20. Sembilan Sembilan Malam

303 25 79
                                    

“Selamat datang ke kediaman Mona Fendy!” kata Budin ibarat penyambut tetamu.

Kereta Myvi milik Budin baru saja berhenti di tepi jalan

“Memekak jelah kau ni!” tegur Cece yang kemudian keluar dari perut kereta.

Budin dan Pradeep mengikut langkah Cece dan mereka kini berada di halaman rumah Mona Fendy. Dari tadi Budin menyedari bahawa Pradeep berkelakuan agak aneh. Dia tidak bercakap seperti selalu dan wajahnya suram.

“Kau okey tak? Senyap je” soal Budin

“Okey” balas Pradeep tapi wajahnya jelas menunjukkan dia keliru.

Dahi Cece berkerut melihat reaksi Pradeep. Ada sesuatu yang tidak kena.

“Kalau kau ada masalah ceritalah pada kami” kata Cece

“Betul tu. Kita dah pergi bermacam tempat bersama kan. Kau tak perlu malu kalau ada apa-apa yang hendak dikongsi” pujuk Budin pula

Pradeep menarik nafas dalam-dalam.

“Maaf, aku cuma risau tentang Saranya saja. Yelah, inikan barang terakhir yang kita kumpul sebelum sembuhkan dia semula. Aku tak mahu misi kali ni gagal” kata Pradeep

“Apa kau mengarut ni. Setakat ni kita tak pernah gagal tau” kata Budin dengan bangga

“Hey! Mulut tu jangan berlagak sangat boleh tak” tegur Cece

Budin terdiam dan suasana bertukar kekok sebentar. Bunyi unggas bersahutan di waktu malam menambah rasa seram. Kesejukkan tiba-tiba mencengkam tulang.

“Sudahlah mari kita ambil barang tu cepat” kata Pradeep yang memecah kesunyian

Barang yang di ambil kali ini adalah, dua biji batu dan segenggam tanah dari halaman rumah lama Mona Fendy. Kesemua barang tersebut perlu disimpan dalam kain kuning sambil dibacakan mantera diajar oleh Pawang Puteh.

“Ingat, batu tu mesti tidak sama saiz dan bentuk” kata Pradeep

Budin dan Cece mengutip batu yang diminta sambil membandingkan setiap batu tersebut agar berbeza bentuk dan saiz.

Selesai mengumpul mereka bertiga bertemu semula. Budin dan Cece menyerahkan batu yang dikutip pada Pradeep. Pradeep menggengam batu tersebut sambil membaca sesuatu dan kemudian membungkus batu tersebut dengan kain kuning.

“Okey, selesai” kata Pradeep

“Aik? Camtu je? Hurm takde pulak kita kena..” belum sempat Budin habiskan kata-katanya Cece menyampuk.

“Haish! Mulut jangan celupar sangat boleh tak?!” dengan nada tegas
Budin terdiam dan menyedari kebodohannya.Mujurlah tiada apa yang berlaku.

***

“Nah! Untuk tuan hamba” kata Cempaka sambil menyerahkan sebuah kotak berukir kayu cantik pada Budin

Budin memandangnya dengan kekeliruan.

“Hari ni bukan hari jadi saya pun kenapa bagi hadiah?” soalnya

“Tanda perkenalan” kata Cempaka sambil tersenyum manis

Budin terpesona dengan senyuman gadis jelita itu.

“Awak ni baik sangatlah. Segan pula saya” pancing Budin

“Ambillah” pujuk Cempaka
Budin tersenyum dan sebelum tangannya mencapai kotak tersebut, pipinya terasa pedih terkena satu tamparan yang begitu kuat.

“Aduh!” kata Budin sambil mengosok pipinya, dia melihat keadaan sekeliling dan semakin keliru

“Kau mimpi apa ha Budin?” soal Ibunya dengan tegas

“Aduh! Tadi tu mimpi ke? Haish dah sedap-sedap dating mimpi pula” kata Budin

“Berapa kali mak kata jangan terima apa-apa barang dari orang yang kau tak kenal lagi-lagi dalam mimpi” tegas Ibunya

“Huh?! Macam mana mak tau?” soal Budin

“Kamu mengigau. Dah pergi bersiap, kita balik kampung sekarang” kata Ibunya

“Kenapa mak? Tiba-tiba saja” soal Budin lagi

“Nenek kamu meninggal Budin. Pak Long telefon tadi” jelas Ibunya sambil mencapai sebuah beg pakaian dan mula mengisi baju Budin

“Nenek?! Bila mak? Kenapa? Nenek sebelum ni okey saja” kata Budin

“Sakit tua. Sudahlah kamu jangan banyak tanya dan cepat bersiap. Dan jangan terima apa-apa barang dari orang lain takut kamu warisi saka nenek pula” tegur Ibunya

Terbeliak mata Budin mendengar kata-kata Ibunya. Saka? Dia pernah dengar neneknya pernah membela saka tapi dia tidak pernah terfikir pula saka itu akan memilihnya sebagai pewaris.

Sepanjang perjalan pulang ke kampung, Ibu Budin menceritakan tentang amalan Neneknya yang terpesong dari agama. Ibunya juga tidak pernah setuju dengan pembelaan makhluk itu namun neneknya bertegas bahawa saka tersebut penting untuk menjaga keselamatan keluarga dan keturunan. Mujurlah Ibunya tidak mahu mewarisi saka tersebut dan dia juga tidak bercadang untuk membiarkan Budin jadi pewaris juga

***

“Takziah Budin” kata Cece dihujung telefon

“Terima kasih. Sebenarnya aku telefon ni nak tanya sikit” kata Budin
“Apa dia?” soal Cece

Budin menarik nafas dalam, dia duduk sendiri di pondok belakang rumah Neneknya. Cuaca pada awal pagi itu sejuk dan mendung. Neneknya pula baru saja dikebumikan selepas subuh tadi.

“Hari tu masa di Kedah, kau kata Cempaka ada beritahu dimana aku dan Pradeep. Betul ke?” soal Budin

“Iya, sebenarnya Pradeep bagi aku lokasi rumah Pak Seman. Tapi bila aku sampai sana kamu berdua tak ada. Tiba-tiba Cempaka muncul entah dari mana dan suruh aku ikut dia sampai ke rumah Ketua Kampung. Dari situ aku nampak kalian di tangkap. Tapi kan lepas tu Cempaka terus hilang. Dia tu peliklah” jelas Cece panjang lebar.

Budin hanya mendengar penjelasan Cece dan tak lama kemudian dia menamatkan panggilan. Hatinya kuat mengatakan bahawa Cempaka adalah saka arwah neneknya.

“Jadi sekarang awak tahulah siapa saya sebenarnya?” soal Cempaka yang duduk disebelah Budin
Budin tergamam.


Bersambung..

MR. PENAKUT : TENGAH MALAMWhere stories live. Discover now