AIR ASAM?
What is it? Goodness why their tastebud has to be this difficult, Sarah murmured to herself. How to prepare it? Why Eddie and his family eat this way with their advent- garde life? When her 'to be in law' asked her to prepare it one weeken...
Sebiji periya saiz sederhana dipotong kasar dan dilumur garam selama 30 menit buat hilang pahit. Bilas airgaram dan air periya kemudiannya. Toskan. Tumis bawang putih. bawang merah, udang kering dan 4 biji cili kering. Masukkan periya bersih tadi. separuh sudu teh kunyi serbuk masukan air sedikit sahaj untuk melembutkan periya kacau dan gula garamkan sebaiknya. Pecahkan telur ayam dan kacau kacau lagi tambahkan air sekiranya kamu mahu sedikit kuah. SIAP.....
"Mak Long masak apa ni? Sedap bau...," ujar Zeila pada Kamariah sebaik saja dia masuk ke dapur
"Hang ka..ingat sapa tadi, ni dok goreng periya, sat lagi makan sekali,"
"tak mau aih...pait tak reti makan," selamba dipintas oleh Zeila
Kamariah tertawa melihat keletah anak saudaranya, dia sudah terbiasa dengan rungutan tentang periya pahit. Dari yang tua sampailah yang muda. Mereka lupa periya tidak kiralah periya katak atau periya biasa itu banyak khasiatnya. Dia malas bercakap banyak, cuma...
"Nih, yang nilah ubat sayang oi...awet muda, kulit cantik, kencing manis kurang segala mak nenek ni," lantas dia terus berpantun selamba...
BERSAMPAN DULU BARU BERAKIT SEHINGGA TIBA RUMA TOK KETUA SIAPA BILANG PERIYA PAHIT? PAHIT LAGI DICURANGI CINTA...
Maka dikisahkan pada anak saudaranya, zaman remajanya bercinta dengan seorang teruna. Cinta yang disangka akan tamat ke jinjang pelamin. Wajah Kamariah ceria mengingatkan kisah lama. Jejakanya baik, biasa biasa dan penuh adab sopan. Sekali sekala mereka akan bertemu apabila ada majlis di kampung. Menyelinap ke bandar kecil untuk makan rojak dan ais kacang.
Jejaka melanjutkan pelajaran jauh di Perak. Berutus surat tidak boleh kerana ayah Kamariah garang orangnya. Jadi dinanti juga saat bercuti si jejaka. Lama juga penantian sebenarnya. Mereka dari kampung yang sama, siratulrahim dijaga begitu juga hubangan baik sesama keluarga.
Penantian panjang itu tamat begitu sahaja kata Kamariah. Dia diarahkan menikah dengan Pak Long Mat yang juga asal dari desa yang sama.
Dia terhenti di situ sahaja, sambil tersenyum melihat wajah Ziela yang sedang remaja, anak anak remaja memang suka pada kisah kisah cinta, yang pahit mereka mungkin tidak suka?
"Amboi romantik depa masa muda muda," ghairah Ziela memberi reaksi.
Kamarian hanya tertawa sambil menceduk semangkuk kecil, "yang ni bagi kat ayah hang, paberet dia ni...rasalah sikit,"
Kamariah tidak meneruskannya kisah pada Ziela kerana ibubapa Jejaka yang dinanti nanti memang sudah datang masuk mahu meminang. Ayah Kamariah dengan senang hati menerima lamaran mereka, disusun segalanya. Jejaka bakal jadi guru dan dia tentulah berhak ditunangkan dengan Yati adik Kamariah. Menurut ayah Yati lebih sesuai kerana dia putih melepak dan jelita, sesuai sangat dijadikan isteri si guru yang bijaksana.
Kamariah tidak perlu dirisaukan, ibubapa Ahmad di hujung kampung sudah merisik lama. Kamariah nampaknya lebih sesuai dijodohkan dengan Ahmad.
Arahan si tua sering ditatah.
Anak kampung menurut kata.
Siapalah kita mahu membantah
Tertunduk kelu marah tiada.
Periya berkhasiat walaupun pahit
betukar nikmat kalau dicuba
apalah guna diungkit ungkit
Ini semua cerita lama
Ralat dia mahu memberitahu, 'aku pernah dicintai oleh ayahmu dulu Ziela!"
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.