KARI MASAM

259 5 0
                                        


 KARI MASAM MAZLIFAH.

Saban hari apabila pulang dari ladang. Karim merasa sungguh gembira. Mazlifah yang dia kahwini 20 tahun lalu masih lagi setia menjalani tugas sebagai isteri dengan sempurna. Tidak pernah merungut langsung.

Memang Mazlifah tidak sejelita Rahayu yang dia kenali di bandar kecil Durian Daun. Perkenalan yang disusun oleh kawan baiknya yang agak nakal, Hussien. Hussien kalau bergebang, dialah paling taiko di Melaka, semua orang kenal dia, bagaimana dia mahu mengelak? Hussien itu kawan sekampung. Terpukau Karim melihat Rahayu yang kecil molek dan gebu mulus menggoda. Dua tiga kali juga dia mengunjungi Rahayu dan membayar tips minuman di kelab dangdut tersebut. Sempat juga keluar makan makan di pinggir bandar Melaka sambil mendengar kisah kisah sedih Rahayu.

Semalam Rahayu merengek rengek mengajak dia ke Golok, selatan Thailand, mahu menikah. Rahayu katanya anak orang felda dari Kesang, Johor dan tiada pilihan dalam hidup setelah diceraikan muda. Karim tidak pasti, samada Rahayu mampu memikul tugas tugas seperti yang telah Mazlifah lakukan.

Mungkin Rahayu tahu yang dia telah mendapat laba dari hasil jualan 4 ekar tanah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Karim harus bangun dari khyalan antara dia dan Rahayu, ini semua tidak masuk akal.

Hari ini dia mahu melupakan saja kisah Rahayu, kerana adalah tidak adil melayani Mazlifah yang sudah tiada keluarga, melahirkan 5 orang anak anak yang dewasa dan masih lagi bertungkus lumus di rumah mereka yang bahagia. Rahayu akan dia tolak tepi, dia masih muda dan carilah lelaki lain selayaknya, bahaya wanita seperti itu. Karim menanti di meja makan dihidunya bau kari masam yang Mazlifah sediakan.

"Nah nasi abang...abang makan dulu, Maz nak siapkan ikan goreng, Azman balik tu dia tidur di atas! Letih agaknya," kata Mazlifah dengan selamba namun penuh tertib.



AIR ASAMWhere stories live. Discover now