TILAPIA CURAH SALAD MANGGA

68 1 0
                                        


Kagumlah kita bila sudah melawat negara negara IndoChina. Memuji muja resepi unik mereka. Padahal itu adalah makanan datuk dan nenek kita yang sudah kita pilih untuk lupakan, kerana kita sukakan makanan barat...chicken chop, daging goreng, keju keju berpalut. 

Pelik perangai orang orang melayu baru senang kan? Nah ini dia resepi Indochina yang mudah...

Ikan digoreng garing. Ikan pilihan boleh jadi ikan darat atau ikan laut. Ikan yang berdaging. Kalau di Thailand, Vietnam dan Laos mereka sukakan ikan duri (keli atau dory) besar yang ada isi tebal. 

1. Ikan talapia digoreng garam kunyit garing

SALAD MANGGA

Parut dua biji mangga sala (atau mangga apa sahaja) 2 biji

tumbuk kasar: 6 ulas bawang putih, 6 biji cili padi dan udang kering

3 sudu sos ikan

3 sudu gula putih

3 sudu jus limau nipis (kalau perah biarlah sebiji)

gaulkan kesemuanya rata...rasa dahulu biar ada masam, manis, masin. Limau boleh dikurangkan kalau mangga sudah sedia masam.

daun selasih atau daun kesum boleh digunakan juga sebagai pewangi salad.

gaulkan kesemuanya dan tabur atas ikan yang panas tersebut.

siap...makan segar dan panas.

makan segar dan panas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AIR ASAMWhere stories live. Discover now