Bertahun lamanya kisah cinta mereka terlerai. Angkara pilihan seorang wanita bernama Erisha bersama insan lain.
Erisha membuangnya. Erisha mengkhianati cintanya. Erisha membuktikan cinta berpaling dengan akad sebaris nama Syalia Erisha dilafazkan o...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
“ABAH Rawda dah tahu?” soal Tengku Afina, namun dia masih belum ada kata putus.
“Belum.”
“Radzi orang yang Rawda cinta tu?”
“Yes, ma.”
“Beritahu abah, kalau abah setuju. Mama pun setuju, kita terus cari tarikh langsungkan.”
Bakal suami, lebih tepat ketika ini masih seorang abang angkatnya. Lelaki itu hanya mendengar tanpa bersuara. Senyum? Tiada secalit senyuman di bibirnya. Kosong tanpa riak.
“I nak bercakap dengan you,” bisik Rawda, dia berterus terang mengakui kehendak hati.
Lafaz kalimah syukur meniti di bibir Tengku Afina. Dia akui, dia sebenarnya enggan. Namun, luahan Rawda. Selama dia membesarkan Rawda, Rawda bukan seorang yang ingin meluahkan isi hati mahupun bercerita perkara remeh.
Usai mendengar luahan Rawda, dia menghargai detik itu. Biarlah restu menjadi tanda dia bersyukur atas takdir yang telah menyatukan semula keluarga kecilnya ini dan luahan Rawda, untuk sekian kalinya dia menjadi seorang ibu buat Rawda.
“Alhamdulillah sejak bersatunya hubungan Puan Lia dan Tengku Hael, puan tak lekang dengan senyuman.” Cik Su merapat.
Tengku Afina memaut tangan Cik Su. Satu-satunya temannya berbual.
“Banyak saya terima Su, bakal cucu saya dan kebahagiaan buat kedua-dua anak saya, nikmat apa lagi yang akan saya nak dustakan lagi? Syukur saya Su, syukur. Alhamdulillah.”
“Saya tumpang senang puan, semoga bahagia milik keluarga puan dan puan,” doa Cik Su turut memanjatkan kesyukuran.
“Su pun keluarga saya. Selalu tumpang gembira atas kebahagiaan saya dan sekeluarga, tapi lepasni kena selalu ingat. Bukan tumpang, tapi merasakan yang sama sebagai ahli keluarga juga, ya Su? Su sudi kan jadi sebahagian dari keluarga saya?”
“Sudi puan, saya sangat bersyukur. Puan pun keluarga saya, rezeki saya berjumpa majikan yang baik.”
Dari luar, Rawda menyaksikan senyuman di bibir Tengku Afina. Mampukah dia menghampakan mama lagi andai hubungan mereka yang semestinya akan dilanda masalah?
“I ni ada hati, I tak nak hanya disebabkan you terpaksa, you akur. Perkahwinan maksudnya I hidup dengan you sampai I mati. I tak boleh go kalau cuma I yang berusaha dalam hubungan ni. Takkanlah nak ada masalah je nanti, you faham macam mana hubungan Along rumitkan fikiran mama. I tak mahu, cukuplah hubungan kita sebagai adik beradik dah bergaduh.”
“Aku tak pernah nak bergaduh dengan kau. Kau yang mulakan. Aku tahu kau sangat bencikan aku. Tapi, tak pernah aku jangka yang kau akan suka dekat aku.”
Cerita yang dipromosikan
Anda juga akan suka
“I pun, Ngah. Macam mana you tak expect, I pun. I kenal diri I macam mana. I memang ada hati dekat you, I cintakan you sekarang.” Itu yang tak lekang dari diungkap demi meraih kepercayaan Radzi.
“Aku tak halang perasaan kau, dan aku sendiri akan hadirkan untuk kau. Aku terima kau sepenuhnya dan aku akan miliki perasaan yang sama usai ijabkabul kita,” ucap Radzi tulus.
Akhirnya, I menang Ngah.
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
“AWAK?” Suara Erisha menyedarkannya dari ingatan siang tadi.
Tengku Hael paling wajah. Seketika, senyumannya terlakar, menyambut Erisha di sisinya.
“Kenapa turun seorang? Tak ajak saya pun?”
“Kau tengah mandi,” jawab Tengku Hael, senyumannya masih tersisa di bibir. Dia menarik kerusi lalu meraih pinggang Erisha merapat.
“Mandi pun kena teman. Dahlah awak terus duduk termenung je atas katil, awak okey?” Erisha melabuhkan duduk bersebelahan Tengku Hael.
“Aku banyak fikir sikit,” balas Tengku Hael, suaranya jelas kedengaran dikawal. Cuba tenang? Tapi mengapa?
“Hal ni membebankan fikiran awak ke sayang? Ceritalah dekat saya, ada apa-apa jadi?” Pinggan yang diletakkan oleh Tengku Hael, ditolak. Dia mahu mendengar.
“Tadi Encik Irfan call kau?”
Erisha terdiam. Tengku Hael akan marah? I
“Kau okey je bercakap dengan aku,” kata Tengku lagi. Dia hairan, apa yang Irfan bualkan?
“Maksud awak?”
“Aku nak kau jawab sekali je. Kau betul boleh urus event dalam keadaan kau sekarang?”
Tawaran Encik Irfan tentang menguruskan acara jika diadakan di resort. Pasti itu yang menganggu fikiran Tengku Hael.
“Saya boleh tolak kalau awak tak izinkan.” Ini bukan pertama kali dia menolak tawaran. Cuma kali ini, tawaran ini kena dengan jiwanya, keinginannya selama ini.
“Aku nakkan jawapan kau. Ikut keinginan kau,” ulang Tengku Hael menegaskannya.
Benarkah? Tetapi, jika Tengku Hael memang tak izinkan. Jujur, dia akan akur. Tengku Hael mesti gusar akan keadaannya.
“Saya boleh urus.”
“Kau kenal aku, kan? Aku susahlah nak membantah apa yang terbaik bagi kau dan apa yang kau nak. Dia tu kenal aku sepertimana kau kenal aku? Kenapa dia cakap dengan aku seolah aku mengongkong dan menghalang?”
Dia bingung. Tengku Hael terasa hati dengan Encik Irfan? Atau dirinya?
“Saya tak faham, Encik Irfan cakap apa dengan awak?”
“Aku tahu kau takkan suka kalau aku halang tujuan kau dan ya tadi aku soal dia atas tawaran dia untuk kerjasama event di resort aku. Kau dapat agak tak apa yang dia balas? Kau isteri aku, kenapa aku tak boleh proceed? Panggilan 'cik' padahal kau dah kahwin dengan aku, aku boleh pandang sebelah mata je la if tersalah bahasakan, tapi dia tekankan panggilan 'cik', malah dia buat aku seolah aku mengongkong kau. Aku tanya dengan kaulah sekarang ni Risha, selama aku dengan kau, aku ni mengongkong kau atau aku menitikberatkan sebab keadaan kau?”