Dorm part 6
Musa menghampiri Adrian.
"Apa hal tadi tu?"Tanya nya.
"Entah kau nampak tadikan?"Musa angguk kepala.Memang dia nampak seperti ada seseorang menepis botol minuman Adrian.
" Kau dah nampak ni kau tak rasa pelik ke?"
"Pelik lah juga sikit."Kata Musa.
"Apa nak pelik..tu ha..budak kecik tu saja nak dengki kau."Shahid menyampuk.
"Kau nampak ke?"Musa bertanya.
"Aku nampak je sejak mula masuk sini.Mahluk Allah merata-rata kan."
"Wah!Tak berhijab lah mata kau ni shahid."Musa menepuk bahu Shahid.Shahid hanya tersenyum.
"Kau nak aku panggilkan dia ke Adri?"Tanya Shahid.
"Panggil siapa?"
"Budak yang suka sangat dekat kau tu."Ujar Shahid.
"Tak apa lain kali."Adrian menolak. Kalau dia awal -awal lagi dah terganggu, macam mana pula nak dekat dengan budak tu. Dia memang pasti Shahid betul memang budak tu sahaja yang suka sangat muncul di depan mata dia.Tapi kenapa?Mesti ada alasan atas setiap kejadian.Petang itu mereka ke kelas yang terletak di aras tiga bangunan. Dari kelas memang mereka boleh melihat pemandangan pantai yang agak cantik.Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa begitu mendamaikan perasaan.
"Bestnya angin laut ni."Salah seorang peserta perempuan berdiri berhampiran tingkap yang terbuka. Dia kelihatan memejamkan mata, barangkali menikmati angin yang nyaman. Asmahani namanya atau lebih di kenali sebagai Hani.
Hani membuka matanya sebaik sahaja dia membuka matanya dia terjerit dan terkaku di tepi tingkap. Mereka yang lain sedang berbual terus menoleh ke arah Hani yang kelihatan takut -takut.
Adrian hanya memandang.Tidak mahu mencampuri apa-apa yang berkaitan dengan ketakutan sebab dia sendiri pun takut juga."Wah!Sudah lebih ni."Shahid bergumam.
"Kenapa.?"Tanya Adrian.
Shahid tidak menjawab sebalik nya dia berjalan ke tingkap dan menempik kuat.
"Jahanam...berambus!
Peserta yang lain bertambah aneh!
"Kenapa Shahid?"Tanya Musa dan Adrian hampir serentak.
"Syaitan laut cuba menganggu mujur tempat ni dah di pagar awal-awal"
"Maksud kau.?"
"Dari laut dia datang waktu begini memang suka lah dia menganggu. Hani tu hanya takut sahaja. Insya Allah tak ada apa-apa yang membimbangkan.
"Macam-macam lah, aku ingat aku je yang kena ganggu"
Adrian mengelengkan kepala.
Memang kursus kali ini begitu mencabar mentalnya.

YOU ARE READING
Dorm
HorrorDia hanya kecil sahaja, tetapi cukup menakutkan. Sara..tidak seindah namanya kerana dia bukan manusia sebaliknya roh si kecil yang masih mencari dimana salahnya sehingga dia tidak berpeluang hidup gembira!