MEE KARI

72 0 0
                                        


MEE KARI

Ada banyak versi... saya mula mula kenal mee kari di Ipoh di awal tahun 80an. Semakin dewasa menemui semakin banyak versi mee kari... masing masing mengakulah mee tersebut milik negeri mereka... Melaka kata depa punya, Singapore kata depa mula dulu...ini belum masuk Indonesia... masuk pula laksa Sarawak yang hampir hampir sama rasanya dengan mee kari. Mencari yang HALAL hampir mustahil dahulunya... sekarang tidak lagi ya.

Apa apapun saya sudah menetapkan mee kari tersedap adalah yang ada di Bee Hwa, Jalan Dickens Pulau Pinang. Kuahnya putih santan dan ada sesudu cili pedas berkari yang akan menjadi minyak cili bila digaul. Bukan seperti yang sudah siap bergaul seperti yang ada di gerai gerai yang menjual mee kari.

Taupok – atau kulit tahu ringan akan bergelimpangan atas kuah sewaktu di makan.

Bebola ikan bulat dan leper diuruskan dengan baik

Taugeh dan sayuran hijau juga ada serba sedikit

Udang juga ada di atasnya.

Untuk makan makan dengan famili bolehlah digunakan carik isi ayam.

Mee dan Bihun dicelur dan boleh campur dalam satu mangkuk hidangan

Berikut disiarkan resepi mee kari versi kuah putih... olahan cilinya terpulanglah kamu. Stock ayam boleh digunakan ayam segar yang direbus, kaki ayam rebus lembut juga juga bagus untuk disertakan. Pilihan kari jika kamu ragu haruslah rempah kari daging (kerana ia lebih tajam dari segi rasa dan bau).

 Pilihan kari jika kamu ragu haruslah rempah kari daging (kerana ia lebih tajam dari segi rasa dan bau)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SAMBAL (cili oil curry)

15 tangkai lada kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus

3 tangkai cili merah ~ kisar halus

2 sudu besar udang kering ~ di rendam hingga lembut kemudian di kisar halus
3 ulas bawang putih ~ kisar halus
1 inc belacan ~ di kisar halus
3 sudu besar/makan rempah kari babas
1 gelung gula Melaka
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Semua bahan di atas kita kisar sekali hingga halus

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
Perasakan dengan garam dan gula
Bila dah masak, angkat dan ketepikan

KUAH (Putih)

2 liter Stock Ayam / air rebusan ayam
air rebusan kerang / air rebusan udang jika letak udang
2 batang serai ~ di titik
2 keping lengkuas di ketuk
2 keping asam keping
3 tangkai daun kari

2 cawan santan (setelah rebusan di atas menggelegak, kecilkan api masukan santan perlahan lahan, tunggu ia menggelegak skali lagi)
garam dan gula secukup rasa (rasanya akan bersari tidak pedas lagi)
dimasak atas api kecil, dikacau satu arah sahaja agar tidak berketul santannya.

MENGHIDANG:
Mee dan bihun dicelur duluan, sediakan taupok, tahu, udang rebus, bebola ikan yang juga dicelur. Boleh ada isi ayam carik kalau mahu. Sayuran cukuplah sekadar taugeh mentah bersih dan kacang panjang muda celur.
INGAT: Segala perisa ada dalam sambal termasuk kari yang dimasak hingga pekat dan pecah minyak dan berperisa.

AIR ASAMWhere stories live. Discover now