Bertahun lamanya kisah cinta mereka terlerai. Angkara pilihan seorang wanita bernama Erisha bersama insan lain.
Erisha membuangnya. Erisha mengkhianati cintanya. Erisha membuktikan cinta berpaling dengan akad sebaris nama Syalia Erisha dilafazkan o...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"AKU tahu kau datang sini sebab kau rasa serba salah."
"Dan sebab saya rindukan awak," ungkap Erisha, enggan menyembunyikan perasaan itu.
"Aku pun miliki perasaan rindu terhadap kau, Risha." Erisha mulai mendekat usai mendengarkan itu.
"Saya minta maaf awak, saya tahu tindakan saya dan cara saya sangat salah. Saya..." Jeda. Dia cuba meraih tangan Tengku Hael, namun lelaki itu mengelak.
"Aku minta kau masa. Aku janji selama tu aku takkan abaikan tanggungjawab aku as suami kau. Aku cuma rasa apa yang kau buat, tak menghormati aku sebagai suami bahkan perasaan aku yang kau dah sakitkan sebelum ni."
"Awak nak masa seperti yang kita lalui sekarang?"
Tiada jawapan. Maka benarlah.
"Ini cara awak nak hukum saya, kan?" Lelaki itu diam seribu bahasa.
"Tak apalah, saya faham. Saya memang patut terima, saya buat awak kecewa dalam ketika awak tetap kuat hadap saya. Saya patut bersyukur bila awak sanggup terima saya semula dan bukan menyebabkan awak kecewa dengan saya lagi."
"Aku tak nak kau salah faham, aku tak marah apa yang kau rasa setelah nampak aku terima berbincang dengan Reena dan saat aku hampir peluk dia. Aku hanya marah bila aku dapat tahu kau buat cara yang tak patut langsung semata-mata puaskan salah faham kau."
Tubir mata Erisha digenangi bening-bening jernih. Sedihnya, Ya Allah. Kenapalah aku ikutkan sangat hati ni? Tengoklah apa yang dah jadi, Risha.
"Boleh tak saya nak awak tetap ada dengan saya? Awak nak marah, nak hukum saya, teruskanlah. Saya bagi masa, tapi jangan tinggalkan saya seorang. Saya rindu awak sangat-sangat, saya tunggu awak hari-hari untuk ada di sebelah saya seperti selalu. Kalaulah saya mengandung, saya akan gugur..."
"Don't ever you say that! Aku tak sampai ke tahap tu untuk nak kau buat perkara keji tu! Kau isteri aku la dan kalau kau mengandung, itu anak aku! Jangan kau terfikir lagi nak cakap macam tu bahkan untuk buat macam tu!" Dadanya berdebar. Janganlah Erisha melakukan hal yang tak sepatutnya.
Erisha terus digapai ke pelukan. Dia gelisah. Dia bimbang akan membawa takdir yang tak baik. Risha, aku sayangkan kau. Aku cuma perlukan masa, bukan seperti yang kau fikir untuk tenangkan aku. Aku malah lebih takut.
"Aku tetap akan ada untuk kau. Selama ni kau salah, pernah ke aku abaikan kau?" Suaranya mengendur. Seiring bicara hatinya yang gusar dengan niat Erisha.
"Saya nak tebus salah saya."
"Kau cakap macam kau tak ada iman Makin kecewa aku, Risha. Dulu dah banyak kau tinggalkan aku dengan memori angan yang kita akan bersama. Aku hancur, Risha. Sakit dulu pun aku masih berjuang untuk menahan."
"Listen me first." Dia masih belum habis bicara. Enggan sekali mendengar suara Erisja. Cukuplah.
"Sakit berjuang untuk bertahan sedangkan kau bahagia. Yang sangat sakit, hati aku tetap inginkan kau sampai... kau tahu tak apa aku rasa?" soal Tengku Hael merenung pilu wajah itu.
Cerita yang dipromosikan
Anda juga akan suka
Ya tuhan, jiwa ini seakan direntap. Hati ini terasa dicabik. Tak mampukah dia menyedari berapa sakitnya hati ini dia lukakan?
"Aku terfikir boleh bahagia dengan kau dengan cara yang sama pernah kau lalui bersama Khairi, memiliki arwah Zahra." Tak mampu dia memendam lagi.
"Apa yang memalukan sangat aku ni, kan?" Air matanya menitis berkali-kali. Langsung tak kering, hanya terus berlinangan.
"Mengharapkan bahagia tu aku terpalit dengan kau!" Perasaan lara, luluh, tak mampu terpadam. Bukan aku yang nak buat kau terus rasa bersalah. Aku ni pertahankan perasaan ni sangat, sedangkan kau depan aku ni? Sudahlah wahai hati, biarlah berlalu.
"Aku jelaskan, aku diam bila kau minta hak bukan disebabkan rasa salah faham kau, sebaliknya aku ni masih tak kuat jadi suami, masih gagal la nak jadi suami." Dia mengesat titisan hangat yang membasahi pipi.
"Aku ni sebagai suami, tak patut ingat masa lalu isteri. Tapi, side aku ni... aku ada dalam masa lalu kau, masa lalu kau yang kau khianati. Yang dilepaskan demi kau bersama orang lain. Sekarang kembali sebagai suami. Suami yang belum boleh terima masa lalu isteri dia."
"Bagi saya peluang untuk bersuara juga Hael." Tipulah esakan Erisha tidak menggamit rasa sayu.
"Aku susah nak ikhlaskan je. Tak apa la pun. Kau pun dah jadi isteri aku kan? Terima je la perasaan aku yang masih belum ikhlaskan apa yang dah jadi." Lelaki itu mampu lagi tersenyum. Dalam seketika, mata Erisha bengkak direndam air mata sendiri. Senyum palsu itu sungguh menyayat hati.
"Tapi aku akur ianya dah terjadi. Pasal sekarang, aku cuma nak kau bagi aku masa," pintanya, suaranya penuh sebak. Sukar sekali menahan diri demi meluruhkan senyuman. Merah wajah, sakit hatinya, hancur jiwanya.
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
"INI upah you dan lepas you hantar semua lukisan tu dekat rumah I, I will transfer baki lagi. Make sure lukisan tu dah siap tergantung di dinding yang I dah tunjuk pada you," pesan Rawda sambil menghulurkan sampul.
"Baik miss, miss dah remind saya lebih 25 kali. Saya takkan lupa." Rawda merangkap majikannya. Dia adalah salah seorang pekerja yang menguruskan penghantaran pakaian pengantin. Kali ini, entah mengapa dia diberi tugas membeli lukisan dan menghantar lukisan.
"I remind sebab I risau you letak salah tempat. Dahlah, you pun dah dapat gaji kan. Pergilah cepat siapkan apa yang patut. Nanti pun I balik, I tengok you buat tepat apa yang I suruh, I bagi extra ofz." Semua pekerja Rawda sedia maklum, jika 'ofz' disebut maka orang itu akan terima bonus.
Tersengih-sengih pekerja itu sebelum pantas bergerak keluar dari galeri itu. Rawda hanya menggeleng. Tahu pula hendak mengukir senyum, kalau tak sibuk ikut dia, muka ketat.
Telinganya telah menjawab segala persoalan yang bermain di mindanya. Ternyata benarlah Rawda menjadi pembantunya. Kini dia tahu mengapa Rawda selalu pulang lambat, Rawda seakan tahu gerak gerinya setiap kali mama bertanya dan Rawda terlepas membahasakan diri 'saya'.