21. Sepuluh Sepuluh Malam

276 22 33
                                    

Budin membuka matanya yang terasa sungguh berat. Seluruh tubuh lenguh dan tenaganya kering. Entah kenapa dia sungguh letih malam itu. Sedangkan dia tidak melakukan sebarang kerja berat.

Beberapa ketika barulah dia sedar bahawa dia sedang terbaring diruang tamu di temani ibu yang kemudian mengusap kepala Budin lembut dan terpacar kesedihan pada raut wajahnya.

“Syukurlah kamu sudah sedar” kata seorang lelaki yang Budin tidak kenali

Tapi berdasarkan pakaian lelaki itu seperti seorang ahli agama. Uztaz atau Imam? Entahlah.

“Apa terjadi” soal Budin lemah

“Kamu tak ingat apa berlaku?” soal lelaki itu

Budin menggeleng kepala dan mula keliru

“Kamu sebenarnya dirasuk nak” jelas Ibu Budin.

Budin tergamam dan matanya membulat. Rasuk? Kenapa? Bagaimana? Dan oleh siapa? Semua soalan itu bermain di minda.

“Kaum kerabat kamu ada yang membela saka. Dan nampaknya kamu telah dipilih oleh mereka untuk mewarisi saka tersebut” jelas lelaki tadi

“Ini Uztaz Kamarul. Anak saudara Ketua Kampung” jelas Ibu yang memperkenalkan lelaki itu.

Budin cuba bangkit namun dia masih lemah. Dia perasan akan keadaan rumahnya yang berterabur seperti dilanda ribut. Orang sekelilingnya juga kelihatan letih.

Lebih memeranjatkan hari telah pun malam sedangkan perkara terakhir yang Budin ingat adalah dia disapa oleh Cempaka awal pagi tadi. Siapa sangka begitu lama Budin di rasuk. Dari awal pagi sehingga sepuluh malam. Bercakap tentang Cempaka, Budin teringat tentang gadis itu. Adakah itu saka yang dimaksudkan.

“Mana saka tu?” soal Budin

“Dia takkan kacau kamu lagi” kata Uztaz Kamarul

“Saka tu Cempaka ke mak?” soal Budin pada Ibunya

Ibu Budin seperti terkejut dengan soalan itu. Dia tidak menyangka Budin kenal dengan Saka keluarga mereka. Dia kemudian mengagguk kepala membenarkan apa yang Budin katakan tadi. Budin kecewa dengan apa yang berlaku.

***

Keesokkan harinya, Budin menerima panggilan dari Cece.

“Tugas aku dah selesaikan. Duit pun dah dapat, aku malaslah nak terlibat benda ni lagi” kata Budin pada Cece dalam talian

“Aku tahulah kau dah kaya sekarang tapi kau tak risau pasal Pradeep? Malam ni dia akan bawa Saranya jumpa Pawang Puteh tau. Aku tak sedap hatilah. Aku nak temankan dia” kata Cece

Budin teragak-agak untuk turut serta. Ikutkan hati dia memang enggan tapi bila memikirkan Pradeep sudah jadi sahabatnya, tidak salah kalau dia beri sokongan. Lagipun dia juga memang tidak percaya pada Pawang Puteh. Risau kalau-kalau Pradeep di perbodohkan.

“Okey, aku jemput kau malam ni. Kita ekori Pradeep” kata Budin yang bersetuju

Malam itu mereka berdua tiba di rumah Pawang Puteh. Ternyata Pradeep terlebih dahulu sampai. Budin dan Cece teragak-agak untuk masuk ke dalam rumah kayu yang nampak usang itu. Tapi demi persahabatan mereka merelakan hati.

Bau kemenyan sungguh kuat menusuk hidung dicampur dengan pelbagai bau-bau aneh. Pradeep terkejut melihat kehadiran dua insan tersebut namun dia kekal duduk.

Pawang Puteh adalah seorang wanita tua pangkat nenek dengan rambut putih yang diikat dengan sanggul tinggi. Kebaya yang dipakainya juga sedikit lusuh namun tetap elok untuk disarung. Pawang Puteh merenung Budin dan Cece sebelum menyambung bacaan manteranya.
Di hadapan Pawang Puteh terdapat satu tubuh yang ditutup kain kuning. Cece mendekati Pradeep.

MR. PENAKUT : TENGAH MALAMDove le storie prendono vita. Scoprilo ora