Si Pemandu baring di atas tilam sambil merenung kipas siling yang bergerak dengan kelajuan nombor tiga. Selesai menghantar Pradeep malam tadi, Si Pemandu terus kembali ke rumah dan berehat.
Paginya, dia teringat akan tawaran Pradeep yang sukar untuk ditolak. Bermacam perkara bermain di minda. Jumlah bayaran yang akan diterima sungguh lumayan dan ketika ini Si Pemandu memang memerlukan wang sebanyak itu. Entah kenapa dia merasa seperti doanya dimakbulkan.
Sebagai lepasan graduan yang menjadi ‘penanam anggur’ sebelum mengambil keputusan untuk menjadi pemandu, Si Pemandu memang miliki cita-cita untuk memulakan perniagaan sendiri dan ingin merasa bagaimana menjadi orang kaya.
Pada masa sama. Penyakit ibunya juga memerlukan kos rawatan yang tinggi dan Si Pemandu sebenarnya dalam keadaan terdesak. Melihat akan keadaannya sekarang, wajarlah tawaran itu dipertimbangkan. Mujur Pradeep tidak memaksa dan memberi ruang untuk Si Pemandu membuat keputusan.
Menurut Pradeep, sekiranya Si Pemandu bersetuju barulah dia akan menjelaskan lebih lanjut tentang skop pekerjaannya sebagai pemandu sementara dan ketika itu dia juga akan menerima suku daripada bayaran yang ditawarkan sebagai tanda perkenalan.
Si Pemandu bangkit dari tilam dan menuju ke bilik mandi. Wajahnya ditatap dalam cermin yang tergantung.
“Patutkah aku terima tawaran dia?” soal Si Pemandu pada dirinya sendiri
Selesai mandi, Si Pemandu mencapai telefon dan terus menghubungi Pradeep.
“Helo, aku dah fikir masak-masak. Aku terima tawaran kau” kata Si Pemandu tanpa ragu-ragu
“Betul? Terima kasih. Aku sudah agak kau mesti terima. Seperti dijanjikan, aku akan beri suku daripada lima puluh ribu selepas kau tanda tangan surat perjanjian kita” arah Pradeep
***
Pradeep membuka pintu selepas diketuk beberapa kali. Seorang lelaki kurus dengan ketinggian sederhana yang dikenali berdiri dihadapannya. Pradeep tersenyum.
“Aku dah masukkan duit tu dalam bank kau” kata Pradeep sambil meneliti semula tanda tangan yang diturunkan oleh lelaki itu.
“Okey, sekarang kau jelaskan pada aku apa tugas aku perlu buat setiap hari sebagai pemandu kau?” soal lelaki itu
“Boleh tapi sebelum itu aku perlu jumpa kawan aku dahulu” balas Pradeep
“Kenapa pula? Apa kena-mengena kawan kau dengan kerja aku sebagai pemandu?” soal lelaki itu lagi yang tidak puas hati.
“Anggap sajalah dia seperti ‘rakan kongsi’ aku. Lagipun aku memang perlukan nasihat dia” balas Pradeep
“Eh..makin pelik saja kerja aku ni” balas Si Pemandu
“Jangan risau. Aku akan jelaskan dalam perjalanan” balas Pradeep
Lelaki itu setuju dan mereka meninggalkan rumah Pradeep. Kereta dipandu menuju ke sebuah kawasan perumahan yang terletak di dalam bandar Kuala Lumpur.
“Jadi bagaimana? Apa tugas aku? Setiap hari aku perlu hantar kau ke mana?” soal Si Pemandu
“Kerja kau memerlukan kita pergi keluar kawasan dengan kerap. Kita tidak hanya berada di Kuala Lumpur. Adakalanya kita akan berada di negeri lain selama beberapa hari” jelas Pradeep
Si Pemandu hanya mendengar namun dalam hatinya sedikit terkejut kerana dia beranggapan bahawa dia hanya akan menghantar Pradeep untuk melakukan rutin harian seperti ke pasar atau pejabat.
“Ingat tak malam tu yang aku kata aku perlu ambil barang? Itulah yang akan kita lakukan. Kita akan pergi ke beberapa tempat untuk mengambil barang. Disitulah tugas kau bermula. Kau perlu menghantar aku ke tempat-tempat yang aku tetapkan” jelas Pradeep lagi
Kereta brek mengejut dan kedua mereka terhenjut.
“Kau biar betul! Barang apa yang kau ambil tuh? Kenapa perlu sampai ke negeri lain?” soal Si Pemandu bertalu-talu
“Barang tu istimewa. Haish..susah nak jelaskan sebab itulah kita jumpa kawan aku ni. Dia boleh jelaskan dengan lebih lanjut” balas Pradeep
“Ini mengarutlah. Kerja apa yang kau tawarkan ni” soal Si Pemandu
“Eh aku tak paksa kau pun kan? Kau jangan nak ubah fikiran pula. Dalam surat perjanjian tuh kau dan setuju untuk hantar aku kemana yang aku mahu. Lagipun suku dari bayaran tu aku dah masukkan” balas Pradeep
Barulah Si Pemandu ingat kandungan surat perjanjian itu tidak terperinci.
“Sudahlah bukannya lama pun. Lepas kita ambil semua barang aku, kau bebas dan tak perlu jadi pemandu aku lagi” kata Pradeep
Si Pemandu terdiam. Pemanduan diteruskan.
“Agak-agak berapa lama kita nak kumpul barang kau tu?” soal Si Pemandu setelah berdiam diri hampir sepuluh minit.
“Bergantung pada secepat mana kau boleh memandu” balas Pradeep
Si Pemandu yakin bahawa mereka tidak mengumpul barang milik Pradeep tapi dia malas hendak bertekak. Lagipun tugasnya hanya menghantar Pradeep dan pulang. Dia juga ingin mendengar penjelasan dari kawan Pradeep tentang perkara ini.
Beberapa minit kemudian, kereta yang dipandu tiba di lokasi yang ditetapkan. Mereka berdua keluar dari perut kereta dan bergerak menuju ke rumah jenis apartmen empat tingkat.
“Mana kawan kau tuh? Dia belum siap lagi?” soal Si Pemandu yang kemudian membakar sebatang rokok
“Dia memang tengah tunggu kita dari tadi. Haa itu dia” balas Pradeep
Si Pemandu menoleh dan melihat kawan Pradeep yang melambai kearah mereka berdua.
Bersambung…

STAI LEGGENDO
MR. PENAKUT : TENGAH MALAM
HorrorHorror (Lengkap) (18SG) Bukan kisah seram pelajar di asrama tapi kisah pengalaman seram seorang pemandu Budin seorang pemandu menerima tawaran kerja sekali seumur hidup. Bersama majikannya mereka mengumpul barang mistik untuk menyelamatkan kekasih m...