
"Mana ada lagi pusat latihan tu mama kalau bukan dekat Port Dickson saje."Ujar Adrian gembira.Puan Faridah menelan air liur,perit!Kena ke sana juga kah anak terunanya itu?
"Best kan ma,itu kan kampung mama juga.Seronok lah boleh balik kampung sendiri akhirnya."Adrian kelihatan sangat gembira.
"Mana lah ada lagi kampung mama dekat sana,saudara mara pun dah lama pindah.Sudah 20 tahun tentulah sudah berubah semuanya."Kata Puan Faridah.
"Mama hantar tau."Adrian meminta.
"Insya Allah jika mama tak ada hal,mama hantar nanti."
Puan Faridah meninggalkan Adrian di dalam biliknya.Dia masuk pula ke dalam bilik sendiri duduk di birai katil,dia mengengam kedua belah tangannya erat.Dia memejamkan matanya seketika,menarik nafas panjang lalu dilepaskan berat.Sesak rasa nafasnya, dadanya terasa sakit tiba-tiba.Moga tiada apa-apa pada Adrian.Mahu sahaja dia menghalang tetapi masa kan dia boleh menghalang kehendak Adrian,anaknya itu sudah lama menanti panggilan kursus tersebut.

Adrian kelihatan ceria sahaja semasa mahu bergerak ke Port Dickson.Puan Faridah kebetulan sahaja tiba-tiba tidak sehat dan tidak dapat menghantar Adrian.Dia hanya meminta pemandunya sahaja yang menghantar.Adrian tidak kisah asalkan dia dapat pergi itu sudah memadai.Dia tahu mamanya akan sehat sendiri juga nanti.
Sampai sahaja di pintu pagar kawasan pusat latihan tersebut Adrian cepat sahaja turun.Beberapa keluarga turut menghantar peserta kursus yang lain.
"Sampai sini sahaja pakcik."Ujar Adrian kepada pemandunya.
"Tak apa ke encik, boleh saja pakcik hantar masuk sampai ke dalam tu."Kata Pak Mat pemandu ibunya itu.
"Tak apa pakcik sampai sini sahaja,yang lain nanti saya uruskan."
"Baik lah encik,hati-hati ditempat orang jika ada apa-apa jangan lupa telefon."Pesan Pak Mat.
"Baik Pakcik insya Allah."
Adrian menarik beg nya menghampiri pondok pengawal.Dia mendaftar kan dirinya sebagai peserta kursus.Tag nama diberi kepadanya dan dia di minta pergi ke dewan terbuka berhampiran kolam untuk berjumpa urussetia program.

Adrian menyusuri tepi kolam untuk ke dewan.Sewaktu dia berada ditepi kolam itu tiba-tiba sahaja berdeburan bunyi sesuatu jatuh ke dalam kolam.Pantas Adrian menoleh,hanya kocakan sahaja ada tetapi objek yang jatuh ke dalam kolam tidak pula kelihatan,Kebetulan ada dua tiga orang rakan peserta bersama dengan nya sekali turut memandang ke arah kolam.
"Aik!belum apa-apa..salam tidak apa tidak dah nak tunjuk diri."Kata salah seorang dari mereka.Adrian pelik,apa maksudnya.
"Jangan layan menatang tu memang itu je lah kerjanya,kena lah hadap."Jawab seorang lagi.
"Apa tu?"Adrian pula bertanya.
"Tak payah layan lah...kita bukan kacau dia."
Kata salah seorang dari mereka tanpa menjawab pertanyaan Adrian.
"Jom lah lambat nanti."Adrian memandang ke arah kolam. Cuba mencerna apa maksud mereka tentang 'dia'.


DormWhere stories live. Discover now