Taklimat berjalan hampir seharian sebelum para peserta di lepaskan berehat ke dorm masing-masing.Adrian bersama kumpulannya seramai 4 orang di beri satu dorm menghadap kawasan lapang.Di kawasan lapang itu ada pohon tersusun berderet di samping pantai yang agak jauh tetapi masih boleh dilihat.
"Kalau macam ni punya pemandangan syok lah berkursus walaupun kena dera mental fizikal."Kata Shahid salah seorang peserta berasal dari Melaka.
"Penat wei dengar dorang asyik berceramah aje."Adrian menghempaskan badannya ke atas katil.Bilik itu ada 2 buah katil double decker.Adrian memilih tingkat atas berhampiran tingkap.
"Slow sikit lah Adri,macam nak roboh katil ni kau henyak."Musa yang memilih katil di bawah Adrian menegur lelaki itu yang sesuka hati menhenyak kan badan ke tilam.Berhenjut katil spring tersebut.Entah zaman bila punya katil.
Adrian ketawa.Duduk di dorm zaman kuno kurun entah keberapa memang patut lah semuanya longgar.
"Makan malam pukul 8 sebelum tu kita semua kena solat maghrib dekat surau.Isyak boleh dalam bilik sahaja.Huwaa!esok mula lah jadual padat gila."Musa berkata.Adrian meninjau ke bawah,melihat Musa mengemas barangnya.
"Dah pilih kerjaya macam ni kena lah ikut,nak buat macam mana."Sampuk Shahid.
"Eh siapa lagi sorang geng dorm kita?"Tanya Adrian.
"Entah kita bertiga je kot."Kata Musa.
"Tadi bukan ketua kata berempat ke satu dorm."
"Ya lah berempat tapi kita bertiga aje ni."
Mereka tertanya-tanya mana lagi seorang budak dorm mereka.Sebelum azan Mahgrib berkumandang merek bertiga sudah bersiap sedia mahu turun ke surau.Sewaktu Adrian mahu menutup pintu dia mendengar bunyi seolah-olah almari dibuka dan di tutup dengan kuat.Tidak jadi dia mahu menutup pintu, dia masuk kembali ke dalam dorm.
"Korang dengar tak?"Tanya Adrian kepada Musa dan Shahid yang masih berdiri di muka pintu.
"Tak ada pula dengar apa-apa,yang kau masuk balik dorm kenapa?Ada barang tinggal ke?"Tanya Musa kepada Adrian.
"Tak ada aku masuk balik nak final check,tadi aku dengar bunyi orang buka dan tutup almari kuat gila bunyi.Tak kan korang tak dengar."
"Tak ada pun..."Jawab Musa dan Shahid serentak.
Adrian pelik.Ah!Mungkin hanya dia sahaja yang berhalusinasi.
Mereka berjalan menuju ke surau.
"Abanggggg....Adriiiiiii..."Adrian berpaling. Suara halus kedengaran memanggil namanya.
Adrian tercari-cari suara halus seperti kanak-kanak itu memanggil nya.
"Kau cari apa Adri?"Tanya Musa.
"Owh..tak ada apa lah..."Jawab Adrian,tak kan dia nak cakap pula ada suara kanak-kanak perempuan memanggil namanya.
"Pelik pula kau Mahgrib ni."Musa memang perasan Adrian bersikap agak aneh petang ini.
"Tak ada apalah,jom kita solat.Azan dah tu."Adrian hilang di dalam surau.Musa mengeleng, ada masalah ke budak Adrian ni?

YOU ARE READING
Dorm
HorrorDia hanya kecil sahaja, tetapi cukup menakutkan. Sara..tidak seindah namanya kerana dia bukan manusia sebaliknya roh si kecil yang masih mencari dimana salahnya sehingga dia tidak berpeluang hidup gembira!